Bismillahirrahmanirrahim,
2 minggu telah berlalu sejak perlaksanaan GST di negara kita. Suara-suara bantahan walaupun ada nampaknya dah semakin kurang. Mungkin kerana sedar, tak banyak yang mampu kita lakukan. Mahu ataupun tidak kita kena buat adjustment terhadap perbelanjaan kita.
Dalam tazkirah yang aku dengar semalam, sebenarnya kita tidak perlu takut kepada GST kalau kita benar-benar percaya rezeki Allah. Sebab hakikatnya, perasaan kurang, sempit dan lapang dalam hati itu adalah datang daripada Allah. Allah yang campakkan rasa itu dalam diri kita.
Seorang orang kaya lalu di satu rumah kampung pada waktu malam. Dia melihat seorang buruh yang keletihan baru pulang kerja. Kemudian dia makan malam bersama keluarganya. Kepuasan tergambar diwajahnya dapat makan pelbagai lauk pauk dengan banyak setelah seharian bekerja.
Orang kaya itu berkata dalam dirinya,
“Orang itu lebih kaya daripada aku. Walaupun aku kaya dan banyak duit, aku tak dapat makan seperti orang itu. Hanya boleh makan makanan tertentu sahaja sebab pelbagai penyakit yang ada dalam badan aku ini.”
Nah, itulah kehidupan. Allah beri rezeki dan Allah juga tarik nikmat untuk beri ujian.
Setiap kita mempunyai rezeki dan ujian yang berbeza-beza. Kena berhenti merungut dan banyakkan usaha. Kemudian serahkan kepada Allah. Allah yang berikan rasa cukup kepada rezeki kita.
Yakin dan percaya.
Leave a reply