Wedding Dr Amalina & Dr Hafifi, Paroi, Negeri Sembilan

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah dapat aku update wedding Dr Amalina & Dr Hafifi yang di adakan di Kampung Paroi, Negeri Sembilan. Setting majlis ni memang cantik walau diadakan di kawasan kampung je. Dr Amalina dan Dr Hafifi sekarang bertugas di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Aku rasa mereka ni pasangan doktor ke-16 aku shoot sepanjang ambil gambar wedding ni. Banyak rujukan bila diperlukan alhamdulillah.

Bila cakap pasal Hospital Sultanah Aminah ni tiba-tiba aku teringat makan Stimboat kat Pantai Lido dan Dataran JB sebelah HSA masa belajar dulu:) Rindu kat kawan-kawan belajar. Dari KL nak ke Paroi sekarang senang je sebab dah ada Highway SILK Kajang-Seremban yang memudahkan ramai orang access selain melalui PLUS Highway. Terima kasih kepada sahabat baik aku Khairul Hafiz yang assist aku pada hari tersebut.
 

 

Alhamdulillah majlis persandingan berlangsung dengan lancar dan meriah. Sesi oudoor tersebut kitorang buat kat kawasan sawah padi di depan Istana Seri Menanti dah nak dekat Kuala Pilah sana. Mari sama-sama kita doakan semoga kedua pasangan ini dirahmati Allah sepanjang hayat mereka berdua,amin. Jumpa lagi next entry. Wallahua’lam.

Nota kaki : Jangan lupa puasa hari Tasu’a dan Asyura sahabat2 semua. Ia puasa yang dilakukan sebelum syariat puasa Ramadan.

Wassalam.

Akhir tahun dan usia

Bismillahirrahmanirrahim

Aizatul & Firdaus, Shah Alam

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung tahun 2013. Kejap je masa berlalu dan umur kita bertambah lagi. Tanpa sedar dosa dan pahala kita juga berkadaran dengan peningkatan usia kita tersebut. Namun, hakikatnya pertimbangan dosa pahala sebenarnya tiada kaitan dengan umur. Tidak bermakna orang yang lebih berusia amalannya lebih banyak dari yang lagi muda dan sebaliknya.

Sepanjang perjalanan ke tempat kerja hari ini hujan lebat turun mengiringi perjalanan. Kelihatan beberapa kemalangan melibatkan pelbagai jenis kenderaan. Betapa dekatnya kita dengan kematian. Aku selalu diingatkan, Allah tak perlukan sebab untuk mematikan kita.

Allah boleh matikan kita bila-bila masa sahaja. Kemalangan, sakit kronik, lemas, dibunuh dan sebagainya itu hanya satu cara untuk kita mati. Jika tak mati dengan cara itu, kita tetap mati dengan cara yang lain. Janganlah terlalu terkejut dengan berita kematian. Allah telah takdirkan kematian itu kepada mereka. Mungkin kita bakal mati dengan cara itu juga. Masa mati itu tidaklah penting. Tetapi amalan yang dibawa ketika mati itu memberi implikasi syurga dan neraka kepada kita. Kita kena berusaha ke arah itu. Wallahua’lam.

Wassalam.

Solemnized Dr Amalina & Dr Hafifi, Paroi

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah semoga Allah rahmati kita dalam semua yang kita lakukan hari ini. Salah satu cabaran terbesar seorang photographer bila shoot majlis pernikahan di dalam rumah ialah mereka mempunyai ruang terhad untuk bekerja. Maksudnya mereka shoot sepanjang majlis berlangsung tanpa bergerak ke mana-mana. Dalam masa yang sama kena pelbagaikan angle. Ada sesetengah mereka hanya boleh berdiri dan duduk di tempat yang sama sepanjang majlis disebabkan ruang yang terhad. Itulah antara cabaran yang biasa dihadapi oleh semua photographer.

Kali ni aku update dulu majlis pernikahan Dr Amalina & Dr Hafifi yang di adakan di Paroi, Negeri Sembilan. Ni kali pertama aku shoot majlis perkahwinan kat Paroi. Kedua-dua pasangan ni merupakan doktor di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
 

 

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Keluarga Dr Hafifi datang dari Johor. Dengan sekali lafaz Dr Amalina menjadi isteri yang sah. Semoga ikatan suami isteri yang terjalin berbekalan bahagia sampai akhir hayat,amin. Tunggu aku update majlis persandingan mereka yang diadakan pada keesokan harinya. Wallahua’lam.

Wassalam.

Wedding Aqmalina & Fadly, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. Dalam tazkirah yang aku dengar baru-baru ni, ustaz bagitau antara perkara yang Allah larang tetapi kita suka buat ialah saling berbangga antara satu dengan lain dengan harta kita, anak kita, ilmu kita, rupa paras kita dan rezeki-rezeki lain yang kita ada. Tanpa sedar ketika kita berkongsi semua rezeki tersebut dengan sahabat lain, ada timbul rasa riak dan bangga dalam diri.

Tanpa sedar juga, kita berusaha bekerja lebih keras untuk mendapatkan rezeki yang lebih baik hanya untuk ditunjukkan kepada orang lain. Kena tanya diri sendiri. Adakah semua nikmat yang Allah bagi tersebut mendekatkan diri kepada Allah? Iman kita bertambah? ibadah kita lebih baik? atau dengan bertambah nikmat tersebut kita makin jauh dari agama. Tanya diri dan jawab dalam hati. Muhasabah.

Kali ni aku update sikit outdoor majlis Aqmalina & Fadly yang berlangsung di Shah Alam.
 

 

Semoga kedua pasangan pengantin ini dirahmati Allah sepanjang hidup mereka berdua dan berbahagia sampai ke syurga,amin. Aku masih lagi dalam mode sibuk 3-4 minggu ni. Mohon maaf agak lama tak update blog ni. Terima kasih kepada sahabat2 yang selalu melawat blog ni walaupun aku jarang update. Aku hargainya. Insyaallah jumpa lagi selepas tahun baru Hijrah. Salam Maal Hijrah. Wallahua’lam.

Wassalam.