Bismillahirrahmanirrahim
Mohon maaf sebab dah lama tak update blog. Kesibukan di kantor menyebabkan tiada kelapangan untuk coretkan sesuatu di sini. Aku nak kongsi satu tazkirah yang aku dengar tentang sikap kita yang suka menghukum orang berdosa dengan balasan neraka. Ada satu soalan dari hamba Allah kepada ustaz tersebut dan jawapan yang diberikan menarik perhatian aku.
Teaser Syima & Zulhelme, Puchong.
Hamba Allah tu bertanya “Bagaimana nasib sahabat saya yang selalu buat dosa seperti minum arak, berzina dan sentiasa melakukan dosa. Adakah mereka akan masuk ke neraka?”
Ustaz tersebut menjawab “Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu nasib saya sama ada ke neraka atau syurga. Apatah lagi nak menentukan syurga dan neraka untuk orang lain. Syariat Islam bertujuan bentuk dan bimbing manusia. Tetapi kita semua tidak berhak tentukan syurga & neraka kepada manusia hanya melihat amalan atau dosa mereka kerana ia milik mutlak Allah. Pada zaman Rasulullah ramai orang yang melakukan dosa besar sepanjang hayatnya dan sebelum mati memeluk Islam dan masuk syurga walau tak pernah beribadah. Rahmat Allah yang tentukan kita ke mana kelak.
Tapi kalau tanya saya, perbuatannya itu dari Al Quran & Sunnah menunjukkan beliau menuju ke jalan yang salah. Tetapi rahmat Allah sangat luas. Kita tidak tahu nasib kita atau mereka bila mati nanti. Tugas kita seru kebaikan dan cegah kemungkaran. Tetapi jangan sesekali menghukum neraka kepada orang lain. Itu kerja Allah dan bukan kerja kita sebagai hamba.”
Menarik jawapan tersebut. Semoga semua dapat manfaat dan pengajaran darinya. Wallahua’lam.
Nota kaki : Insyaallah minggu depan aku update full entry dua majlis yang lepas ni :)
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe
Masy
Tapi kalau tanya saya, perbuatannya itu dari Al Quran & Sunnah menunjukkan beliau menuju ke jalan yang salah. Tetapi rahmat Allah sangat luas. Kita tidak tahu nasib kita atau mereka bila mati nanti. <– LIKE!
Acaii Jawe
Kak Masy – Terima kasih kak, semoga dapat manfaat :)