Wedding Faradilla & Hasif, Kajang

Bismillahirrahmanirrahim

Tanpa sedar Ramadan dah hampir tiba. Masa aku tulis ni dah 21 Rejab 2014H. Rindu nak bersahur, bertadarus, tarawikh, berbuka puasa dan suasana kebaikan pada bulan Ramadan. Atas kekangan kerja di ofis, bos tak izinkan aku kerjakan umrah tahun ni. Walaupun sedikit kecewa tetapi aku percaya ada hikmah disebalik perkara itu. Sebenarnya antara impian aku nak habiskan sebulan Ramadan di Makkah bersama wifey. Mudah-mudahan tercapai satu hari nanti.

Kali ni aku nak update majlis persandingan Fara & Hasif pula. Walaupun shoot berseorangan tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Majlis meriah, DJ best macam suara Andy Hakim, pengantin ceria, kawan-kawan sporting semuanya memudahkan kerja. Aku dah cuba beberapa tone yang ‘in’ sekarang. Tapi akhirnya aku lebih suka neutral colour dalam editing aku:) Lebih sesuai sepanjang masa.

Sesi outdoor kitorang buat kat Putrajaya. Sebab petang tu hujan lebat. Kitorang kena cari tempat boleh berteduh dan amik gambar. Jadi aku pilih kat tempat yang dah beberapa tahun aku tak shoot:) Selepas hujan reda kitorang sambung sikit kat Taman Botani. Untuk akhirnya, mari sama-sama kita doakan semoga pasangan ini dipermudah urusan hidup bersama di dunia sampailah ke akhirat nanti. Bahagia dan menyayangi antara satu sama lain sampai akhir hayat mereka,amin.

Aku akan super bizi dalam 2 minggu akan datang. Urusan kerja di ofis dan urusan keluarga. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Doakan kesihatan aku sahabat2:) Semoga berjumpa lagi insyaallah.

Wassalam

Rezeki

Bismillahirrahmanirrahim

Aku sekarang terlibat dalam proses mendokumentarikan kejayaan asnaf yang telah dibantu oleh Lembaga Zakat Selangor melalui program usahawan. Aku shoot video dalam 2-3 minggu ni di seluruh Selangor asnaf yang berjaya dan interview mereka. Jadi secara tidak langsung aku tahu situasi mereka sebelum dan selepas berjaya dalam berniaga.

Fiza & Mazli, Kuala Lumpur

Ada asnaf yang sebelum ni hidup sangat susah dan terpaksa meminta2 untuk sesuap nasi buat keluarga. Tetapi kini pendapatan mereka mencecah puluhan ribu sebulan. Malah ada asnaf yang dibantu oleh LZS ini berjaya memperolehi pendapatan lebih RM100,000 sebulan bersih. Teringat 3 tahun lepas masa kitorang melawat beliau ketika baru mendapat bantuan modal perniagaan & peralatan daripada LZS. Masa tu aku dah yakin dia akan berjaya melihat kesungguhan beliau dan terbukti sekarang.

Lebih menarik pendapatan beliau tersebut jauh mengatasi semua orang yang kerja di institusi zakat termasuklah CEO kitorang:) Bukan sedikit yang memperolehi pendapatan lumayan dan keluar dari kemiskinan. Setiap tahun lebih 150 asnaf berjaya dikeluarkan oleh LZS. Tetapi sebenarnya ada juga yang dibantu dan mengalami kegagalan. Itu adalah cabaran kepada LZS.

Bila kita lihat hidup ni secara keseluruhan, lihatlah bagaimana Allah membahagikan rezeki & nikmat kepada manusia. Selama 40 tahun hidup susah tiba2 Allah bagi rezeki yang banyak. Ada yang sebelumnya hidup mewah tetapi Allah uji dengan kesusahan dan kepayahan. Ada yang rezekinya sederhana sahaja sepanjang hidupnya. Asasnya sama, Allah nak lihat keimanan dan kesabaran kita hidup di dunia yang sementara ni. Wallahua’lam.

Nota kaki : Selamat bercuti sekolah kepada semua cikgu-cikgu. Masa untuk berehat dan lapangkan fikiran:) 

Solemnized Faradilla & Hasif, Kajang

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam tazkirah yang aku dengar selepas solat semalam, ustaz bagitau tentang mudahnya kita mencari pahala pada zaman ini. Dengan satu dakwah kebaikan, ia boleh tersebar luas di seluruh dunia melalui medium sosial media. Suatu kelebihan yang tidak pernah dimiliki oleh pendakwah-pendakwah zaman dahulu. Namun tanpa sedar ia juga boleh menjadi sebab dosa kita berganda-ganda.

Apabila kita sebarkan berita yang tidak betul, cerita yang mengaibkan insan lain, fitnah yang dipanjangkan tanpa soal selidik maka setiap kali orang membaca dan sebarkan, dosa kita akan berganda-ganda banyaknya. Kalau ada seorang insan berbuat dosa, kita mengumpat keburukannya kepada sahabat kita. Pada malam hari beliau sedar dan bertaubat. Allah telah ampunkan dosa beliau tersebut. Namun dosa kita sebarkan aib beliau masih berterusan dan berganda-ganda lagi. Siapa yang lebih baik akhirnya?

Kali ni aku update pula majlis pernikahan Fara & Hasif yang diadakan di Kajang. Dah lama sebenarnya aku tak shoot dengan ramai kawan-kawan yang turut sama datang memeriahkan majlis dari majlis nikah sampailah majlis persandingan:) Cabaran shoot majlis nikah di rumah berseorangan biasanya ruang yang dan kena pelbagaikan angle dari satu kedudukan. Layan dulu.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Keluarga Hasif datang dari Kebun Baru, Telok Panglima Garang. Aku sangat suka tengok mereka jemaah bersama2 solat sunat selepas majlis nikah tersebut. Satu lagi ikatan suci antara umat nabi Muhammad terjalin. Antara penyebab syaitan menangis. Mari sama-sama doakan semoga kedua pasangan ini dirahmati Allah sepanjang ikatan perkahwinan mereka ,amin. Insyaallah aku update lagi next week majlis persandingan beliau. Wallahua’lam.

Nota kaki : Aku baru sempat update dalam blog je buat masa ni. Facebook tak sempat lagi:)

Wassalam.

Adawina & Suhaimi, Cheras

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, setelah dah lama tak update dapat gak aku letak entry wedding kat blog ni:) Sebenarnya sampai minggu hadapan aku masih lagi kerja di luar office. Memandangkan Ramadan dah hampir tiba, kerja-kerja di institusi zakat memang bertambah 2 kali ganda menyiapkan keperluan untuk bulan puncak tersebut. Terutamanya hal yang berkaitan dengan sistem IT.

Majlis Adawina dan Suhaimi ni berlangsung di Cheras. Suhaimi ni orang Penang dan family diaorang memang ramai datang dari sana. Masa majlis nikah tu rasa macam tengah shoot kat Penang je sebab semua cakap utara,hehe. Aku cover 2 hari untuk majlis nikah dan sanding. Sesi outdoor mereka buat berdekatan sahaja dengan rumah Wina lokasi majlis tersebut. Tapi menarik sebab dapat masuk kat Unit Berkuda DBKL bersebelahan dengan Taman Tasik Permaisuri. Dapatlah gak main dengan kuda sekejap,hehe.

 

 
Untuk akhirnya, tahniah kepada kedua pasangan pengantin yang diraikan. Mudah-mudahan ikatan tersebut di rahmati Allah sentiasa dan memudahkan mereka berdua untuk ke syurga Allah,amin. Tahniah sekali lagi atas pernikahan. Terima kasih di atas kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung 2 hari tersebut:) Mohon maaf jika ada salah dan silap.

Insyaallah aku akan update lagi dalam masa terdekat. Jumpa lagi. Wallahua’lam.
 
 
Wassalam.
 

Training iOS iPhone

Bismillahirrahmanirrahim

Mustakim& Farhanah, Sungai Petani

Allahuakhbar! Masa amat mencemburui aku sekarang. Sekembali dari Sungai Petani Ahad lepas aku diarahkan untuk hadir training membuat aplikasi iPhone selama seminggu bermula Isnin sampailah Jumaat di Bangi. Belum sempat nak lepaskan lelah, terpaksa berhempas pulas hadam ilmu baru untuk kebaikan kerjaya aku dan organisasi. Setelah penat memerah otak pada waktu siang, malamnya kena laksanakan tanggungjawab siapkan album pula:)

Namun begitu aku amat berterima kasih kepada ofis yang menghantar training untuk membuat aplikasi iPhone/iPad ni. Aku belajar menggunakan native language dalam software Xcode dan gunakan programming language Objective C yang aku tak familiar sebelum ni. Tapi itulah cabaran. Dalam setiap cabaran Insyaallah ada peluang dan rezeki. Dengan kos lebih RM5K dibelanjakan syarikat insyaallah aku akan memberi nilai tambah baru kepada organisasi aku bekerja. Kalau Allah izinkan, tak lama lagi Apps Zakat akan keluar kat Appstore. Tunggu ye.

Aku tak dapat update lagi buat masa ni walaupun ada beberapa entry yang masih pending. Insyaallah aku akan release satu-satu. Ketika aku tulis entry ni jam dah lama melepasi tengah malam selepas selesai siapkan satu lagi album. Ada masa 4 jam untuk tidur dan mulakan hari esok dengan fikiran yang lapang untuk timba ilmu baru yang lain pula. Aku rasa tak seronok pula biarkan blog ni tak berupdate lama. Wallahua’lam.

Wassalam.

Nota kaki : Selamat hari guru kepada semua pendidik:) Semoga kerja kalian memudahkan kalian semua memasuki syurga Allah,amin. 

Nota kaki 2 : Ya Allah, sampaikan aku dan semua sahabat2 blog aku ni hingga ke bulan Ramadan Mubara’ pada tahun ni.

Selepas pilihanraya

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, bersua lagi dalam blog ni. Rakyat Malaysia telah bersuara dalam PRU13. Silent majoriti kadangkala sukar dijangka. Dua-dua pihak Barisan Nasional & Pakatan Rakyat ada sesuatu yang boleh diraikan dan ada benda yang kecewa. Mudah-mudahan pemimpin yang dipilih tersebut menunaikan janji dan menjaga negara dan negeri kita dengan baik. Semoga syiar Islam terus berkembang.
 

Adawina & Suhaimi, Cheras

Teaser Fara & Hasif, Kajang

Farhanah & Mustakim, Kuala Lumpur

 
Mohon maaf belum dapat update full entry majlis lepas. Aku terlibat dalam satu kemalangan kecil baru-baru ni. Tangan kanan aku sukar nak bergerak. Tak dapat nak menaip & buat kerja. Beberapa hari terpaksa MC. Alhamdulillah tiada apa2 yang serius. Cuma bila ada musibah dan sakit baru insaf betapa nikmat kesihatan tu merupakan satu nikmat yang sangat besar. Baru hargai jari yang boleh menggengam bila kesakitan ketika mahu menggerakkan jari.

Insyaallah aku cuba update seperti biasa mulai minggu hadapan selepas pulang dari musafir jauh. Untuk akhirnya kita ini sesama muslim, mari kita bersatu kerana Islam dan berlapang dada menerima perbezaan. Sahabat-sahabat, kita semua akan menuju matlamat dan tempat yang sama. Fokus kat akhirat jom. Mari kukuhkan kebersamaan antara kita. Wallahua’lam
 

Wassalam.