Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah bersua lagi dalam entry kali ni. Sejak minggu lepas aku banyak bekerja luar menghadiri kursus dan seminar yang dianjurkan oleh syarikat. Tiada ruang masa nak update beberapa entry wedding yang aku shoot baru-baru ni. Belah malam biasanya aku habiskan masa edit album client. Mudah-mudahan aku terus kuat dan sihat :)

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan antara Syima dan Zulhelme yang diadakan di Puchong. Tapi aku update dulu sesi outdoor diaorang ni kerana tidak berkesempatan nak update full entry sekarang. Insyaallah aku akan tambah gambar2 dalam entry ni dalam next week.

Sebenarnya aku suka kekalkan warna original gambar dalam editing maupun pembikinan album. Aku memang suka warna. Jadi insyaallah aku kekalkan begitu walaupun banyak tone-tone yang digunakan oleh jurufoto lain mengikut trend. Aku kurang gemar warna baju, muka dan lain-lain menjadi warna lain bila apply tone tersebut. It doesn’t feel right :)


Dalam sesi outdoor ni kawan-kawan syima join sekali bersama pasangan pengantin. Jadi banyak jugalah pose yang melibatkan diaorang ni. Semuanya ceria-ceria belaka. Ada cerita menarik masa diaorang berlari tu tapi tak perlulah aku cerita kat sini,hehe. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Tahniah kepada kedua pasangan pengantin yang diraikan. Semoga perkahwinan ini menjadikan korang berdua lebih dekat dengan Allah dan memudahkan ke syurga,amin.



Nota kaki : Walau aku jarang update Facebook Pages dan blog tapi aku rajin update twitter:) Boleh follow aku kat situ. http://twitter.com/acaiijawe



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

10 Comments

  1. VioniL Reply

    hehe nice penangan 85 nih kan :P nyum2… best!
    heheh dah lama tak komen kat blog nih :D

    • Acaii Jawe Reply

      Vionil – Salam bro, lama tak dengar khabar :) Terima kasih masih sudi singgah sini dan tinggalkan komen ye.

  2. syima Reply

    cantik2..tetiba teringat balik cerita masa berlari tu..boleh tergelak guling2 bila ingat balik..hehe

    • Acaii Jawe Reply

      syima – salam syima, terima kasih. Aah nak tulis tak sampai hati pasal cerita berlari tu,hehe. Sapa nama dia. Kim salam ye, sian kasutnya koyak,hehe.

  3. epul Reply

    mmg terbaik cai!! aku jelly artwork dan composition ko!! kim salam kat sirap ok!!

    • Acaii Jawe Reply

      epul – Salam pul, terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen bro:) Alaa aku masih belajar2 lagi ni. Kalau ada salah silap tolong tunjukkan ye. Aku dah kirim salam kat dia,hehe.

  4. Kasih Reply

    cantik! hmm..rindunya nak amik gambar pengantin…

    • Acaii Jawe Reply

      Kasih – Hehe, amboi2. Nak buat post wedding ke tinie?

  5. ikoko Reply

    suka gambar kedua yang ramai-ramai tu. ada peace2 tu. :)

    • Acaii Jawe Reply

      ikoko – Salam azlina, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen ye.

Leave a reply