Bismillahirrahmanirrahim
Kalaulah aku jadi angkasawan negara mesti time aku bersanding ramai yang mengata sebab aku gemuk dan buat kenduri kat kampung je, hahaha. Takdelah, kekadang pelik gak orang berkata sana sini tentang majlis orang lain. Sepatutnya beginilah begitulah dan sebagainya. Semuanya berdasarkan apa yang dirasakan terbaik pada pandangan kita tanpa pedulikan citarasa dan kesukaan pasangan tersebut :)
Teaser wedding Isma & Halim, Telok Panglima Garang
Nanti bila sampai masa kita berkahwin dan menyediakan persiapan kahwin yang terbaik untuk kita, tiba-tiba ramai orang yang berkata tidak elok tentang itu dan ini barulah kita rasa orang tu tidak hormati pemilihan dan kesukaan kita. Barulah rasa marah, sedih dan terkilan dengan orang-orang tersebut. Malah ada yang melenting sebab orang lain menyibuk tentang majlis kita.
Apa yang aku cuba sampaikan ialah ada masanya kita kena belajar hormati majlis orang lain. Belajar hormati pemilihan pasangan pengantin tersebut. Apa yang kita rasa tidak elok tu mungkin adalah kesukaan mereka. Mungkin apa yang kita suka pula tidak disukai oleh mereka. Kalau ada apa-apa yang tidak berkenan tak perlulah hebahkan kepada semua orang di seluruh dunia. Itulah yang aku maksudnya belajar hormati majlis orang lain. Kerana kita berbeza!! :) Wallahua’lam.
Nota kaki : Aku rasa nak jadi angkasawan pertama naik ke atas angkasa guna motor dan mati keras tak cukup oksigen.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com
Masy
ok je akak tgk majlis encik angkawasan opssss angkasawan mlm td. wpon kek itu pelik, tp klu dpt rasa sedap gak tu hihihi
faisalhjrahim
Masy – Salam kak,hehe. Saya dipaksa tengok kak,haha. Diaorang tak aci sebab makan kek bukan dari roket tu,haha
SisHoney
salam cai,
kan sweet kalo sis dpt lelaki hensem yang kaya,muda,hensem dan mr.perfect mcm dato angkasawan.tapi.akan banyak tapi lepas tu.so xpayahlah nak berangan kan.Allah sentiasa pilih yang terbaik untuk kita.
betul-betul.betul cai.pengalaman sis shoot wedding.walaupun kita nak semua perfect tapi pasti akan ada cacat celanya.itu nak tunjukkan yg kita manusia biasa hanya mampu merancang kan…
p/s=ada lagi 2 tahun untuk org berebut2 nak kawen.sis nak pilih 13.13.13 la..eh xdak la. :)nnt sis pilih bulan Islam yang terbaiklah.itu lebih afdal kan cai
faisalhjrahim
SisHoney – Salam sis, hahaha sangat betul tu sis..:) sebab semua tu kan dah ditentukan oleh Allah.
Tentang majlis tu, memang takde majlis yang perfect sepenuhnya. Cuma kita lakukan apa yang dirasakan terbaik berdasarkan kemampuan kita. Kalau orang lain tak setuju, mereka lah yang perlu belajar terima perbezaan tersebut :)
haaaa, betul tu, acai tunggu sis,hehe
Xora
aiikk.. masih terasa ke pujian spontan semalam?? :D TAK.. bukan gemuk.. semangat.. semangat!
icamzz
salam, terbaik wok…
~Ink_HeArt~ -@(princess)
salam..
tahniah… cantik sgt2 pic tu..
faisalhjrahim
Xora – hahahahhha, takdelah ixa. ni saje jelah. Sbnrnya memang dah lama pun rasa gemuk ni,hehe :) kena kurus badan!!!
icamzz – salam bro, terima kasih singgah ye..:)
Ink Heart – Salam, terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen ye :)
Mohd Fadzly
biasa la acai orang ni kalau jarang tengok kita tentu dia ingat dah gemuk. Padahal sebab dia orang jarang tgk kita sebenarnya…..
Kang ni dari lepas SPM berat 60kg, abis study 75kg, dah lama keje jadi 85kg. lepas kahwin jadi 89kg….tapi tetap cakap kang masih kurus hehehehe….
awe
Aku tak tau leh main bola lagi tak Halim lepas ni..dengarnya pinggang dia sakit lepas kena angkat Isma masa outdoor tu..hee…heee..
faisalhjrahim
Fadzly – Salam kang, hehehehe..itulah pasal :) waaa, memang kenaikan yang sekata tu bro, hahaha. insyaallah kalau ada masa memang berusaha nak kuruskan badan gak ni,hehehehe
faisalhjrahim
awe – hahahhahahha, siot je lah ko awe. kalau nak try cubalah ajak friendly awe,kekeke. halim sakit pinggang lain tu awe.
fairuz
salam kang…
aku pun tepk mende yg sama semalam mase tgk wedding tu…
kalaulah aku yg duk atas pelamin tu, mesti aku rase sedih same….
moga hati kita bersih dari penyakit penyakit hati mcm ni…
faisalhjrahim
fairuz – salam kang, aah aku buat entry ni pun selepas baca status2 kat media sosial (ceeewwaahh) yang kutuk sana sini tentang tu,hehe. Aku boleh bezakan mana yang mengutuk dan memberi pendapat,hehe. Moga kita dijauhkan dari sifat camtu,amin. Thanks kakangku seng hensem.
ajey
biasa la tu bro… persepsi kita semua berbeza… yg tak suka tu mmg jenis suka tak paus hati je la tu… mmg patut kena hormat majlis org… diaorang pun pastinyer nak yg terbaik utk semua… jenis mcm mana pn dia buat majlis tu pasti ada yg tak puas hati… kalu suka tgk… kalu tak suka tukar channel lain… kalu tak suka cara dia time majlis biarkan jer… dia selesa mcm tu…
Weh.. bila mau lego lu punya kelengkapan perang ni???
faisalhjrahim
ajey – salam wak, lamanya tak dengar khabar,hehe :) betul tu, masing2 nak bercakap tentang orang lain sampai lupa kekadang dia dah sakitkan hati orang..:) aku belum mau lego lagi wak, tapi dalam proses ni,hehehe
din
Salam acai – hahaha siut je awe. waa.. xsbr aku nk tgk gmbr halim lg. isma tu staff lzs ke caii?? yg 1 department ngn halim dulu eh?? *kan bagus kalo org yg suka komen macam tu macam ni tu bace entri ko cai.. :)
faisalhjrahim
din – salam din, isma tu memang staf zakat gak din :) sekarang dia kat jabatan dakwah, dulu kat kewangan gak ngan halim,heheh..:)
ajey
kalu ada yg nak lego awak sket ke info gua dulu tau.. kalu ada bajet gua rembat.. 1 body je gua nak.. buley?
faisalhjrahim
ajey – hahahaha, baik wak..:) pape nanti aku bagitau ye.