Bismillahirrahmanirrahim
Akhirnya aku berjaya update full entry hari ini. Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Ain & Faizal yang diadakan di Restoran Zam Zam, Seksyen 9, Shah Alam. Ain ni sebenarnya officemate aku. 5 tahun lepas masa mula-mula masuk kerja kat sini, dia masuk sekali dengan aku dalam jabatan lain. Jadi kitorang memang agak rapatlah.
Satu perkara yang paling aku suka ialah majlis nikah dan sanding beliau berjalan serentak pada malam yang sama. Jimat masa, wang dan tenaga. Mula-mula majlis pernikahan berlangsung, pastu terus sanding & makan beradap. Selesai semuanya. Sepatutnya lebih ramai orang buat begini sahaja bagi mengurangkan kos perkahwinan yang semakin mahal. Tanpa sedar sebenarnya kos perkahwinanlah yang melambatkan proses berumahtangga pasangan sekarang walhal ianya bukan perkara wajib dalam agama.
Oleh kerana dah lama tak update full entry, aku update banyak sikit harini.
Keluarga Faizal ni datang dari Miri, Sarawak. Faizal ni seorang pegawai polis. Jadi memang ramailah sahabat2 polis datang memeriahkan majlis malam tersebut. Makanan pada malam tersebut memang makanan arab. Berbeza dari majlis lain yang menghidangkan nasi minyak dan masakan melayu:) Aku rasa lokasi majlis ni memang bagus dan sapa2 yang ingin melangsungkan perkahwinan di Shah Alam boleh consider tempat ni sebagai lokasi majlis kahwin selain dewan2 lain.
Malam tersebut aku dibantu sahabat baik aku Zakuan Hasan yang juga officemate aku:) Untuk akhirnya aku doakan semoga ikatan kedua pasangan ini berkekalan selamanya,amin. Pakat hidup baik-baik Ain. Jangan garang2,haha. Jumpa lagi entry akan datang. Wallahua’lam
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe
ejal
Salam kang..tak cantik lgsung la..sebab tak ngajak aku..hahaha..marbeles gile la..meleleh air liur tgk gambo2 ni..hahahaha
Acaii Jawe
ejal – Salam ejal,hahaha. Ejal,jumpa minggu ni insyaallah kang:)
awe
Wahh…ada gambar aku ikat samping pengantin..dah kerap dah kena buat cam tu…mak andam biasa balik cepat..photografer lak yg kene adjust samping…
Acaii Jawe
Haha, betul tu awe. Kena belajar pasang samping dengan ko,hehe.
noend
tq acaiiii…. best sgt… ko mmg kawan yang terbaekkkkk…. aku x garang dah la…. kah3… suami pandai jaga hati… huhuhu…..
Acaii Jawe
noend – Waaah pengantin. bizi sangat sampai aku tak sempat nak reply:) Terima kasih ain ye. Semoga ikatan yang terjalan berkekalan sampai akhir hayat,amin. Aahlah dah lebih 5 tahun. Saje aku tulis begitu supaya tak nampak lama sangat,hahaha.
noend
eh beb… ko nie…. bukan 5 tahun lah… dah 7 tahun beb kita kat opis nieh… apa daaaaaa…… ekekekek….. xpe2… tolak mc,holiday, mmg 5 tahun aaaaa…. kah3….