Wedding Natasha & Jamil, Meru Klang

Bismillahirrahmanirrahim


Kadangkala dalam hidup ni kita terlalu laju mengikut haluan hidup hingga lupa untuk pause sejenak. Kita terlalu sibuk bergerak ke depan hingga lupa ada orang yang kita sayang ketinggalan di belakang berusaha mengejar kita. Kita lupa bersyukur dengan apa yang kita telah ada hingga fokus kita untuk mencapai matlamat menyebabkan kita hilang sedikit demi sedikit nikmat yang kita ada sekarang.

Minggu ni aku banyak kerja luar untuk membantu pegawai agihan zakat membanci fakir miskin. Kitorang bergerak dari satu rumah ke rumah yang lain untuk membuat pengiraan had kifayah. Sepanjang hari tu aku sangat bersyukur berada dalam keadaan sekarang bila melihat kehidupan mereka. Susah-susah kita sebenarnya ramai lagi yang lebih sukar dan sempit hidupnya. Kesusahan yang menyesakkan dada. Sebelum kita hilang banyak nikmat, cubalah berhenti sejenak. Fikirkan betapa banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita sekarang. Ucaplah Alhamdulillah.

Kali ni aku sambung majlis persandingan pasangan Natasha & Jamil yang diadakan di Meru, Klang. Aku lupa nak tanya pasangan ni berapa umur mereka. Sebab ramai juga sahabat2 Natasha masa sekolah dulu yang datang ke majlis ini. Kalau baya-baya aku yang kawin semua dah buadak-budak ofis je,haha. Layan majlis dia sikit ye. Make-up by Azika Collection, Klang.



Alhamdulillah majlis ni berlangsung dengan sangat meriah. Walaupun aku shoot sorang-sorang tapi semuanya berjalan lancar. Masa sesi outdoor tu aku ditemani sahabat aku Zakuan Hassan yang kebetulan free pada petang tu. Memandangkan tempat yang aku nak shoot kat Meru tu tak dapat masuk, aku bawa diaorang ke Shah Alam je :)


Untuk akhirnya aku ucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Natasha atas kerjasama yang diberikan sepanjang 2 hari majlis. Aku seronok bekerja ngan diaorang. Tahniah untuk Natasha dan Jamil. Semoga ikatan ini berkekalan bahagia hingga ke syurga nanti. Mohon maaf sekiranya ada salah silap sepanjang bekerjasama ye. Jumpa lagi next entry :)


Nota kaki : Aku dah reply semua mail yang bertanya. Sekiranya masih ada yang belum reply mohon resend ye. Sebab aku takut ada yang masuk spam mail dan terdelete sebelum ni.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Majlis Pernikahan Natasha & Jamil, Meru Klang

Bismillahirrahmanirrahim


Beberapa hari lepas aku ada terbaca komen-komen dari sebuah video ceramah agama di Youtube. Video itu baik pengisiannya tetapi mereka bergaduh menegakkan ustaz mereka yang lebih betul dari ustaz yang lain. Subhanallah. Cabaran umat Islam sekarang sangat besar dengan aliran pemikiran barat dan timur bercampur. Perbezaan pendapat memang berlaku dalam banyak perkara termasuk perkara agama.

Dengan kekuatan umat Islam yang sederhana, ilmu yang kita wajib ada dalam menuntut ilmu ialah belajar cara menangani perbezaan pendapat. Utamakan pendapat jumhur ulama’ dan berlapang dada dalam perkara yang tidak melibatkan aqidah dan ibadah. Lebih-lebih lagi jika berpegang kepada dalil atau nas yang berbeza. Pertimbangan seperti ini mampu kekalkan ukhuwah dalam ketidaksepakatan dan percanggahan dalam perbezaan tersebut. Wallahua’lam

Kali ni aku nak update majlis pernikahan Natasha dan Jamil yang diadakan di Meru, Klang. Kabeh wong jowo:) Jamil pula orang banjar dari area belah-belah Sekinchan sana. Pertama kali juga dalam hantaran aku tengok Jamil beri satu dulang bahan makanan mentah seperti bawang, beras, gula, garam, cili, sardin dll. Walaupun cuma simbolik tapi sangat berbeza. Layan sedikit majlis beliau ni.


Alhamdulillah dengan sekali lafaz Jamil dan Natasha selamat diijab qabulkan menjadi pasangan suami isteri yang sah. Hubungan yang mudah mendapat pahala sekiranya keduanya sama-sama jadikan matlamat akhir untuk ke syurga. Tahniah untuk korang berdua :) Oleh kerana aku sorang-sorang cover majlis ni dan takde teman berborak maka aku telah makan dua kali iaitu sebelum dan selepas majlis!! Bukan salah aku, bapak Natasha yang offer, aku xnak kecikkan hati dia,hehe. Takpe sebab aku dah gemuk! Orait, tunggu full entry majlis persandingan beliau next week ye. Wassalam.


Nota kaki : Jangan lupa bayar income tax kepada LHDN. Dalam kuliah aritu selain kewajipan berzakat, kita juga perlu bayar tax untuk pastikan pemerintah mempunyai sumber kewangan cukup untuk tadbir negara. Soal lain biarlah mereka jawab dengan Allah.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Tentang Syria

Bismillahirrahmanirrahim


Semalam aku pergi satu majlis tentang Syria yang dianjurkan oleh Masjid Shah Alam. Majlis tersebut dihadiri oleh Syeikh Samir Thaqqa yang merupakan seorang tokoh ulama’ dari Syria yang diburu kerajaan Basyar Al-Assad kerana menentang mereka. Kagum dan kasihan! Itu kesimpulan yang aku boleh buat tentang keadaan negara mereka dan perjuangan rakyat menghapuskan kekejaman pemerintah negara mereka. Aku cuba kongsi sedikit maklumat yang aku dapat dalam majlis tersebut.



Kebangkitan rakyat Syria genap setahun pada bulan ini iaitu bermula pada bulan Mac 2011 yang lepas. Ketika regim diktator negara lain seperti Mesir, Tunisia, Yaman dan Libya jatuh dalam masa kurang 8 bulan, Syria masih tidak menunjukkan kerajaan mereka akan jatuh. Rakyat Syria sebenarnya terlalu takut dengan kerajaan Basyar Al-Assad. Ketakutan itu telah ditanam kukuh dalam diri mereka sejak dari pemerintahan bapanya Hafez Al-Assad. Kerajaan Hafez Al-Assad ini adalah minoriti Syiah yang memerintah negara majoriti penduduk Sunni. Puak minoriti tersebut juga yang menjadi tentera kerajaan Syria.

Sesiapa yang menentang atau cuba mempertikai kerajaan, akan dibunuh seluruh ahli keluarga mereka. Syeikh Samir menceritakan pada tahun 1982 lebih 40,000 penduduk mati dalam masa sebulan di sebuah kawasan yang menentang Hafez Al-Assad. Sejak itu mereka trauma. Hingga nak kutuk Basyar Al-Assad di dinding pun tidak berani sebab takut ada yang melaporkan kepada pemerintah dan dibunuh seluruh keluarga mereka. Basyar dikatakan mempunyai pengintip yang ramai hingga ahli keluarga sendiri tidak tahu anak mereka adalah spy Basyar.


PUNCA PENENTANGAN


Rakyat Syria memang mengikuti perkembangan di negara-negara jiran mereka tentang kebangkitan rakyat melawan diktator negara mereka tetapi tiada siapa yang berani menentang Basyar Al-Assad. Satu hari pada bulan Mac 2011 ada seorang kanak-kanak menulis di dinding sekolah perkataan yang dia lihat di negara-negara tersebut ‘RAKYAT INGIN JATUHKAN NEGARA’. Malangnya kumpulan kanak-kanak tersebut telah ditangkap oleh polis dan diseksa. Kuku tangan dan kaki mereka dicabut hingga ada seorang kanak-kanak tersebut meninggal dunia.



Diringkaskan cerita, peristiwa ini menjadi titik tolak penentangan rakyat kepada kerajaan Syria. Ia kemudian merebak ke seluruh negara terutama bila kerajaan Syria bertindak kejam terhadap para penentang mereka. Tahukah anda sejak setahun lepas lebih 20,000 rakyat Syria telah terkorban menentang kerajaan negara mereka sendiri!!

Syria tidak membenarkan wartawan asing dan pihak luar masuk ke negara mereka untuk membuat liputan. Internet diputuskan. Bekalan air dan elektrik dicatu. Berita yang keluar kepada umum dari kerajaan biasanya ditapis oleh kerajaan seperti yang berlaku minggu lepas apabila bom membunuh 27 orang penunjuk perasaan. Dikatakan ia adalah perbuatan dari pengganas dan pergaduhan antara puak. Walhal, kesemua rakyat Syria bersatu menentang satu-satunya musuh iaitu kerajaan Basyar Al-Assad.


VIDEO


Pada akhir ceramah tersebut ada satu video yang dipaparkan kepada semua tentang situasi yang berlaku di Syria. Video tersebut diseludup keluar oleh para pejuang untuk maklumkan kepada dunia luar berita yang cuba dihalang oleh kerajaan Syria. Paling menyentuh hati aku ada sebuah video memaparkan sebuah keluarga disembelih dari ibu ayah dan anak-anak mereka 5 orang. Paling kecil 2 tahun dan paling besar dalam 10 tahun. Leher mereka hampir putus dan dibiarkan bergelimpangan dalam rumah mereka.

Ada juga video paparkan tembakan dilepaskan kepada seorang wanita dan anaknya yang menaiki motor menyebabkan kedua-duanya tersungkur mati di tempat kejadian. Ada video seorang budak lelaki 9-10 tahun yang ditembak dan hancur mukanya tetapi masih hidup sebelum mati kemudiannya. Ada juga sebuah video menunjukkan tentera Basyar Al-Assad berani masuk masjid yang penuh dengan orang ramai dan tikam imam masjid dan tangkap orang yang cuba timbulkan kekecohan. Ada video yg memaksa para penentang sujud pada gambar Basyar Al-Assat dengan kaki menginjak lehernya dan muncung senapang di kepalanya.


KESIMPULAN


Kesimpulannya, disebelah lain dunia sana umat Islam di Syria bergelut untuk hidup. Ia akan terus berlaku dalam beberapa bulan akan datang. Berpuluh ribu rakyat jadi pelarian dan menumpang di negara jiran dan ada yang mati kelaparan. Kita di sini syukur Alhamdulillah hidup dengan aman dan tidak pernah kurang dengan makanan. Malah kita sibuk dengan hiburan, artis dan selalu merungut tentang perkara kecil yang kita tidak dapat dapat hidup. Kalau tidak mampu membantu sekurang-kurangnya cubalah peduli dan ambil tahu tentang mereka kalau semangat cintakan agama Islam masih ada dalam diri. Wallahua’lam.




Nota kaki : Kisah Syria dari sudut lain boleh download kat sini. Aku dapat dari email. [Peduli Syria – 49KB]



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Mila & Azrul, Tanjong Karang

Bismillahirrahmanirrahim


Hari tu aku ada dengar radio BFM 89.9 dalam perjalanan balik ke rumah. Topik perbincangan ialah tentang bebanan kanak-kanak di negara kita untuk belajar seawal usia tadika. Tetamu tersebut tinggal di Jepun selama beberapa tahun dan beliau bagitau di Jepun, kanak-kanak di tadika tidak diajar tentang subjek akademik. Tetapi mereka didedahkan dengan nilai-nilai murni dan kenegaraan. Mereka hanya bermain dan diajar mengembangkan lagi otak dan cara mereka berfikir.

Tetapi di Malaysia, kanak-kanak seawal usia 4 tahun dah dipaksa belajar membaca serta mengira dengan intensif. Ia memberi tekanan kepada otak dan menyebabkan zaman kanak-kanak mereka tidak menarik dan tidak membantu mereka berfikir secara kreatif. Matlamat mereka adalah gred dan jika mereka gagal mereka sebenarnya mudah putus asa dalam hidup.

Kali ni aku nak update majlis persandingan pasangan Mila dan Azrul di Kampung Sri Tiram Jaya, Tanjong Karang. Mila ni seorang guru kanak-kanak istimewa tau. Pekerjaan yang memerlukan kesabaran sangat tinggi. Aku kagum beliau gunakan bahasa isyarat dan berkomunikasi dengan murid beliau yang datang ke majlis ni. Layan majlis beliau sikit ye.


Majlis beliau berlangsung dengan meriah. Tapi yang paling best sebab ia dibuat secara rewang (bergotong royong) oleh penduduk kampung. Ramai sangat orang kampung datang, jauh lagi banyak dari orang yang rewang kat tempat aku di Banting. Fav aku kalau kenduri kahwin orang jawe ni ialah kuih yang dipanggil ‘lemper’. Aku tak ingat berapa banyak aku makan kat umah mila ni,hehe.

Sesi outdoor aku buat kat sekitar kampung je. Kat belah-belah sana memang takde masalah nak shoot outdoor sebab banyak lokasi menarik berbanding kat area KL ni. Cuma kalau hujan memang jenuhlah nak ngiup (berteduh) kat mana sebab banyak tempat2 lapang kat sini.


Aku nak ucapkan tahniah kepada Mila & Azrul atas ikatan sah yang terjalin ini. Moga Allah lindungi hidup korang sampai akhir hayat nanti,amin. Terima kasih kepada sahabat baik aku Ejal dan Atong yang follow dan tolong aku sepanjang 2 hari aku berada kat sana. Jasa baik korang semua takkan aku lupakan. Mohon maaf atas salah silap aku sepanjang berada kat sana :)


Nota kaki : Musim cuti sekolah dan kembali lagi! Selamat bergembira terutamanya cikgu-cikgu :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Kisah Imam Ahmad Hanbal

Bismillahirrahmanirrahim


Pada satu hari, Imam Ahmad Hanbal (pengasas mazhab Hanbali) bermusafir dan singgah di sebuah tempat yang ramai tidak mengenalinya. Ketika itu sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur di dalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di kawasan masjid. Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut apabila Imam Ahmad ingin tidur di luar masjid.

Perkara itu dilihat oleh seorang pembuat roti yang kebetulan melalui kawasan tersebut. Beliau mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam di rumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut. Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir pembuat roti yang sedang sedang sibuk menguli rotinya untuk dijual keesokkan harinya. Setelah diteliti, pembuat roti tersebut berzikir istighfar sepanjang malam.

Teaser Natasha & Jamil, Meru Klang.


Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti tersebut kenapa beliau sentiasa beristigfar.

Beliau menjawab “Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah bila saya beristighfar. Semua yang saya mahu dalam hidup telah saya perolehi dengan mengamalkan istighfar melainkan satu perkara sahaja belum dimakbulkan lagi”.

Imam Ahmad bertanya “Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?“.

Jawab lelaki itu “Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal sebelum saya mati”.

Imam Ahmad sangat terkejut dan memperkenalkan bahawa beliaulah Imam Ahmad Hanbal. Allah telah menunjukkan jalan kepadanya untuk bertemu si pembuat roti tersebut dan mengabulkan permintaannya. Berkat Istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, Allah telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut.

Kelebihan istighfar ini sangat besar bukan setakat memohon keampunan atas dosa-dosa sahaja. Ada dinyatakan dalam Al-Quran tentang beristighfar kepada Allah untuk dimurahkan rezeki. Allah itu maha pengasih dan penyayang untuk mengabulkan permintaan sesiapa yang dikehendakinya. Mudah-mudahan kita semua mendapat pengajaran dan mengamalkan apa yang baik ini. Wallahua’lam.




Nota kaki : Aku belum sempat nak update panjang lagi atas kesibukan kerja. Insyaallah akan update minggu depan. Tunggu ye :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Majlis Pernikahan Mila & Azrul, Tanjong Karang

Bismillahirrahmanirrahim


Minggu ni aku agak sibuk dengan beberapa kerja di kantor yang memerlukan komitmen tinggi. Ada banyak hari aku tak masuk ofis sebab outstation. Memandangkan kerja-kerja buat album sedang giat dilaksanakan dalam 2-3 minggu ni maka aku juga tak dapat nak upload banyak gambar buat masa ni. Aku aku sedaya upaya bahagikan masa supaya blog ni tidak bersawang,hehe.

Aku nak update dulu majlis pernikahan pasangan Mila & Azrul yang dijalankan di Kampung Sri Tiram Jaya, Tanjong Karang. Ramai sahabat-sahabat aku yang tinggal kat kampung ni. Jadi aku tak rasa janggal bergaul dengan orang sini sebab dah biasa walaupun jarak dari kampung aku lebih 100km jauhnya. Lagipun semuanya jawe kok:)


Paling best sebenarnya aku dapat cabaran baru sebab Azrul ni tinggi sangat. Lagi tinggi dari aku (macamlah aku tinggi sangat:P Untuk akhirnya, tahniah kepada kedua pasangan pengantin Mila & Azrul yang diraikan. Nanti aku update majlis bersanding dan outdoor mereka pula ye. Tunggu.


Nota kaki : Setakat petang ni aku dah reply semua email2 yang bertanya. Kalau ada yang masih belum terima bagitau semula ye:)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Nostalgia Bas Bombay

Bismillahirrahmanirrahim


Masa aku sekolah rendah dulu abah belum memiliki kereta. Rata-rata penduduk kampung kampung masih menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama. Untuk ke bandar terdekat di Banting yang terletak 20km dari kampung, bas merupakan pilihan utama. Ia merupakan sebuah bas lama yang tiada aircond, kerusi PVC warna kuning yang lusuh dan koyak serta badan bas berwarna hijau pekat dengan tulisan ‘Bas Sepang’. Kat belakang tempat duduk tu tertulis macam-macam tulisan cinta, lawak dan orang gaduh dalam bahasa melayu dan tamil. Mak bising kalau aku baca kuat-kuat tulisan tu:)

Teaser Mila & Azrul, Tanjong Karang.


Bas tersebut juga dikenali sebagai ‘Bas Bombay’ sebab dari pemandu, konduktor bas dan ramai yang naik bas tu majoriti dari kaum india yang datang dari ladang berhampiran:) Teringat bila kitorang sekeluarga nak beli persiapan sekolah atau raya, terpaksa jalan setengah kilometer dari rumah untuk pergi ke jalan besar tunggu bas. Ia merupakan perkara yang paling seronok bagi aku sebab dapat jalan naik bas.

Tapi paling sakit hati bila tunggu bas. Bas Bombay tu selalu tak ikut masa. Kekadang 2 jam sekali lalu depan kampung aku. Bedak yang aku pakai dah hilang dan diganti dengan peluh sebab panas tunggu kat stesen bas. Stesen bas kecil tu orang kampung bina dari kayu dan zink. Tempat duduknya dari kayu je. Kekadang mak bawak sarapan pagi tu dalam plastik dan kitorang makan ramai-ramai sementara tunggu bas datang. Pengalaman tu takkan aku lupa sampai bila-bila.

Semalam masa tunggu hujan teduh, aku nampak satu keluarga turun dari bas dengan membawa banyak barang harian. Anaknya ada 3 orang. Bapaknya mengendong anak yang kecik sambil di tangannya memegang banyak barang keperluan harian. Macam tulah dulu abah bawak kitorang naik bas. Tiba-tiba aku teringat mak ngan abah kat kampung dan terkenang pengalaman begitu satu masa dulu. Benda itulah yang buat sesebuah keluarga tabah dan bersama-sama hadapi ujian kesusahan tersebut. Wallahua’lam.




Nota kaki : Tunggu update full entry majlis kat atas ni nanti ye.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe