Bismillahirrahmanirrahim


Sepanjang aku ambil gambar wedding 3 tahun lepas aku tak pernah lagi ambil job di sekitar kampung halaman aku, Bukit Changgang. Memang aku mula belajar ambil gambar dengan photographer area sana tapi sebagai hormat kepada guru-guru aku tersebut, aku berusaha tidak masuk ke ‘kawasan’ mereka. Tidak, mereka tidak pernah syaratkan begitu tapi aku yang tetapkan syarat tu untuk diri aku sendiri.

Majlis kali ni adalah kali pertama aku shoot di Bukit Changgang sebab beliau adalah sepupu aku. Ni juga kali pertama majlis kahwin diadakan di rumah baru family wak aku ni:) Beliau nikah pada tarikh 11.11.11 dan ini merupakan majlis bertandang. Kalau dah amik gambar kat kampung sendiri sudah tentu ramai orang yang kenal aku time rewang tu. Bagus juga sebab senang kerja aku nak shoot diaorang semua :)


Untuk sesi outdoor aku ada beberapa tempat yang aku dah survey dan idam-idamkan kat kampung aku tu. Tetapi hujan tak mengizinkan. Baru shoot gambar tak sampai 5 minit hujan turun lebat sangat2. Tak berani nak teruskan sebab petir sabung menyabung. Tak pasal2 nanti masuk berita kat Sinar Harian 3 orang termasuk pengantin kena petir,hehe. Last-last pergi ke putrajaya je walaupun hari dah lewat. Tahniah kepada kedua pengantin yang dirai.

Bulan Disember ni aku sangat bizi sama ada kerja-kerja di ofis ataupun shoot wedding. Kaunter zakat dibuka 7 hari seminggu sepanjang bulan Disember. Kalau tak shoot wedding aku kena bekerja juga untuk pastikan kelancaran kutipan zakat di kaunter-kaunter. Sejak bulan lepas sampai bulan Januari 2012 nanti aku akan bekerja setiap hari. Doakan semoga kesihatan aku baik-baik je:) Walaupun tak dapat update banyak2 tapi aku akan cuba kerap update blog ni, insyaallah. Wallahua’lam.


Nota kaki : Kalau ada apa-apa pertanyaan berhubung kutipan ataupun agihan zakat boleh tanya aku sama ada melalui ruangan komen ataupun mail ye. Insyaallah mana yang tahu aku akan kongsi.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

4 Comments

  1. taqo @ nurtaqwa Reply

    salam kang.
    hehehe. uwahh. bukit canggang je.
    kalau nk diikutkan. rata rata ramai yg sependapat dengan reko.

    kita akan berusaha untuk tidak kacau kawasan mereka. :) hee.
    *pic outdoor mantep! kanggg.

    • Acaii Jawe Reply

      taqo – Salam kang :) terima kasih. Ini tak dapat upload banyak sebab bizi sangat sekarang,huhu. Hormat kepada guru tu boleh dilakukan dalam banyak cara,hehe.

  2. maria Reply

    mantap la acao shoot dlm hujan.. sweet je.. hehehe

    • Acaii Jawe Reply

      maria – Salam maria :) Lama tak nampak,hehe. Memang best cuma risau kamera masuk air je,hehe. Boleh rosak :P Thanks ye.

Leave a reply