Bismillahirrahmanirrahim


Kita sekarang bukan hidup dalam masyarakat pada zaman nabi. Kita akui suasana masyarakat pada zaman sekarang banyak galakkan maksiat dan berbuat dosa sama ada di internet, tv mahupun media bercetak. Fitnah berleluasa & zina dilakukan dengan bebas tanpa rasa bersalah. Namun lebih malang bila pendakwah dan golongan daie ada yang kurang memberikan hikmah kepada masyarakat untuk kembali kepada agama.

Teaser Ain & Afi, Parit Jawa, Muar Johor


Mereka sempitkan urusan feqah, selalu menyatakan hukuman-hukuman dalam Islam yang akan dikenakan kepada mereka yang bersalah, hukum neraka bagi orang-orang berdosa dan seumpamanya. Memang ianya benar tetapi alangkah indah kalau butir katanya lebih memberikan ruang yang luas kepada orang berdosa kembali kepada agama. Didik pemuda pemudi dengan kaedah dan pendekatan yang baru tentang agama supaya mereka lebih kenal Islam dengan lebih baik.

Aku ada mendengar satu ceramah baru-baru ini yang hukum ramai orang berdosa dan masuk ke neraka. Ustaz tersebut mengajar agama dengan cara yang berat dan sukar. Seolah-olah lebih susah dan sempit Islam itu menunjukkan orang tu lebih beriman.

Para pendakwah zaman sekarang perlu lebih praktikal dengan dunia semasa. Kaedah lama belajar agama tidak lagi sesuai pada masyarakat sekarang. Mereka perlu lebih cepat dan pantas dalam urusan agama. Melihat kebejatan akhlak masyarakat sebagai satu peluang berdakwah dan bukan peluang untuk menghukum mereka. Mereka perlu gambarkan rahmat Allah ini sangat luas meliputi mereka yang melakukan dosa. Insan nak kembali kepada agama jalannya sangat luas. Mohon ampun atas dosa2 lepas, Allah akan ampunkan mereka. Wallahua’lam.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

4 Comments

  1. Muktasim Reply

    betul tu.. ramai yang nampak Islam ni susah.. dan yang berdosa hari ini belum tentu neraka tempatnya, siapa kita nak nilai pengakhiran hidup mereka.. berdoalah mereka kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat..

    • Acaii Jawe Reply

      Muktasim – Salam akhi, betul tu. Mungkin satu hari nanti mereka diberikan hidayah oleh Allah dan jadi seorang muslim yang jauh lebih baik dari kita. Rahmat Allah kita tak tahu dan tidak dijangka:)

    • Acaii Jawe Reply

      kamitaken – Syukran akhi Lutfi sebab sudi singgah dan tinggalkan jejak ye:)

Leave a reply