Bismillahirrahmanirrahim


Semasa balik kampung dalam cuti Tahun Baru Cina yang lepas, aku berjumpa dengan beberapa orang kampung yang menaiki motor buruk ke kebun untuk kerjakan kebun kelapa sawitnya. Mungkin lumrah orang yang hidup di bandar rasa kasihan terhadap orang-orang kampung tersebut. Tapi semasa borak-borak ngan seorang sahabat yang bekerja sepenuh masa memetik kelapa sawit, hakikatnya ekonomi mereka jauh lebih baik dari kebanyakkan orang-orang yang kerja di bandar.

Teaser Kepten Fahmi & Aimi, Semenyih.


Masakan tidak, dengan mengerjakan kebun sawit seluas 6 ekar boleh mendapat hampir 10 tan hasil sawit dalam tempoh 2 minggu. Kalau diterjemahkan kepada ringgit, pendapatan mereka boleh mencecah RM10,000 sebulan. Berapa ramai antara kita dapat pendapatan sebanyak itu? Kalaupun ada, berapa pula kita kena bayar rumah dan kereta setiap bulan selama berpuluh tahun hidup di bandar. Berbanding mereka, ada tanah luas, rumah besar tetapi bayar ansuran bulanan kepada bank RM150 sebulan, kereta dah abis bayar dan banyak masa senggang bersama keluarga. Siapa lebih kaya?

Rezeki ini kerja Allah. Allah boleh memberikannya dengan keberkatan ataupun tidak. Ada yang diberikan rezekinya banyak tetapi hidupnya tidak pernah tenang, hatinya sering gelisah dan rasa kekurangan. Rumah besar tetapi sering takut pencuri merompak hartanya. Ada yang pendapatan sederhana, rumahnya sederhana, tetapi keluarganya bahagia. Hatinya tenang, fikirannya bebas. Itulah ‘rezeki sebenar’ dari Allah. Semoga kita lebih bersyukur dengan rezeki Allah yg diberikan sekarang. Mudah-mudahan Allah tambah keberkatan pada harta kita. Wallahua’lam.



Nota kaki : Tunggu update full entry majlis kat atas ni nanti ye:)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

5 Comments

  1. Masy Reply

    mohon kenalkan sorg pada akak, mekasihhhhhhhhhh hihihi

    • Acaii Jawe Reply

      kak masy – Salam kak, boleh je kak :)

      kak azieazah – Salam kak zie :) BEtul sangat kak. Benda tu sesuatu yang subjektif. Orang yang merasa sebenarnya boleh tahu mereka dalam kedudukan mana dan bagiamana nak perbaiki kehidupan mereka :)Terima kasih kak ye.

  2. azieazah Reply

    Salam dindaku ESAL.

    Terharu baca entri ini. Benar sekali.

    Nak hurai rezeki tu pun subjektif juga. Ada orang rezeki harta mungkin tidak seberapa, tapi dianugerahkan anak-anak yang soleh dan cemerlang menyenangkan hati orang tua.

    Bersyukurlah kita. Bersyukurlah kita.

  3. IjanKahar Reply

    mohon kenalkan utk sy juga..hihihi

    • Acaii Jawe Reply

      IjanKahar – Salam izan, lama tak nampak kat twitter izan. mana menghilang?hehe. Moga sihat2 hendaknya ye. Orait, nanti sy carikan sekali ye izan :)

Leave a reply