Bismillahirrahmanirrahim
Ketika aku tulis entry ni Syawal tinggal lagi 6 hari je lagi. Cukup-cukup untuk orang yang belum berpuasa 6 untuk dapatkan pahala seakan berpuasa selama setahun. Tapi aku percaya cabarannya lebih besar sebab masa ni lah banyak jemputan untuk jamuan raya sama ada di ofis-ofis ataupun di rumah sahabat-sahabat lain. Setiap tahun pun menghadapi masalah yang sama tapi berapa ramai yang xambil pengajaran. Aku cakap untuk diri aku sebenarnya :)
Kali ni aku update majlis pernikahan pasangan Farehah & Irfan yang diadakan di Paya Indah Wetland, Dengkil. Sebenarnya kampung aku memang tak jauh dari sini tapi aku tak pernah pun masuk,hehe. Macamlah pusat peranginan lain, kalau tanya orang yang duduk dengan Pantai Morib aku rasa ada yang dah 10 tahun xpergi walaupun duduk 2km dari pantai tu. Orang yang jauh-jauh dah sampai yang dekat tak pergi lagi. Eh layan dulu majlis pernikahan mereka ni sebelum aku bertambah mengarut.
Keluarga Farehah ni sebenarnya berasal dari Kelantan tetapi mereka dah menetap lama kat sini. Jadi saudara mara yang datang semua kecek kelate lah:) Sampai aku kena ingatkan diri aku beberapa kali yang aku berada di Dengkil bukan di Kota Bahru,hehe. Keluarga Irfan pula datang dari Hulu Langat yang kebanyakkannya cakap Nogori. Memang bestlah bila berborak:) Oleh kerana ada masa lagi selepas nikah aku shoot sikit outdoor kat dalam Paya Indah Wetland tu.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Semoga ikatan yang terjalin ini diberikan rahmah dan mawaddah oleh Allah dan ia berkekalan bahagia hingga akhir hayat,amin. Tunggu entry majlis persandingan mereka pula selepas ini ye. Wallahua’lam.
Nota kaki : Minggu ni sahabat photographer aku nak kahwin. Aku harap dia tak kaku bila kena shoot nanti,haha.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe
Masy
selamat pengantin baru, cot. eh eh tetibe je wish kt sini hahahhahahaha
Acaii Jawe
Kak Masy – Hahaha, akak memang terbaiklah. Tahu je,hehe. Jemputlah datang kak ye. Tapi belah dia kat Terengganu sana,hehe.
Abel
Lamenye xsinggah blog ni.. Cantik gambar.. Berdebar plak rase.. Hihi…
Acaii Jawe
Abel – Hahahaha, orait belle. Insyaallah tak lama lagi,hehe