Bismillahirrahmanirrahim


Lamanya aku tak update blog ni. Sempena tahun baru 2012 ni banyak juga pertukaran yang berlaku yang melibatkan tanggungjawab baru dalam organisasi aku kerja sekarang. Setiap tahun aku target nak belajar benda baru yang boleh improve skill dalam kerja aku. Mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah.

Dalam masa sama aku juga target nak belajar beberapa bidang agama yang aku masih kurang faham terutama bab hadis. Berusaha perbaiki amalan seharian dan tinggalkan benda yang tidak berfaedah. Kadangkala masalah dan konfrontasi yang berlaku dalam hidup kita hasil dari perkataan dan perbuatan kita sendiri. Kita melibatkan diri dalam perkara yang tidak beri manfaat yang sebenarnya menyusahkan diri kita sendiri.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Awyn & Aus yang dijalankan di Shah Alam baru-baru ni. Ni merupakan majlis terakhir aku pada tahun 2011 yang lepas. Diaorang sebenarnya dah langsungkan majlis pernikahan lebih awal. Jadi aku hanya cover majlis persandingan diaorang sahaja. Baju Awyn & pelamin diaorang sangat cantik :) Layan sedikit majlis tersebut.


Majlis tersebut berlangsung meriah dan tetamu yang datangpun ramai sangat. Sebenarnya awyn ni dah berbadan dua semasa majlis berlangsung. Jadi beliau masih lagi dalam proses awal yang kadangkala cepat penat dan mual. Tapi alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik sehinggalah selesai majlis dan sesi outdoor. Sesi outdoor tu kitorang buat kat tepi Masjid Shah Alam.



Tahniah kepada kedua2 pasangan Awyn & Aus yang dirai ini. Semoga ikatan perkahwinan ini diberkati Allah dapat jadi ibu bapa yang mithali tidak lama lagi,amin. Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Awyn atas layanan dan kerjasama yang baik sepanjang sehari bekerjasama. Mohon maaf kalau ada salah silap. Terima kasih juga kepada sahabat aku Leleq yang jadi pembantu aku sepanjang majlis ini. Aku memang agak bizi di ofis, jadi tak dapat update banyak. Jumpa lagi next entry.



Nota kaki : Aku tak pernah buat promosi ataupun iklan kat mana-mana setakat ni. Tapi pertanyaan tentang pakej wedding yang aku terima memang agak banyak. Pelikpun ada juga sebenarnya,haha. Tapi aku sangat hargai orang yang promote ataupun buat pertanyaan. Terima kasih semua.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

10 Comments

  1. hesrey Reply

    Abg acaii, mmg terbaek la!`~

    • Acaii Jawe Reply

      hasrey – Salam bro, lamanya tak dengar khabar :) Terima kasih ye bro Hasrey.

      Ajey – Salam wak. Thanks wak. Kapanlah arek jikuk gambar karo riko meneng kie wak,hehe.

  2. ajey Reply

    cap jempol la cai..
    nota kaki = rejeki

  3. amira.. Reply

    sangat cantik…sy suka tgk…

    • Acaii Jawe Reply

      amira – Salam amira, terima kasih.

      azieazah – Salam kak zie yang dihormati, moga sihat2 ye kak bersama keluarga:) Terima kasih kak zie. Akak dah follow blog saya dari sy tak reti pegang DSLR lagi. Saya sangat hargainya:) Cuma takde kesempatan nak berjumpa je lagi,hehe. Insyaallah ada rezeki nanti. Terima kasih kak ye atas sokongan selama ini.

  4. azieazah Reply

    Salam dindaku ESAL.
    Suka bila tengok hasil kerja ESAL semakin baik dari masa ke semasa.

    Lawanya majlis, pengantin dan pelamin dan seluruh kenduri. Warna purple bersulam coklat keemasan memang sesuai sekali!

    Moga jodoh mereka kekal abadi. Bila dah kahwin lawa lawa gitu, semoga cantik juga perjalanan rumahtangga.

    Pssstttt…. tak perlu iklan pun tetap ada rezeki. Kerana hasil kerja Esal sudah terbukti di blog!

    Moga terus maju jaya.

  5. ajey Reply

    isin la arek jikok gambar kambek riko.. riko power banget tooo.. ahahahah

    • Acaii Jawe Reply

      ajey – salam wak :) siotlah ko wak. Tahulah ko pun dah power sekarang:)

      Fathi – Salam kang, rezeki tu:)

  6. mat kasut Reply

    Memang terbaik Abang Acai!!

    Boleh tahu, Abang Acai pakai kamera aper yek?

Leave a reply