Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah!!

Marhaban ya Ramadan. Subhanallah, walaupun aku banyak sangat berbuat dosa tetapi Allah masih berikan kesempatan untuk berjumpa bulan Ramadan tahun ini. Beberapa hari menjelang Ramadan ni, aku terima berita kematian sahabat dan ahli keluarga mereka. Semoga Allah limpahkan rahmat kepada mereka semua.

Fakhry & Farihah, Bangi

Fakhry & Farihah, Bangi

Diana & Azizi, Shah Alam

Diana & Azizi, Shah Alam

Kepada kita yang masih hidup, bersyukurlah atas peluang yang Allah berikan ini.

Sempena bulan Ramadan ini, ayuhlah kita berhentilah cari perbezaan antara kita semua. Berhenti cari kekurangan. Berhenti cari kesalahan. Simpan cerita kekurangan dan keaiban orang lain untuk diri kita dan ringankan mulut cerita kebaikannya kepada orang lain. Kalau kita jadi orang positif, cara kita memandang hidup ini akan berbeza.

Ramadan ini adalah satu madrasah. Kebiasaannya bila keluar daripada sekolah/madrasah ada ilmu yang kita perolehi yang berguna dalam hidup. Sebab tu kena niat apa yg kita mahu perbaiki dari segi amalan, akhlak dan ilmu kita sebelum masuk madrasah Ramadan ini. Mudah-mudahan ia jadi amalan dan kebiasaan selepas keluar dari madrasah Ramadan ini.

Aku mohon maaf atas segala kekhilafan dan kesalahan aku kepada semua. Aku insan yang lemah dan kadangkala melakukan kesilapan secara sedar ataupun tidak. Semoga kita dapat lalui Ramadan dengan tenang dan menjadikan kita insan yang lebih baik. Amin.

Wallahua’lam.

Leave a reply