Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah aku dah berpindah ke blog aku sendiri. Memang dah lama aku nak berblog kat domain sendiri, tapi kesibukan kerja memang selalu menghalang. Satu sebab yang menguatkan azam aku nak pindah ialah setelah aku tahu fotopages yang aku guna untuk share gambar-gambar sebelum ni adalah “Made in Israel“. Sehingga aku tulis entry ni dah lebih 1000 orang Palestin mati dalam serangan Israel kat Gaza. Aku tak sanggup nak terus menyokong produk yang terang2 dari mereka.

Sebenarnya aku pernah berblog dulu. Tapi disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan aku terpaksa tutup blog tersebut. Insyaallah tahun 2009 akan membawa beberapa perubahan dalam diri dan kerjaya aku. emm, Ogos tahun 2008 lepas aku beli DSLR sendiri :). Sejak tu aku terus belajar dari kengkawan terutamanya budak-budak forum dan otai2 yang dah lama berkecimpung dalam bidang ni.

Dalam tempoh aku belajar tu aku juga diberi kepercayaan oleh member-member aku untuk mengambil gambar mereka bertunang dan kahwin. Perkara tu secara tak langsung menambah keyakinan aku untuk berkarya dalam bidang yang aku minat ni. Selepas ni aku akan gunakan platform ni nak update gambar-gambar terbaru yang aku amik :) terima kasih sudi singgah sini.

P/s : Aku masih dalam proses perbaiki layout blog ni. Kalau time browse tu tiba2 tunggang langgang tu faham2lah ye :) aku juga akan upload gambar-gambar kat fotopages tu kat sini kalau berkesempatan.

Wassalam.

6 Comments

  1. Sarah Reply

    Salam Acai.

    Waktu menaip URL blog ni tadi, saya mulakan dengan Basmallah. Moga-moga blog awak ini jadi platform kita berukhwah kat sini. Juga saling mengingatkan dan dalam masa yang sama berkongsi cerita tentang kehidupan. Happy nya saya tengok awak dah ada domain sendiri. Akhirnya tercapai dah hajat awak nak move out dari fotopages kan.

    Semoga awak terus maju dalam bidang photografi yang jadi minat awak tu. Awak untung tau Acai. Minat awak pun boleh menjadi sumber ekonomi diri. Kalau macam saya ni, minat memasak. Tapi takdenya saya dapat nak bukak restauran pulak. Hehhe.

    Terus menulis dan kongsikan hasil karya awak. Ramai orang nak tengok hasil awak tau.

    p/s: Thanks sebab saya rasa gambar ni macam tanda apresiasi ;) Dan sebab inform saya awal2 pasal ni. Thanks Acai sahabatku yang comot!

  2. faisalhjrahim Reply

    Sarah – Slm sarah, waaaaaaaa tahniah jadi pengomen pertama dalam blog sy nih,hehehe..:) alhamdulillah sy dah ada domain dan blog sendiri..tinggal tunggu sarah punye plak,hehe..terima kasih sarah atas sokongan awk..jgn lupa hire sy tau majlis kahwin awk nnti,hihii…:) yup, memang sengaja sy taruk gambar ni pada permulaan blog ni..*smile

  3. Sarah Reply

    Ehehe. Saja je mencemar duli sekali lagi dengan url yang lain kat sini. Yang ada kenangannya yang tersendiri. Cewah! Ingat. 1 blog 16 Jan. 1 blog lagi 19 Jan. Semoga kita bersahabat sampai tua Acai. Haha.

  4. faisalhjrahim Reply

    Slm sarah,
    Sy ngah menunggu album diprint ni..
    ada plak kat kedai yang ada wifi..blehlah jengok sini sat,hehe..
    yup, semoga kita bersahabat sampailah awk tua..sy tak tua sebab sy cute,wakakaka..
    hehe, selang 3 hari je..:)

  5. goge Reply

    Akhirnya… tahniah, good luck bro! :D

  6. Mohd Hafizd Reply

    salam bro…

    nih ke blog ‘budak jawa’ yang pernah buat tanaman buah naga tuh..

    kalo betol, slmat berjumpa kembali..

    tetiba blog budakjawa tuh jadik unavailable.. trus lost contact…

Leave a reply