Bismillahirrahmanirrahim


Musim EURO 2012 ni memang betul-betul mengganggu kitaran hidup aku sekarang. Sebagai seorang kaki bola memang menyokong team bola pagi-pagi buta adalah satu perkara normal walau tahu ia tak datangkan faedah apa-apa:) Tahun ni aku sokong team komunis Rusia dan team nazi German sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai edisi kali ni. Mereka bangsa yang menarik.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Zuera & Wandi yang berlangsung di Telok Gong, Pelabuhan Klang. Aku cover majlis pernikahan dan persandingan pasangan ni selama 2 hari. Zuera atau Wa ni memang seorang yang happy go lucky dan ceria sepanjang hari. Kekadang siap ditegur mak, kakak ngan sedara dia supaya sopan sikit time nikah dan sanding,haha. Layan majlis mereka ni:


Alhamdulillah dengan sekali lafaz kedua-dua pasangan ni menjadi pasangan yang sah. Untuk makluman diaorang ni dah lama kenal sejak zaman belajar. Jadi takdelah malu-malu sangat sebab kedua belah keluarga pun dah kenal mereka ni:)

Sebenarnya ada sesi tukar baju selepas majlis nikah ni tapi aku tak dapat update sebab kesuntukan masa. Majlis persandingan dijalankan pada keesokkan harinya. Ia dijalankan secara rewang oleh saudara mara dan orang kampung. Untuk makluman diaorang ni tak buat pelamin di luar rumah. Pelamin hanya ada dalam bilik pengantin untuk tujuan ambil gambar sahaja :)


Ramai betul tetamu yang datang majlis dia ni. Sampai aku boleh jumpa saudara aku yang kerja kat Pelabuhan Klang. Katanya satu tempat kerja dengan tuan rumah ni:) Sebenarnya masa aku shoot majlis ni aku dalam keadaan demam, selsema dan batuk. Sehari sebelum majlis ni aku tak boleh bangun sebab pening sangat kepala.

Tapi memandangkan tanggungjawab, maka aku gagahkan diri sempurnakan tugas ni. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun aku shoot berseorangan. Sesi outdoor kitorang buat 2 tempat. Satu kat tepi jalan Port Klang tu dan satu lagi naik bot nelayan kat Kampung Nelayan. Wa ni kerja uruskan pembahagian diesel bot kepada nelayan. Jadi hampir semua nelayan kat sini memang kenal dia:) Merasalah aku naik bot nelayan free,hehe.


Untuk akhirnya aku ucapkan tahniah kepada kedua-dua pasangan ini. Semoga ikatan yang terjalan dirahmati Allah dan bahagia hingga akhir hayat nanti,amin. Terima kasih atas kerjasama yang sangat baik sepanjang 2 hari bekerjasama. Mohon maaf atas salah dan silap sekiranya ada ye. Tunggu entry seterusnya minggu depan:)


Nota kaki : Ada 2-3 orang yang email aku suruh sambung cerita perang Siffin pula. Insyaallah aku akan sambung tu bulan Ramadan nanti. Sebab takde wedding time tu :P



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

6 Comments

  1. taqo @ nurtaqwa Reply

    salam kang.
    hehe, Euro ni xdapat layan la kang. keje. kehkeh. kang kat opis penat plak mate. hehe. ^^ btw, group pilihan tetap france! hehu!

    Outdoor dia byk tempat. wahhhh..
    best! naik sampan lagi.. :DD

    • Acaii Jawe Reply

      Taqo – Salam kang :) Itulah, pagi kerja memang mata ngantuk ya amat. Kena tido time rehat,hehe. Kat area kampung mmg senang cari tempat banyak,hehe. Thanks kang sudi mampir.

  2. Abel Reply

    Nasib baik sidia bkn kaki bola… Klau ditanya dia akan jwb.. Dr tgk org berebut bola.. Baik tdo.. Haha…

    • Acaii Jawe Reply

      Abel – Salam Belle, hahaha untunglah dia bukan kaki bola :) Kalau tak abislah kena teman dan tengok sekali bola tu Belle,hehe

  3. sil Reply

    salam. lama tak jenguk blog ni. skrg mmg musim bola kan. tengok staf laki ngantuk je kat opis hehe. pengantin pompuan tu ceria sangat2. sronok tengok gambar2 ni. oh ye, saya mimpi klakar semalam . saya kena kawin paksa n bro acaii lak tu yg jadi photographernye. saya taip terus dalam blog bior tak lupe mimpi klakar ni haha

    • Acaii Jawe Reply

      sil – Salam sil :) Lamanya tak dengar khabar. Moga sihat2 hendaknya sekarang ye. Sama jelah kat sini. Ramai jela yang ngantuk time gi ofis sebab tengok bola malam tu :) Waaaah, ada plak mimpi camtu ye,hehe. Tulis2, nak baca nanti,hehe.

Leave a reply