Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, kita dah sampai penghujung tahun 2014. Tahun yang pasti dikenang semua dengan banyak ujian dari Allah kepada negara kita.
Kehilangan 2 pesawat MAS + 1 Air Asia, banjir besar yang melanda negara, kejatuhan ekonomi negara pengeluar minyak dsb.
Sebagai seorang muslim yang beriman, sudut pandang kita perlulah berbeza. Semua ujian ini memang dalam pengetahuan Allah. Allah yang berikan. Semuanya.
Ia mungkin satu bentuk ujian tahap iman kita dan teguran dari Allah atas kelalaian kita sebelum ini. Ia hanya menunjukkan kebesaran Allah dan betapa kecilnya kita tidak mampu melawan takdir Allah.
Lihatlah sekeliling.
Orang mati dengan tiba-tiba tanpa bersedia. Allah juga boleh tarik nyawa kita tanpa kita sedar dan mahu.
Soal bila, di mana, bagaimana kita mati itu tidaklah penting sangat bagi Allah. Tetapi persediaan amalan kita untuk dihisab itu jauh lebih penting.
Jika kita tahu tahun 2015 yang bakal tiba ini kita bakal jadi jenazah, bakal duduk dalam tanah menunggu kiamat, apa persediaan kita?
Nota : 3 bulan kebelakang ini, aku terlibat projek besar di ofis yang menyebabkan aku tidak mampu berikan perhatian kat blog ini. Tapi sebenarnya aku masih aktif shoot wedding hampir setiap minggu cuti sekolah. Aku memang cuba kurangkan tugasan wedding beransur2 bermula 2015 insyaallah.