Pohon kedondong kering

Bismillahirrahmanirrahim


Dahulu di depan rumah aku ada sepohon pokok kedondong. Satu hari selepas musim berbuah, daun-daunnya gugur dan nampak seperti pohon yang telah mati. Lebih-lebih lagi sebelum tu nampak banyak ulat bulu makan dedaunnya. Bila aku mengadu kat abah pokok tu dah mati, abah cakap pokok kedondong memang begitu. Tapi, nanti akan tumbuh semula daun-daunnya dan akan berbunga dan berbuah kembali.

Teaser Syazreen & Wan, Serdang


Jawapan abah memang kurang meyakinkan bila melihat keadaan pokok kedondong tersebut. Tetapi beberapa minggu kemudian aku lihat pokok tersebut mengeluarkan tunas-tunas baru. Selepas itu pokok tersebut menghijau semula. Ketika itu aku sedar masih banyak lagi pelajaran alam dan kehidupan yang masih belum aku fahami dan tekuni rupanya.

Begitulah halnya kehidupan. Ada masanya kita rasa dah cukup dewasa dan berpengalaman dalam hidup. Namun hakikatnya, bila mendapat ujian yang berat untuk kita tanggung baru kita sedar banyak lagi yang kita tidak tahu tentang cabaran hidup ini. Ketika tu baru kita sedar kekurangan diri dalam mendepani kehidupan mendatang.

Namun agama mengajar jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Dunia ini bukan tempat kita menikmati sepenuhnya kesenangan, kekayaan dan kebahagiaan. Walaupun ianya kelihatan seperti nikmat tetapi ia masih ujian untuk menguji keimanan. Apatah lagi bila mendapat ujian berupa kesakitan, kesedihan dan kesusahan. Kita hanya berhenti sebentar di sini untuk kumpul bekalan. Untuk kecapi nikmat sebenar di sana. Bersabarlah, Allah sedang menguji kita.




Nota kaki : Tunggu full entry majlis ini nanti.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Solemnized Ainaa & Baihaqi, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah syukur kepada Allah umur kita masih panjang. Kesihatan kita baik. Rezeki untuk kita makan ada. Ada seorang jemaah surau qariah aku bekerja sepenuh masa menjual kuih/nasi lemak dan pisang goreng dari pagi sampai ke petang. Hampir setiap hari beliau akan sedekahkan ke surau kitorang makanan. Banyak pahala beliau.

Kata beliau, hidupnya sangat tenang sekarang. Tanpa mengungkit kisah silam, beliau bagitau ada masa apa yang kita rancang dalam hidup tidak menjadi. Namun kita kena sentiasa berusaha & doa. Sebab Allah tak pernah hampakan doa manusia. Allah akan perkenankan doa melalui jalan berbeza tapi sebenarnya itulah yang kita minta sebelum ini. Kata-kata tu sangat mendalam bagi aku.

Aku nak update majlis pernikahan pasangan Ainaa & Baihaqi yang diadakan di Masjid Shah Alam. Majlis kat sini ada dewan khusus untuk majlis pernikahan. Jurunikah biasanya dah susun jadual sepanjang hari. Kalau ada yang lewat terpaksa tunggu selesai pasangan yg selepas tu:) Jadi kena tepat pada masa yang ditetapkan kalau taknak delay.


Kedua pasangan ni memang senang sangat nak shoot. Memang nampak mereka sedang bercinta sampailah ke hari pernikahan mereka. Syukur Alhamdulillah ikatan tersebut disatukan dengan ikatan nikah yang sah. Mari sama-sama kita doakan semoga kedua pasangan ini berkekalan bahagia sampai ke syurga nanti. Jumpa lagi next entry ye:) Wallahua’lam.



Nota kaki : Jadual aku untuk tahun ni dah hampir penuh alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang bertanya dan buat booking. Aku tak dapat terima banyak job wedding sebab komitmen keluarga dan kerja yang makin meningkat tahun ni.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Nadia & Izad, Sungai Penchala

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas nikmat terbesar kita iaitu agama Islam dan masih diberi kesempatan hidup hingga hari ini. Insan ada ketikanya dia berada hampir dengan pencipta dan ada masanya jauh hingga lalai dan lupa kepada penciptaNya. Namun, rahmat Allah tak pernah berkurangan ketika kita sibuk melakukan dosa dan lupa pencipta.

Bila insan hatinya kosong dan ingin kembali kepadaNya mereka tidak perlu mengaku kepada umum kesalahan masa lampau, tidak perlu berbuat ritual pelik menyiksa diri dan tidak perlu cerita kepada orang ustaz, ustazah atau orang alim untuk hapuskan dosanya. Mereka hanya perlu masa bersendirian memohon taubat dengan sungguh-sungguh kepada Allah. Allah akan mengampunkannya. Luasnya rahmat Allah.

Hari ni aku update majlis perkahwinan Nadia & Izad yang diadakan di Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Pertama kali shoot kat area sini. Majlis Nadia ni berlangsung sehari sahaja iaitu majlis bernikah dan resepsi dalam hari yang sama. Semua deco majlis ni dibuat oleh Nadia dan sahabat2nya. Kagum dengan banyak detail yang cantik-cantik dalam majlis ni. Warna-warna pastel memang trend sekarang.


Dalam beberapa wedding yang aku pergi sekarang ada section ‘candy bar‘ untuk kanak-kanak. Memang ia jadi perhatian. Tapi aku rasa yang banyak makan ni semuanya orang besar je:) Sekarang bagi yang tidak mempunyai masa untuk buat section candy bar ni boleh hire banyak vendor sediakan perkhidmatan ini.

Sebenarnya first time juga dapat pengantin pakai baju warna hijau ni sejak 4 tahun amik gambar ni. Tapi memang cantik sangat baju Nadia dan ‘masuk’ ngan Izad punya kod tu. Nampak berbeza. Sesi outdoor ni kitorang buat kat taman berhampiran je. Aku sebenarnya lupa taman apa sebab memang tak biasa kat area sini:) Nasib baik masa kitorang datang tu belum ramai sangat orang jogging dan lalu lalang.


Untuk akhirnya, aku ucapkan tahniah kepada kedua pasangan yang dirai. Selamat berbahagia hingga ke syurga,amin. Terima kasih kepada Nadia dan keluarga atas layanan yang baik sepanjang bekerjasama. Terima kasih juga kepada sahabat aku Afrizal Aminin yang sudi membantu aku pada hari tersebut. Insyaallah jumpa dalam next entry pula ye. Wallahua’lam.




Nota kaki : Musim pilihanraya dah nak hampir. Kena lebih banyak tapis berita yang diterima. Mudah-mudahan kita dapat jaga diri dari termasuk dalam golongan orang yang membantu sebarkan fitnah. Perjuangan parti tidak halalkan benda yang haram di sisi Islam.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Sempitnya agama Islam sekarang

Bismillahirrahmanirrahim


Kita sekarang bukan hidup dalam masyarakat pada zaman nabi. Kita akui suasana masyarakat pada zaman sekarang banyak galakkan maksiat dan berbuat dosa sama ada di internet, tv mahupun media bercetak. Fitnah berleluasa & zina dilakukan dengan bebas tanpa rasa bersalah. Namun lebih malang bila pendakwah dan golongan daie ada yang kurang memberikan hikmah kepada masyarakat untuk kembali kepada agama.

Teaser Ain & Afi, Parit Jawa, Muar Johor


Mereka sempitkan urusan feqah, selalu menyatakan hukuman-hukuman dalam Islam yang akan dikenakan kepada mereka yang bersalah, hukum neraka bagi orang-orang berdosa dan seumpamanya. Memang ianya benar tetapi alangkah indah kalau butir katanya lebih memberikan ruang yang luas kepada orang berdosa kembali kepada agama. Didik pemuda pemudi dengan kaedah dan pendekatan yang baru tentang agama supaya mereka lebih kenal Islam dengan lebih baik.

Aku ada mendengar satu ceramah baru-baru ini yang hukum ramai orang berdosa dan masuk ke neraka. Ustaz tersebut mengajar agama dengan cara yang berat dan sukar. Seolah-olah lebih susah dan sempit Islam itu menunjukkan orang tu lebih beriman.

Para pendakwah zaman sekarang perlu lebih praktikal dengan dunia semasa. Kaedah lama belajar agama tidak lagi sesuai pada masyarakat sekarang. Mereka perlu lebih cepat dan pantas dalam urusan agama. Melihat kebejatan akhlak masyarakat sebagai satu peluang berdakwah dan bukan peluang untuk menghukum mereka. Mereka perlu gambarkan rahmat Allah ini sangat luas meliputi mereka yang melakukan dosa. Insan nak kembali kepada agama jalannya sangat luas. Mohon ampun atas dosa2 lepas, Allah akan ampunkan mereka. Wallahua’lam.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Tidak perlu menjadi yang terbaik

Bismillahirrahmanirrahim


Dalam kuliah pagi tadi aku tertarik dengan apa yang disampaikan oleh ustaz. Alangkah indah kalau dunia ni bukan tempat untuk kita bersaing dan menunjukkan kelebihan kita berbanding orang lain. Tak perlu bersusah payah berusaha menjadi orang bijak, orang kaya mahupun orang yang cantik tetapi akhirnya hanya berniat untuk pamerkan kelebihan itu kepada orang lain.

Teaser Ainaa & Baihaqi, Shah Alam


Ramai orang tidak sedar, mencari kemasyhuran dan pengiktirafan manusia kadangkala tiada bezanya dengan mencari cara untuk tambah keegoaan dan kesombongan diri. Kita akan penat hidup sebegitu. Apa yang kita dapat bila menjadi yang terbaik dari semua orang? Pujian? pengiktirafan? Selepas itu apa? Adakah ia menyumbang kepada nasib kita di akhirat kelak?

Alangkah indah hidup ni kalau kita semua berusaha membawa ahli keluarga dan sahabat kita ke arah yang lebih baik bersama-sama. Tiada persaingan dan kedengkian sesama kita sebab tujuan hidup bukan untuk mencari yang terbaik di kalangan kita. Kita berusaha untuk berjaya bersama-sama, menjadi kaya bersama-sama, banyakkkan amal ibadah sama-sama. Tiada dengki. Tiada hasad. Adakah kita akan rugi bila hidup begitu?

Kesimpulannya, kita cuba ubah minda kita dari minda bersaing kepada minda berkongsi. Sebab matlamat hidup kita bukan di sini sahaja. Bahagianya bila di syurga kelak kita jumpa ramai ahli keluarga dan sahabat-sahabat kita semasa di dunia ni. Bayangkan kalau kita pentingkan diri dan kita sorang-sorang masuk syurga dan semua keluarga & sahabat kita masuk neraka. Tiada keluarga & kawan2 yang kita kenal di syurga. Seronokkah begitu?




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Liyana & Din, Temerloh

Bismillahirrahmanirrahim


Dalam mana-mana praktis organisasi, biasanya setiap awal tahun akan ada pertukaran dan perpindahan pekerja dalaman. Bila seseorang tu dah lama dengan kita, kadangkala ada rasa kehilangan bila kelibat mereka tiada lagi bersama setiap hari. Itu lumrah. Tapi amanah kerja tetap kena selesaikan dengan baik.

Dengan pertukaran dan perpindahan pasti ada proses penyesuaian. Aku harap sahabat-sahabat kat organisasi aku yang bertukar jabatan dapat terus menyumbang ke arah perkasakan organisasi insyaallah. Prof Muhaya selalu cakap kita kena selalu fikir apa lagi khidmat kita nak beri kat orang dan jangan asyik meminta sahaja.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Liyana & Din yang di adakan di Temerloh, Pahang. Rasanya ni pengantin ke-5 aku shoot kat area sini:) Majlis pernikahan di adakan di rumah Liyana dan sanding di Dewan Mentakab. Lepas tu kitorang outdoor kat Stesen Keretapi Mentakab yang popular kat sini sebagai lokasi outdoor:)

Sebenarnya kitorang ada masa yang sangat singkat masa outdoor tersebut sebab hujan lebat semasa sampai ke sini. Pastu kena tunggu hujan reda. Lagipun nak kejar waktu solat lagi. Tapi ada satu perkara yang best sebab masa shoot tu kena sound ngan petugas keretapi tu guna pembesar suara stesen,hehe.

Untuk akhirnya aku doakan semoga kedua pasangan ini dilimpahi rahmat dari Allah sepanjang ikatan perkahwinan mereka. Terima kasih kepada Liyana atas layanan yang baik sepanjang 2 hari kat sana. Terima kasih juga atas kerjasama yang sangat baik ahli keluarga semua:) Jumpa lagi next entry. Wallahua’lam.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe