Bismillahirrahmanirrahim



Antara persoalan yang biasa aku dengar dari bakal pengantin ialah sama ada mahu buat album dari photographer atupun buat album sendiri. Tujuannya, untuk menjimatkan belanja :) Dalam perkembangan sekarang ni, bakal pengantin ada pilihan untuk membuat sendiri album mereka kerana terdapat syarikat printing yang menawarkan khidmat membuat album kepada orang ramai. Menarik kan?

Dalam ruangan tips kali ni aku akan kupas tentang perkara ini secara ringkas :) Sekurangnya2 mereka mengambil kira pandangan ini sebelum membuat keputusan. Sebelum tu lihat kat bawah ni contoh perbezaan sebelum dan selepas proses editing dilakukan oleh photographer. Cuba lihat perbezaan dari segi mood, clean dan perbaiki exposure baju dan wajah pengantin.


Jadi apa rasionalnya pengantin perlu membuat album dengan photographer berbanding hire mereka untuk shoot gambar kemudian print album tersebut sendiri? Ini sedikit pandangan aku mengapa perkara tersebut sebenarnya bukan keputusan terbaik untuk mereka :

  1. Hampir 95% wedding photographer edit gambar mereka sebelum dimasukkan ke dalam website/blog mahupun facebook mereka. Editing mereka berbeza mengikut style yang dibawa. Kalau korang suka gambar-gambar mereka sebenarnya tanpa sedar korang juga menyukai cara mereka proses gambar tersebut. Korang takkan dapat gambar yang sama kalau cuma hire mereka untuk shoot sahaja.
  2. Pada zaman sekarang, hampir 40% kemahiran photographer melibatkan kemahiran post processing (editing). Peratusan tersebut mungkin lebih dan kurang mengikut style masing-masing. Kalau korang cuma minta dia shoot gambar sahaja maksudnya korang hanya guna separuh dari kemahiran mereka. Rugi sebab kita tak guna sepenuhnya skill mereka walaupun telah membayar mereka.
  3. Ada sesetengah photographer yang sengaja shoot overexposed (terlalu cerah) atau underexpose (gelap) untuk tujuan kreatif semasa proses editing. Ada sebab mereka buat begitu. Kalau gambar tersebut dalam bentuk original, 90% customer mungkin delete sahaja gambar tersebut kerana tidak boleh pakai.
  4. Ada sesetengah gambar original, muka pengantin berwarna terlalu kuning, merah, biru, hijau dsb sebab keadaan sekeliling. Photographer yang baik biasanya boleh minimumkan kesan tersebut ketika shoot dan neutralkan gambar tersebut melalui editing. Kebanyakkan pengantin tidak perasan perkara ini dalam album. Kalau print sendiri, mungkin muka mereka masih bewarna merah. Itu ok lagi, kalau warna hijau?
  5. Seperti kemahiran mengambil gambar, kemahiran editing juga seiring dengan pengalaman photographer. Ramai yang terkejut bila gambar mereka cantik, kulit mereka bersih, halus dan berbeza ketika dalam album. Bila tengok gambar original baru mereka dapat nilai kerja sebenar yang dilakukan oleh photographer tersebut. Cubalah buat sendiri :)
  6. Gambar ni sama macam memasak. Kalau sebelum edit tu ia umpama bahan-bahan mentah. Ada yang boleh makan terus tapi rasanya tak sedap. Tetapi selepas dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti perencah, gula dan garam maka sempurnalah sesuatu masakan tersebut. Begitu juga sifat sesuatu gambar selepas menjalani proses post-processing.


Aku harap dapat sampaikan maksud aku dalam entry ni dengan jelas. Mungkin korang boleh dapat satu album dengan harga yang lebih murah. Tapi kalaulah boleh bezakan kualiti gambar dalam album tersebut tanpa editing dengan album yang dibuat oleh photographer mesti korang rasa kurang berbaloi berbuat demikian. Apapun ni hanyalah sebagai panduan, kalau tak ikutpun tiada menjadi kesalahan :) Wallahua’lam.



Nota kaki : Maksud ‘editing’ kat sini termasuklah proses minor enhancing colour, sharpness, stamping, gradient dsb. Nantikan entry Nury & Thaqib minggu hadapan :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/

35 Comments

  1. fairuz Reply

    sbb tu aku suke gamba ko…. combo… compo + post processing yg best… ramai org tatau post processing ni sama susah mcm kita nk shoot… hehehe….
    bagus perkongsian ni. bia terbuka minda dan akal kita semua :)

  2. faisalhjrahim Reply

    Fairuz – adeehh, segan plak sifu masuk sini,hehe..:) aah betul tu benda ni pun merupakan salah satu kemahiran kita sama macam mengambil gambar..:) thanks akhi..

  3. Kerul Shukor Reply

    mmg bagus entri kali ni cai.aku 100% stuju..ko mmg idola aku lah.hehe

    kalo aku kawin pun aku x kan buat album sendiri, sbb compem punyalah aku x kan buat..kalo buat pun amik masa lama..hahahah,mngamuk lisa..dan lg satu aku mmg nak kan sentuhan dari orang lain yang lebih kretif dri aku..

    just my 2 cents

  4. faisalhjrahim Reply

    Kerul Shukor – Salam Kerul, hahaha, siotlah ko kerul. Itulah album kahwin akupun suruh pevey ngan didiz buat sebab nak tengok sentuhan diaorang,hehe. Tapi aku memang setuju ngan ko, kalau buat album kita sendiri memang takkan siap punya sebab utamakan orang lain punya,keke. Buktinya album akupun aritu cadang nak buat ssendiri combine dua2 belah, sampai sekarang baru 3 muka surat kot,haha

  5. Masy Reply

    alang2 dah bayar utk shoot, skalikan jelah utk print terus. senang. kang org yg print tu print x senonoh, x puas ati plk.

    acai, print satu pic akak. eh?? ade ke? hahah

  6. awe Reply

    Betul2..acaii n kerul. Kalu gambar kita sendiri memang x siap pun. sebab tu wife aku selalu sindir “nak siapkan gambar family sendiri pun nak kena bayar jugak ke?”

    Aku suka entry ni sensei. nanti aku nak shared kat blog aku.

  7. cot Reply

    Salam caii…entry ko mmg bernas lah caii…kalu buat sendiri ntah bile akan siap…kekekeke…takkan la nak tengok hasil album sndri je kan..skali skal srh la org lain buat…. :) so kawen nnt aku xkn buat sndri punye…wakakkakka

  8. SisHoney Reply

    salama wahai sahabatku cai,

    as usual cai selalu bagi tips yg ringkas,mudah dan senang nak difahami oleh semua org.kalau tak paham jugak boleh bukak kamus dewan edisi 1999 mukasurat bla..bla..bla… *hiks*

    betui cai,normallnya photographer akan lebih semangat nak shoot jika sekali dengan album.sebab dalam otak mereka dah pikir gambar ni design nak wat camni.so kena shoot mcm ni.tapi kalau shoot and burn…kadang2 end user xtau apa yg photoq nak sampaika :-)

  9. ipin Reply

    aku setuju 100%…benda ni realiti

  10. faisalhjrahim Reply

    Kak Masy – salam kak, hehe. Sekarang ni kan dah banyak kedai gamabr boleh terus print dan buat album kak..:) jadi ramai gak yang amik kesempatan tersebut. Gambar akk yang mana ye? yang pose dalam kereta tu eh?hihi..

    awe – salam awe, terima kasih. Betul tu. Akupun setuju, nak siapkan album sendiri lagilah susah sebab takde rasa teruja sangat dan dah tahu outcomenya camne,hehe..:)

  11. faisalhjrahim Reply

    cot – betul tu cot, akupun rasa camtu gak. Kalau asyik tengok hasil sendiripun bosan gak kekadang,hehe. Baik sesekali tengok hasil kerja orang lain,kekeke..

    sishoney – Salam sahabatku sis..:) terima kasih sis. Setuju sangat sis cakap tu. Ada masanya kita dah tahu apa gambar yang akan masuk dalam album semasa kita ambil gambar :) kalau bagi kepada client terus mungkin mereka tak faham mengapa gamabr tersebut diambil dengan cara begitu :) thanks sis..

    ipin – salam ipin :) terima kasih setuju ngan aku. teh ais satu pin!! haha

  12. din Reply

    Salam cai. waaa.. tips yg brguna. siap ada contoh.. cayalah caii. buat album knp tak serahkan je kepada OP korang. diaorg kan lebih arif pasal benda² cam ni. percayalah kpd OP anda. hehee..

  13. faisalhjrahim Reply

    din – salam din, terima kasih din..:) terima kasih percaya kat aku untuk shoot majlis ko nanti, hahahahahha.

  14. hafidzmusa Reply

    Post yg menarik….atleast customer tahu gambar yang diorg akan dpt adalah berbaloi dan cantik…

  15. faisalhjrahim Reply

    hafidzmusa – Salam bro, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen..:)

  16. sil Reply

    dah lama x menjenguk ke sini. setiap kali datang blog ni mesti ada entri baru yang bermanfaat.
    saya setuju sebab berbaloi kita belanja duit lebih untuk benda yang lebih berkualiti. macam album tu. x semua orang boleh buat macam apa yang photographer boleh jadikan album tu. lebih baik dan berbaloi-baloi~~~

  17. faisalhjrahim Reply

    sil – salam sil, itulah lama tak dengar khabar :) moga sihat2 je ye. Ada masanya kita boleh buat sendiri sesuatu perkara tapi ada masanya lebih baik serahkan kepada yang pakar,ceewahh..:)contoh macam repair keretalah,hehe

  18. one Reply

    ha a, yela…
    pernah baca komen kaat suatu tpt lebih kurang gini..”la,ingatatkan ori,fotoshop rupenya..” pastu ada membe jwb..”tk pernah aku jumpe org pertikaikan (kebolehan/kelebihan) f/shop…”

    bravo chef fesal,eh cik fesal..hahaha

  19. faisalhjrahim Reply

    one – salam wak..:) zaman sekarang ni kalau ada teknologi yang boleh buatkan satu benda tu lebih baik tapi kita tolak untuk gunakan maksudnya kita akan lebih ketinggalan belakang. Orang semakin improved tapi kita semakin ketinggalan..:)

  20. semut api Reply

    Salam..

    ‘Tapi kalaulah boleh bezakan kualiti gambar dalam album tersebut tanpa editing dengan album yang dibuat oleh photographer mesti korang rasa kurang berbaloi berbuat demikian’

    sangat setuju…

  21. selamba Reply

    generally, saya suka tengok final touch gambar2 yg dibuat dlm album ini. color looks soft and bright. congrate to acai!

    saya tk nafikan keperluan kreativiti dlm editing gambar. tapi jangan lebih kreatif sehingga merosakkn gambar asal. terutamanya dalam setting color temperature. asal nampak cool ditukar kpd warm. nampak suasana pagi jadi suasana petang. keseluruhan editting cantik tapi dah merosakkan mood gambar. contoh lagi yg trlebih kreatif dgn menambah awan yg sampai x munasabah. biarlah mengedit gambar walau secantik mana pun tapi kekalkan mood gambar tersebut…sebagai pandangan shj.

  22. amyn Reply

    tips yang baik.
    mana lagi mudah edit chai?
    gambo over atau underexposed?

  23. faisalhjrahim Reply

    amyn – salam min :) hehe, kalau gambar over banyak hilang detail hilang min, kalau under kita terangkan ada grainy :) tapi grainypun kadangkala boleh jadi sesuatu yang kreatif gak,hehe.

  24. faisalhjrahim Reply

    semut api – terima kasih wak. Maaf lambat reply sebab masuk spam komen ni,huhu

  25. hesrey Reply

    Salam acai,

    Lama x dpt masuk blog ni. Da ltak fav tapi bile tkan kuar error jek. Da lame sgt, search balik barulah jumpe. Haha!`~

    Bagus tips bro kali nie, harap dpt membuka mata n minda sumer ape perbezaan yg photog leh buat. Cayalah acai`~

    p/s: Lagi geram, kalau cust upah shoot jek, lepas 2,3 blan dier jumpa bagi dvd suruh edit custom.. Adehh, mood nak edit sudah larii. Buat skaliarung kan senang,hehe!`~

  26. faisalhjrahim Reply

    hasrey – salam bro, lama betul tak nampak,hehe. Moga sihat2 bro ye..:) itulah pasal, kalau dia nak buat sendiri takpe, ni dah lama baru suruh kita balik,hehe..:) pernah terjadi gak bro..:P thanks bro singgah sini.

  27. hesrey Reply

    Welkam bro, gambar2 bro sumber rujukan buat saye =) `~

  28. leleq Reply

    acai idola gueh!!! idop acai!!

  29. one Reply

    mmm..saya tertanya2,betul ke org bleh detect sape2 yg pernah datang blog dia org wlw x tinggalkan jejak..camne ek?
    tertanya2 juge cik fesal ni perasan tak ada komen utk entri sebulan yg lepas ni

  30. Nash Reply

    Boleh saya tanya,acaii edit pakai photoshop ke?Sebab saya pun suka bab2 edit gambar ni cuma xlah sehebat acaii.Saya buat utk suka-suka.Tak buat tutorial ke heheh..

    • faisalhjrahim Reply

      Salam Nash, hehehe. Memang saya editing semua pakai photoshop je :) ada juga sesekali pakai lightroom. Insyaallah kalau lapang sikit nanti boleh je buat tutorial. Tapi ada ke orang nak baca,hehe

  31. Nash Reply

    eh , saya mesti baca punya.dulu masa awk buat blog pun saya baca apa.hahahah

  32. mohd hanis Reply

    salam cai.. excually aku tertarik tgk kau edit gambar.. memang cun,ada styie dan nampak perubahan gambar yang kadang2 tu ketara giler.. semua aku tgk memang puas ati.. kat ruangan ini kau der post picture before and after.. boleh tak kau wat satu entry memberi panduan cara dan bagaimana gambar diambil,sudut dan kemasukan cahaya dalam gamabr.. aku baru lagi dalam shoot gamabr nie.. banyak aku perlu belajar.. tq..

    • faisalhjrahim Reply

      Salam Hanis, terima kasih :) Insyaallah nanti kalau sempat aku buat tutorial kat sini. Bizi banget sekarang ni :)

Leave a reply