Bismillahirrahmanirrahim



Hari tu aku ada dengar satu tazkirah dan perbincangan tentang berkahwin semasa belajar diusia muda. Ada satu pendapat yang mengubah cara aku memandang perkara itu. Sebelum ni aku beranggapan sebelum kita berkahwin sekurang-kurangnya kita dah bersedia untuk menyediakan keperluan asas kepada bakal isteri seperti tempat tinggal dan nafkah untuk sama-sama menjalani kehidupan berumahtangga. Tapi sekarang aku dah tidak fikir begitu selepas mendengar tazkirah tersebut.

Teaser Hanif & Nailah, Rawang.


Ustaz tersebut bagitau kalau kedua-dua pasangan tu masih belajar, cukup syarat dari sudut Islam untuk bernikah maka nikahkan sahaja. Itu adalah perkara yang wajib. Majlis itu hanya sekadar sunat dan bukan menjadi syarat untuk berumahtangga. Tetapi memandangkan lelaki tersebut masih belum mempunyai pekerjaan, maka tanggungjawab untuk memberi nafkah masih belum menjadi beban beliau. Maksudnya keluarga kedua-dua pasangan ini masih lagi mempunyai kewajipan seperti mereka sebelum berkahwin.

Pasangan ini masih lagi tinggal bersama keluarga dan sesekali boleh berjumpa sebagai suami isteri pasangan yang sah. Jika kita menimbang perkara ini secara objektif dan waras kita akan dapati langkah ini merupakan solusi bijak bagi menangani masalah sosial yang terlalu meruncing di negara kita. Terutama kepada anak-anak gadis yang dikhuatiri terjebak dengan perkara kurang sihat sebelum bernikah.

Bagi yang tidak bersetuju tidak mengapa. Tetapi cuba bayangkan anak gadis remaja anda keluar dan bergaul bersama ramai lelaki ke sana sini bersama orang yang bukan muhrim. Anda percaya lelaki-lelaki tersebut? Mana lebih baik kalau ditimbangkan dengan perkara ini. Bukankah lebih baik bila mereka keluar dengan lelaki yang sudah bergelar suami:) Tentang rezeki, percayalah itu kerja Allah. Kalau kita bersangka baik dengan Allah insyaallah urusan dunia kita akan lebih baik. Wallahua’lam.




Nota kaki : Aku baru balik dari kursus 2 minggu. Tidak sempat nak update full entry majlis sebelum ni. Insyaallah aku akan update lagi minggu ni:)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

6 Comments

  1. Masy Reply

    abg akak ade sorg yg kawen masa study. dua2 study, dan ada anak sorg masa grad.

    kemdian anak sulung dorg tu pon skrg dah kawen, pun masa study gak. dua2 study, & akan ada anak insyaallah bln dpn. heheheh

    bole je nk kawen ms blajar, tp kene berkorban mana yg patut dikorbankan, kene tau tanggungjawab. family insyaallah akan tolong mana yg patut asalkan masing2 tau tanggungjawab :)

    • Acaii Jawe Reply

      Kak MAsy – Salam kak :) Waaaa terima kasih kak sudi berkongsi :) Alhamdulillah, kekadang kita ni terlalu risau sangat dengan rezeki Allah. Insyaallah benda tu Allah dah tetapkan sejak awal lagi. Kena yakin tentang itu.

  2. Reentartnenas Reply

    terfikir nak buat topik ini di blog sbb melalui pengalaman sendiri yg saye interview pasangan yg baru kahwin dan mencari kerja. ada yg masih dlm pantang, sanggup dtg interview. tp end up, dlm interview tidak boleh menjawab soalan yg ditanya. agreed, kawen untuk mengelakkan maksiat.

    tp pastikan diri cukup bersedia dari segi mental dan fizikal, terutama si suami, kerana berperanan besar untuk menanggung keluarga. ya, duit bukan segalanya, tetapi segalanya perlukan duit.

    kalau dpt family senang, boleh lah membantu. kalau tidak, segalanya perlu diusaha sendiri. mungkin saye masih kolot, tp saye lebih setuju kalau dah habis belajar baru kawen. habis belajar dan mempunyai pekerjaan. tapi, rezeki setiap orang berbeza. siapa lah kite nak menidakkan ketentuanNya :)

    *sekadar pandangan.

    • Acaii Jawe Reply

      Reen – Salam reen, haaa dulu2 memang fikir camtu gak reen. Tapi bila tengok statistik anak luar nikah sampai tahun lepas yang muslim lebih 70,000 orang, tengah bayangkan nanti diaorang besar camne perangai dia dan jumlah anak luar nikah ni makin lama makin banyak. Kat sekolah wife ada banyak budak2 sekarang takde maklumat bapa pun (anak luar nikah). Jadi cara ni mungkin dapat mengurangkan benda2 ni sikit :)

  3. Reentartnenas Reply

    betul tu. kalau dah melibatkan soal nafsu serakah (hihihi) yg tak boleh control nie, mereka ini wajib lah dikahwinkan dengan kadar segera :) hehehe

    • Acaii Jawe Reply

      Reen – Hahaha, kalau camtu memang tak boleh nak tolonglah reen :)

Leave a reply