Bismillahirrahmanirrahim
Masa aku singgah di sebuah masjid di Shah Alam baru-baru ni aku ternampak satu halaqah pelajar universiti sedang buat aktiviti usrah bersama. Tiba-tiba aku teringat geng usrah masa belajar dulu. Rindu sangat suasana itu. Usrah ni biasanya dibuat secara berkumpulan 6-7 orang pelajar dan diketuai oleh pelajar senior yg dikenali sebagai naqib (lelaki) atau naqibah (perempuan).
Secara asasnya, naqib ni akan nasihatkan tentang kebaikan, baca buku-buka agama, tafsir Al-Quran dan bincang isu semasa. Selalunya setiap minggu akan buat usrah di bilik ahli-ahli usrah bersilih ganti. Memandangkan naqib aku dulu Abg Khairul adalah geng tabligh, maka kitorang ahli usrah beliau pun ikut keluar 3 hari setiap bulan. Aku akui tidak semua perkara aku setuju dalam aktiviti yang dijalankan tapi ukhuwah dan suasana belajar ilmu tu memang sukar nak diperolehi lagi sekarang.
Ni entry yang aku akan update dalam masa terdekat insyaallah.
Farehah & Irfan, Dengkil
Hafiz & Aisyah, Kepong
Sebenarnya bila dah berada di dunia luar dan telah berkeluarga, kita bebas tentukan aktiviti yang kita lakukan tanpa halangan dari sesiapa. Bukan macam zaman sekolah yang perlu dipaksa utk mengikuti pelbagai program waima program berunsur kebaikan. Sekarang, kalau kita arahkan hidup kita mencari ilmu-ilmu agama dan menyumbang ilmu kepada masyarakat, tiada manfaat jelas yang kita perolehi sekarang. Tapi insyaallah ia jadi bekalan besar hari akhirat kelak.
Kita boleh memilih untuk hidup dalam kawasan perumahan yang sunyi, tenang dan tidak bermasyarakat. Atau kita pilih hidup di kawasan yang mempunyai ukhuwah yang baik dan komuniti yang mempunyai interaksi sosial yang tinggi. Pemilihan tersebut sudah pasti memberi kesan kepada cara kita berfikir dan bersosial sehingga akhir hayat kita kelak. Wallahua’lam.
Wassalam.
Nota kaki : Tahniah kepada sahabat baik dan assistant photographer aku yang selamat diijabqabul minggu lepas ni:) Semoga hidup dalam lindungan Allah sentiasa,amin.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www.faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe
azieazah
Salam dindaku ESAL.
Kak Azie pernah baca tentang usrah ini. Selalu dlm novel pun banyak sebut. Boleh dikatakan, hampir di semua uni ada kumpulan ini… suatu aktiviti yang sangat baik.
Benar, komuniti mana pun kita berada atau terlibat, terpulang kepada kita. Masing-masing boleh menilai.
Acaii Jawe
Azieazah – Salam kak zie yang dikasihi :)Aah kak usrah ni sebenarnya ada disemua universiti. Cuma nak dan taknak je kita nak join diaorang :) Semoga akak sekeluarga sihat2 hendaknya ye,amin.