Bahagia dan membahagiakan

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, kita semua masih lagi mampu bernafas dan meneguk pinjaman kasih Allah yang tidak henti-henti mencurah. Baru-baru ni aku ada menghadiri satu seminar ‘Bahagia dan membahagiakan’ yang dianjurkan oleh Prof Dr Muhaya. Banyak aku nak kongsi kepada semua supaya kita sama-sama dapat jadi seorang insan yang positif dan lebih baik dalam hidup. Tapi hari ni aku nak cerita satu ciri sahaja iaitu berhenti mencari penghargaan manusia.

Teaser Syida & Faiz, Banting.


Kadangkala punca kita tidak bahagia dalam hidup kerana tenaga, masa dan semua yang kita lakukan dalam hidup banyak ditumpukan untuk mencari penghargaan manusia. Kita risau apa yang orang kata sehingga kita lupa tujuan hidup dan bersyukur dengan apa yang kita miliki. Kita beli kereta mahal, rumah besar dan beli barangan berjenama walaupun jujurnya kemampuan kita tidak sampai ke tahap itu. Semua itu semata-mata nak menunjuk kepada orang lain kita seorang yang bahagia dan hebat. Kita risau orang berkata kita seorang yang kurang berkemampuan.

Apa tujuan beli banyak handbag dan kasut berjenama? Betulkah ia satu keperluan atau mereka sebenarnya sedang mencari pujian dan penghargaan manusia bila memakainya. Lebih malang lagi, orang yang dia nak tunjuk tu bukanlah orang yang dia sukapun. Sebab itulah ramai manusia yang merasakan bahagia itu apabila memiliki sesuatu yang mereka idamkan. Tetapi bila mereka memiliki semua yang mereka mahu, bahagia itu masih belum dirasainya.

Adakah hidup kita sekadar mencari kepuasan bila dapat memiliki sesuatu yang orang lain tidak ada dan mampu? Berasa hebat dan gah dengan sedikit kelebihan yang Allah beri. Percayalah, sampai satu tahap nanti kita akan sedar, kita kepenatan kerana mencari kebahagiaan palsu itu. Namun ketika itu mungkin dah terlewat kerana badan kita telah dimamah usia, kesihatan makin kurang dan amalan masih sedikit. Siapa lagi kita nak impress pada waktu itu?




Nota kaki : Minggu yang sibuk dah hampir berakhir. Tunggu aku update majlis kat atas ni juga nanti ye :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Hariyani & Zuhairi, Banting

Bismillahirrahmanirrahim


Selamat hari jumaat semua. Pagi jumaat camni tiba-tiba teringat dulu masa duduk asrama, hari yang paling best sebab makan tengahari nanti adalah makan yang paling sedap dalam seminggu. Bukanlah sedap mana, nasi ayam je pun:) Sedaplah juga dari makan ikan jaket je. Mula-mula warden bagi makan sebelum solat jumaat, tapi bila tengok budak-budak asrama semua ‘berzikir’ terhangguk2 hingga sembah lantai masa khatib baca khutbah, masa makan ditukar selepas solat jumaat:) Tapi pas imam bagi salam, budak2 asrama semua berlari ke dewan makan macam zombie,hehe.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Hariyani & Zuhairi yang diadakan di Sungai Lang,Banting. Hariyani ni sebenarnya sepupu belah mak aku. Memang rapatlah dari kecik dulu. Dulu masa kecik sama-sama main lari-lari kat rumah arwah embah aku. Kalau ikutkan aku nak tolong rewang je, tapi Nani dah suruh aku shoot majlis sanding beliau. Majlis pernikahan aku tak dapat shoot sebab ada tugasan lain pada minggu tersebut. Aku dalam kesibukan lagi sekarang. Dapat upload sikit je sekarang.


Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar. Selamat datang Zuhairi ke dalam keluarga kami semua. Nanti jangan lupa datang rumah aku ye,hehe. Aku doakan semoga rumah tangga yang terjalin akan kekal bahagia hingga akhir hayat. Pakat hidup baik-baik dan belajar hidup bertolak ansur dalam semua perkara dalam rumahtangga. Insyaallah kalau kita dekat ngan agama, ia yang akan jaga kehidupan kita keseluruhannya. Wallahua’lam.


Nota kaki : Aku tak sabar tunggu semi final Barcelona vs Chelsea pagi Rabu nanti. Sepanjang game aritu jantung aku berdegup kencang. Wife aku geleng kepala je tengok sambil cakap “takde kerja!!”,haha



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Berkahwin semasa belajar?

Bismillahirrahmanirrahim



Hari tu aku ada dengar satu tazkirah dan perbincangan tentang berkahwin semasa belajar diusia muda. Ada satu pendapat yang mengubah cara aku memandang perkara itu. Sebelum ni aku beranggapan sebelum kita berkahwin sekurang-kurangnya kita dah bersedia untuk menyediakan keperluan asas kepada bakal isteri seperti tempat tinggal dan nafkah untuk sama-sama menjalani kehidupan berumahtangga. Tapi sekarang aku dah tidak fikir begitu selepas mendengar tazkirah tersebut.

Teaser Hanif & Nailah, Rawang.


Ustaz tersebut bagitau kalau kedua-dua pasangan tu masih belajar, cukup syarat dari sudut Islam untuk bernikah maka nikahkan sahaja. Itu adalah perkara yang wajib. Majlis itu hanya sekadar sunat dan bukan menjadi syarat untuk berumahtangga. Tetapi memandangkan lelaki tersebut masih belum mempunyai pekerjaan, maka tanggungjawab untuk memberi nafkah masih belum menjadi beban beliau. Maksudnya keluarga kedua-dua pasangan ini masih lagi mempunyai kewajipan seperti mereka sebelum berkahwin.

Pasangan ini masih lagi tinggal bersama keluarga dan sesekali boleh berjumpa sebagai suami isteri pasangan yang sah. Jika kita menimbang perkara ini secara objektif dan waras kita akan dapati langkah ini merupakan solusi bijak bagi menangani masalah sosial yang terlalu meruncing di negara kita. Terutama kepada anak-anak gadis yang dikhuatiri terjebak dengan perkara kurang sihat sebelum bernikah.

Bagi yang tidak bersetuju tidak mengapa. Tetapi cuba bayangkan anak gadis remaja anda keluar dan bergaul bersama ramai lelaki ke sana sini bersama orang yang bukan muhrim. Anda percaya lelaki-lelaki tersebut? Mana lebih baik kalau ditimbangkan dengan perkara ini. Bukankah lebih baik bila mereka keluar dengan lelaki yang sudah bergelar suami:) Tentang rezeki, percayalah itu kerja Allah. Kalau kita bersangka baik dengan Allah insyaallah urusan dunia kita akan lebih baik. Wallahua’lam.




Nota kaki : Aku baru balik dari kursus 2 minggu. Tidak sempat nak update full entry majlis sebelum ni. Insyaallah aku akan update lagi minggu ni:)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Cerita tentang kerja

Bismillahirrahmanirrahim


Sepanjang 2 minggu ni aku ada training di luar office. Insyaallah sistem baru kat office ni nanti akan guna Java programming language. Banyak benda baru kena belajar dalam masa singkat sebab kitorang akan support pengguna menggunakan language yang berbeza dengan sistem yang digunakan sekarang. Aku anggap tu sebagai cabaran. Mudah-mudahan aku dapat menyumbang sesuatu ke arah organisasi zakat yang lebih berkesan dan baik.

Teaser Yani & Zul, Sungai Lang, Banting.


Alhamdulillah, tanggungjawab aku kat ofis pada tahun ni bertambah lagi berbanding tahun lepas. Jadi ada kemungkinan aku akan mengurangkan kerja-kerja mengambil gambar untuk pastikan komitmen terhadap kerja tidak terjejas. Aku nak jaga kualiti pada semua perkara yang aku lakukan termasuk dalam kerja-kerja shoot gambar ni. Tapi jangan risau, sasaran aku untuk ambil gambar ni masih lagi orang-orang biasa dan sederhana. Insyaallah akan tetap kekal begitu:) Aku nak jadi option untuk pasangan yang mahukan kualiti gambar dan album yang baik dengan harga yang mampu dan berpatutan.

Aku sangat hargai client yang telah mempercayai kerja aku dalam majlis perkahwinan mereka sebelum ini. Sepanjang hampir 3 tahun dalam bidang ni aku dah ambil gambar majlis kahwin lebih dari 80 pasangan pengantin dari seluruh negara. Satu jumlah yang agak besar bagi seorang part time photographer. Kalaulah aku buat benda ni secara sambil lewa, mesti aku dah berkubur masa tahun pertama aku ambil gambar dulu.

Namun seperti manusia lain, aku juga ada kelemahan. Tapi aku akan terus perbaiki kekurangan tersebut dari masa ke semasa. Insyaallah aku akan terus buat yang terbaik untuk semua. Aku ada matlamat jangka pendek nak kejar iaitu untuk tunaikan rukun Islam kelima dari gaji dan berniaga ni. Jadi aku akan pastikan semuanya bersih. Terima kasih atas sokongan semua.



Nota kaki : Aku dalam proses reply semua mail yang bertanya. Insyaallah aku akan cuba reply semuanya sebelum esok ye. Terima kasih.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe