Bismillahirrahmanirrahim

Mustakim& Farhanah, Sungai Petani

Allahuakhbar! Masa amat mencemburui aku sekarang. Sekembali dari Sungai Petani Ahad lepas aku diarahkan untuk hadir training membuat aplikasi iPhone selama seminggu bermula Isnin sampailah Jumaat di Bangi. Belum sempat nak lepaskan lelah, terpaksa berhempas pulas hadam ilmu baru untuk kebaikan kerjaya aku dan organisasi. Setelah penat memerah otak pada waktu siang, malamnya kena laksanakan tanggungjawab siapkan album pula:)

Namun begitu aku amat berterima kasih kepada ofis yang menghantar training untuk membuat aplikasi iPhone/iPad ni. Aku belajar menggunakan native language dalam software Xcode dan gunakan programming language Objective C yang aku tak familiar sebelum ni. Tapi itulah cabaran. Dalam setiap cabaran Insyaallah ada peluang dan rezeki. Dengan kos lebih RM5K dibelanjakan syarikat insyaallah aku akan memberi nilai tambah baru kepada organisasi aku bekerja. Kalau Allah izinkan, tak lama lagi Apps Zakat akan keluar kat Appstore. Tunggu ye.

Aku tak dapat update lagi buat masa ni walaupun ada beberapa entry yang masih pending. Insyaallah aku akan release satu-satu. Ketika aku tulis entry ni jam dah lama melepasi tengah malam selepas selesai siapkan satu lagi album. Ada masa 4 jam untuk tidur dan mulakan hari esok dengan fikiran yang lapang untuk timba ilmu baru yang lain pula. Aku rasa tak seronok pula biarkan blog ni tak berupdate lama. Wallahua’lam.

Wassalam.

Nota kaki : Selamat hari guru kepada semua pendidik:) Semoga kerja kalian memudahkan kalian semua memasuki syurga Allah,amin. 

Nota kaki 2 : Ya Allah, sampaikan aku dan semua sahabat2 blog aku ni hingga ke bulan Ramadan Mubara’ pada tahun ni.

2 Comments

  1. azieazah Reply

    Salam dindaku ESAL,

    sejak tukar kerja, dan tidak lagi dok buat job/projek-projek printing ZAKAT SELANGOR, rindu nak tengok perkembangan Zakat dalam mempromosi produk. (dulu Zakat Selangor di Shamelin adalah client tempat keja saya).

    • Acaii Jawe Reply

      azieazah – Salam kak zie yang dihormati. Mesti akak rindu nak buat kerja kerja ngan zakat kan,hehe. Terima kasih kak:)

Leave a reply