Bismillahirramanirrahim
Kali ni aku nak update majlis pernikahan Lini & Man kat Bukit Kapar, Klang. Diaorang ni nikah selepas solat jumaat. Jadi aku sengaja datang awal untuk solat jumaat di masjid tu. Masa aku sampai dalam pukul 12:30 tengahari aku tengok masjid dah hampir penuh. Aku check balik jam aku takut2 jam aku rosak. Rupanya memang orang kampung Bukit Kapar ni ramai yang datang awal ke masjid, alhamdulillah.
Dalam 15 minit sebelum azan aku tengok masjid dah penuh. Kalau kat tempat lain kekadang khutbah dah nak abis baru datang masjid. Tiba2 rasa seronok je berada dalam suasana camtu. Sebenarnya persekitaran juga secara tak langsung mempengaruhi tingkah laku dan akhlak kita. Semoga benda tu berterusan sampai bila2, amin. Layan sikit majlis pernikahan diaorang ni.
Oh ya, untuk pengetahuan semua kat Selangor ni dah tak guna mas kahwin RM80 tu. Maksudnya, kalau hantaran tu RM8,000 maka akan di sebut “Aku terima nikah …. dengan maskahwin nya RM8,000 tunai..” Jadi hati2 kalau nak taruk cek selepas ni sebab cek tu dikira hutang. Mesti segan kalau imam cakap “dengan mas kahwinnya RM15,000 hutang...” hehe. Penyelesaiannya guna bank draft ataupun tunai :)
Kalau bayar separuh2 contoh RM4,000 tunai dan lagi RM4,000 guna cek maka yang guna cek tu dikira sebagai hutang..:) Aku dah confirm benda ni dengan 2-3 orang pendaftar nikah termasuk lah imam yang aku dah shoot beberapa kali ni,hehe. Pandai-pandailah nanti pasangan yang nak kahwin ye.
Nota kaki : Aku sengaja guna tone kaler camni sekadar mencuba. Nantikan majlis sanding dan outdoor diaorang nanti ye.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com
SisHoney
salam isnin,
pengantin pertama di tahun baru dgn identiti yg baru.good job cai :).best dgn tone kaler ni even sbg percubaan.so pasni mst terserlah dgn tone-tone kaler plak kan :).betul cai.masa sis shoot akad nikah sis kat ampang pun tok kadi tak tulis dalam surat nikah sbb sepupu sis bawak cek hantaran.nasib baik mmg mas kawen dia letak tunai.so hanya yang tunai sahaja la diakad kan…
faisalhjrahim
sishoney – salam sis..:) hehe..saje nak buat pembaharuan skit tapi bukanlah final sis..cuma nak try pelbagaikan cara skit,ceewahhh..:) aah, sekarang kena ada wang tunai, kalau tak imam bising..sebab jabatan agam aislam dah keluarkan arahan camtu kat semua imam jurunikah ni..:)
cot
salam sifoo..
igtkn ko nk main gk action yg tgh femes skrg ni..
kekekke…
xsbr aku nk tggu hasil kt serting..
tgk kt skrin kmera xbest lah..
sbb gmbr2 ko best..
xpuas tgk kt kmera..
wakkakakaka
faisalhjrahim
cot – salam cot,hahahah..:)saje je try kaler2 baru cot..tunggu nanti gambar2 tu cot,hehee..thanks follow aku 2 hari semalam..:) penat tak hilang lagi ni weh,huhu
herni
uhhuuuhh :) takleh hutang2 mas kawen ni..tunaiiiiii
faisalhjrahim
herni – salam awak..waaa lama enggak jumpa,hehe..ornag dulu2 nikah kekadang hutang je wak..tak mampu,hehe
awe
Salam sensei Cai..wahh dah masuk zaman retro balik…best gak layan retro ni. Lagu pun evergreen lak tu
Layan2…
nanti ko masukkan lagu “pergi’nyayian aizat yg baru menang AJL malam tadi Bro..best tul lagu tu…
ATONG
caii ko suruh pengantin nerbas ker kat kebonan..ahahaa.apepun tetap garang gambare,kue gunakke white ballace aper kelvn ker..
Kak Azieazah
Salam dindaku ESAL…
untung juga hantaran dikira mas kahwin… ahaaa pengajaran tuh. Kaum lelaki jangan nak ngendeng-ngendeng lak duit tuh tauuu…
Akak dulu, murah benor ler mas kahwin nyerrrr…
faisalhjrahim
awe – salam awe,thanks awe..:) aku dah ada lagu tu awe, nantilah aku upload lagu tu plak,hehe…
Atong – hahahhaha, nanti ada pengantin mogok kang aku ajak nerbas atong,hehe..:) white balance memang dari dulu aku pakai kelvin tong..
Kak Azieazah – Salam kak zie yang dihormati, aah betul tu..sebab mas kahwin tu dah jadi hak isteri..suami tak berhak atas mas kahwin tersebut melainkan diizinkan oleh isterilah kan kak,hehe..dulu memanglah kak zie..:) orang dulu kalau mahal2 nanti tak mampu plak belah lelaki :)
najmi
suka ar tone color kali ni. mcm klasik sikit pun ada gak. abg acai banyak adjust tone color ek jadi camni?
ATONG
ooo aku ngah traning pakai kelvin lar caii..anak aku, aku jadikan model.hehe.kecian dia.aku pakse berdiri kat dinding.macm ner nak dapat yg sesuai yer.minggu nie job kat ner dok.
ViniL
heheheh wah…
identiti abam acai terbaru… nice one bro…
isk isk… nanti time vinil kawen ntah berapa la harga hantaran,… ekekekeke…
faisalhjrahim
najmi – salam bro..thanks..alaaa aku main2 je buat style camni..ramai dah orang dah buat ala2 camni,hehe..:)
Atong – hahaha, bagus2..nanti kalau jumpa aku ajarkan ko ek..:) weekend ni aku kat kelana jaya..mau follow?
Vinil – thanks vinil, alaa ni bukan identitilah..saja main2 kaler skit..:) hantaran tu sbnrnya boleh dibincangkan kedua belah pihak,ceewahh..
Mr Fathi
kang,nek koe tuko tone kaler pun gambarnei tetap cantik…
Xora
saya ada dua soalan:
1. Selangor nye kan dah RM300. Jadi if wang hantaran contoh 10ribu, kena lafaz nikah 10,300 ke? ke 300 tu aje diakadkan??
2. Ada idea tak camne takmo ada latar belakang makcik2 kat belakang? hahah. giler tamak saya. terfikir nak fokus kat diri sendiri aje :P
faisalhjrahim
Mr Fathi – haha, thanks bro..:) anek cuba2 kaler baru wae,hehe..
Xora – Haha, siap ada soalan camtu lagi..
1. Memang dah naik ke RM300 tapi sbnrnya tu jumlah minimum..biasanya sekarang wang hantaran tu mmg dianggap pemberian suami kepada isteri (dah boleh jadi mas kahwin). Setakat dah tengok nikah 2-3 kali sejak tahun baru, memang dia guna wang hantaran RM10000 sebagai mas kahwin.
2. Haha, sbnrnya boleh je kalau taknak makcik2 kat belakang tu..kena ada sorang yang awal2 lagi reservekan tempat duduk semua orang..termasuk pengantin dan sedara mara..pastikan kawan baik duduk rapat kat tepi dan ada sorang jaga kat belakang supaya tak kacau background,hehe..pernah nampak sekali dulu kat banting..:) dan paling senang nak block ruang kalau ada barang hantaran..taruk je belakang pengantin,hehe..
GLizZY
~ Lawa tone baru ni acaii..
(,”) Merci..
amin
camne nak wat gambar ala2 retro ni chekgu achai?
Masy
utang rupenye.. baru tau.. hmm
faisalhjrahim
Glizzy – salam bro, hahaha..saje je memain ngan kaler2 camni bro..thanks singgah sini..
amin – salam amin, alaa, byk sbnrnya byk tutorialbuat camni..:) byk cara nak jadinya,hehe
Kak Masy – heheh, itu kalau sekarang lah kak..:) kan dah ada peraturan baru..
atong
salam
caii kat kelana jaya tue hari sabtu ke ahad dok.bagi ler no telefon ko yg ko angkat.lg sekali yg ko angkat n boleh di hubungi.heheheheh.woi saper kawin org pahang murah dok mas kawin tak sampai rm25 pun.mcm aku tp anterane larang sitik lar ..huhuh
faisalhjrahim
atong – hahahahaha, siot jelah ko atong..wei, no 019 aku ko ada tak? guna no tu lah :) majlis tu ari ahadlah tong..
atong
ala ko email aku lar klu ko malu nak bagi cronie_wttan@yahoo.com