Bismillahirrahmanirrahim


Sekarang aku suka sangat dengar Prof Dr Muhaya kat radio IKIM. Banyak butir-butir kata yang keluar dari mulut beliau sangat aku kagumi dan jadi sumber inspirasi. Aku suka cara beliau menjawab soalan penonton dan bagaimana beliau menjawab persoalan tentang hidup ni walaupun beliau adalah seorang doktor pakar mata. Tanpa sedar hidup aku jauh lebih baik dan aku dapat lihat banyak benda dari sudut positif berbanding sebelum ini.

Teaser Azhar & Shuhadah, Shah Alam.


Ada pendengar yang mengadu, kerja di ofisnya terlalu banyak dan tidak sesuai dengan gaji yang diterimanya. Prof jawab kita mesti belajar lihat sesuatu dari sudut berbeza. Hidup kita pasti akan berbeza. Anggap kerja tambahan tersebut sebagai peluang lakukan ibadah untuk kita mati nanti. Adakah rugi kita beribadah untuk saham akhirat? Betulkan niat untuk cari rezeki keluarga. Cuba lihat ke bawah orang yang masih tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap.

Setiap masalah tu datang dari minda kita, ajaibnya penyelesaiannya juga datang dari minda. Kesedihan dan kegembiraan dalam hidup kita memang lumrah dalam hidup. Tugas kita menerima dan belajar menanganinya. Cuba anggap esok adalah hari terakhir hidup kita di dunia ni. Adakah kita masih buat jahat kepada orang lain. Automatik kita akan melihat sesuatu perkara dari sudut berbeza. Itu antara isi yang aku ingat dalam topik pagi tadi. Insyaallah ada masa nanti aku kongsi lagi.



Nota kaki : Tunggu update full entry majlis kat atas ni nanti ye:)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

5 Comments

  1. ajey Reply

    samo la.. fan page FB dia pn selalu bg info2 yg memotivasikan.. petikan2 ceramah ustaz2 lain kat tv yg kita x dpt tgk pn selalunya dia update kalu dia free..

    • Acaii Jawe Reply

      Ajey – Salm wak, itulah pasal. Akupun selalu juga tgk kat FB dia tu :) Banyak benda boleh belajar,hehe. Thanks wak. Jumpa weekend ni. Ko balik kan?

  2. Reentartnenas Reply

    idola saye Ustaz Don. sebab Ustaz Don hensem. dan sebab die hensem, die idola saye. tapi saye suke die. lepas nie nama anak seme Don la :)

    • Acaii Jawe Reply

      Reen – Salam Reen, aah memang admire juga ustaz don. Dia menyebabkan ramai orang lebih menyintai ilmu agama sekarang :) Waaaa, kalau perempuan camne nak namakan Don reen?keke

Leave a reply