Bismillahirrahmanirrahim

Gambar salah satu kaunter zakat di Selangor


Alhamdulillah kita masih lagi diberi nafas untuk hidup di bulan Ramadan. Hari ni dah 11 Ramadan. 1/3 Ramadan telah berlalu. Sebagai memenuhi tanggungjawab aku sebagai salah seorang yang bertugas di institusi zakat, aku nak beri beberapa info yang mungkin berguna kepada sahabat2 semua yang masuk sini. Kalau ada yang tak jelas boleh tanya aku ye :)

  1. ZAKAT FITRAH
  2. Zakat fitrah dikira berdasarkan berat makanan asasi (beras) satu gantang baghdad (2.75kg). Kadarnya di Selangor RM7.00. Seeloknya jika mampu, kita kira jumlah sebenar berdasarkan beras yang kita makan. Contohnya kalau kita biasa beli beras wangi 10kg = RM45. Jadi kadar zakat fitrah sebenar satu kepala adalah RM12.40 (RM45/10kg x 2.75kg).

    Tetapi kebanyakkan institusi zakat mempunyai resit mengikut gandaan (eg :RM7.00) bagi memudahkan urusan rekod dan pemantauan jumlah umat Islam yang membayar zakat fitrah. Jadi mungkin boleh bayar 2 resit sekiranya berniat untuk lebihkan bayaran zakat tersebut. Kalau seorang insan tu sempat hidup pada bulan Ramadhan dan Syawal walau sesaatpun dan mampu makan pada siang syawal, maka wajib bayar zakat fitrah walaupun mereka fakir dan miskin.

  3. FIDYAH
  4. Kadar fidyah pula ialah 1 cupak beras. 1 gantang = 4 cupak. Jadi kadar fidyah adalah sebanyak RM1.75 (RM7 / 4 cupak). Fidyah seeloknya ditukarkan kepada nilai beras yang setara dan diberikan kepada fakir miskin. Kiraan fidyah : [Bilangan hari tinggal puasa X RM1.75]. Kalau melangkau tahun kena gandakan nilai fidyah tersebut. Tetapi jumlah puasa yang wajib qada’ tetap sama.

  5. FIDYAH UNTUK IBU MENGANDUNG DAN MENYUSU BADAN
  6. Kalau tidak berpuasa sebab takut menjejaskan kandungan/anak maka wajib qada’ dan bayar fidyah. Kalau tidak berpuasa sebab takut mudharat kepada dirinya sendiri maka wajib untuk qada’ puasa sahaja.

  7. FIDYAH UNTUK ORANG TUA
  8. Sekiranya orang tua tersebut memang tidak mampu berpuasa atau disahkan doktor tidak boleh berpuasa maka mereka tidak wajib puasa dan hanya perlu membayar fidyah. Seeloknya disegerakan supaya tidak membebankan pada kemudian hari.


Seperti yang kita semua tahu, bulan Ramadhan ini Allah melipatgandakan pahala amalan kita. Sebab tu kita kena berusaha menambahkan amalan kita berbanding bulan-bulan biasa. Ini termasuklah melaksanakan zakat-zakat lain di bulan ini, memperbanyak sedekah, membaca al-Quran, solat-solat sunat seperti tarawikh, taubat, hajat pada malam Ramadhan dan sebagainya.

Bulan Ramadhan ni cuma datang sekali je dalam setahun. Tinggal 20 hari sahaja Ramadan akan berlalu. Cubalah korbankan sedikit masa rehat, masa tidur dan masa lapang untuk meraikan kemuliaan Ramadhan ini. Mungkin dengan latihan-latihan begitu dan rahmat Allah, kita keluar dari bulan ni dengan menjadi insan yang lebih baik dari semua perkara, dihapuskan Allah dosa2 lepas dan sekiranya ditakdirkan mati, akan mati dengan mati yang baik dalam keadaan hampir dengan Allah. Insyaallah.


Nota kaki : Kalau ada soalan apa2 berkenaan zakat dan fidyah boleh tanya. Insyaallah aku cuba jawab dan bertanyakan kepada orang yang lebih pakar di sini sekiranya aku kurang arif tentang itu. Terima kasih.



Wassalam.




Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

4 Comments

  1. Wani Reply

    Salam,

    Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Saya ada satu soalan mengenai dimanakah tempat yang paling sesuai/digalakkan untuk membayar zakat? Tak kiralah sama ada zakat fitrah atau zakat pendapatan.

    Saya bekerja di Kulim, Kedah tetapi tinggal di Pulau Pinang.

    Sekian, terima kasih.

    • Acaii Jawe Reply

      Wani – Salam wani, terima kasih sudi singgah sini ye. Sebenarnya zakat boleh dibayar di mana-mana asalkan kewajipan zakat tersebut ditunaikan. Di negara kita digalakkan membayar di institusi zakat supaya program pembangunan asnaf dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan berbanding membayar terus kepada asnaf. Seeloknya zakat pendapatan ditunaikan di tempat kita mencari rezeki dan boleh tunaikan zakat fitrah di tempat kita tinggal. Wallahualam.

  2. nurul Reply

    Salam,saya nk tanya berkenaan byr fidyah…Saya tlh tinggal puasa pd thn 2009 sbyk 8 hari…tahun 2010 saya tak mampu nk ganti atas sebab mengandung..saya telah byr fidyah pd tahun tersebut..Kemudian tahun 2011 saya tidak mengganti puasa tersebut dan tidak membayar fidyah. Kemudian ramadhan 2011 saya tggal puasa sebyk 8 hari,tidak ganti juga kerana mengandung…macam mana dengan kiraan fidyah saya?

    • Acaii Jawe Reply

      nurul – Salam Nurul, terima kasih atas pertanyaan dan mohon maaf atas kelewatan membalas email ni ye. Kalau mengikut mazhab syafie puasa yang ditinggal pada tahun 2008 tersebut perlu dibayar fidyah dan digantikan. Fidyahnya adalah berganda sebab puan masih belum membayarnya.

      Contoh kiraannya:
      Tahun 2008 : 8 hari tinggal X RM1.75 (kadar sehari fidyah tinggal) X 4 tahun : RM56
      Tahun 2011 : 8 hari tinggal X RM1.75 X 1 tahun : RM14

      Jadi jumlah fidyah puan adalah RM70 sahaja untuk tahun yang ditinggalkan. Namun begitu puan masiih wajib menggantikan puasa sebanyak 16 hari tersebut.

      Wallahua’lam.

Leave a reply