Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, tahun ni keluarga aku dapat menumbangkan seekor lagi lembu peliharaan sebagai korban. Kat kampung aku ada 9 ekor termasuk 2 ekor yang dibuat secara perseorangan di rumah. Pengalaman tengok lembu disembelih dari kecik membuatkan aku dah terbiasa lihat secara dekat proses sembelihan tersebut. Rasanya ramai yang makan daging selama ini tidak pernah nampak bagaimana proses tersebut dilaksanakan :)
Sebenarnya dah lama aku tak join penduduk kampung bergotong-royong sebab dah duduk tempat lain sekarang. Tapi bila sesekali dapat dengar gurauan orang-orang tua, gelak ketawa diaorang dan telatah diaorang memang rasa rindu sangat. Dengan usia mereka semakin tua, mungkin satu hari nanti benda tu akan jadi kenangan aku pada masa hadapan.
Layan sedikit gambar ibadah korban kat kampung aku :
Bila kita merayakan hari yang bersejarah ini, secara tidak langsung ia mengingatkan kita tentang peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail satu masa dahulu. Berapa ramai ibu bapa berani meletakkan pisau tajam kat leher anak mereka? Apatah lagi menghiris leher mereka. Bagaimana kalau ia arahan dari pencipta kita Allah? Dari situ boleh tahu tinggi rendah iman kita sekarang.
Pada masa kini, pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit amatlah dituntut dan ia memerlukan kekuatan yang ada pada diri kita sendiri. Besar atau kecil sumbangan kita bukan persoalan kerana Allah tidak melihat dari sudut itu. Marilah kita mensyukuri segala nikmat atas rezeki dan kesihatan yang baik yang diberikan oleh Allah kepada kita semua. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!!
Nota kaki : Takbir raya haji adalah ‘Takbir Muqaiyad’ (mengikat) iaitu dilakukan selepas setiap kali solat fardhu/sunat dari Solat Subuh 10 Zulhijjah sampai Solat Asar 13 Zulhijjah. Jom bertakbir banyak2.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/
ejal
salam bro,terbaik la..aku tak sempat nak amik gmbor pung..atong jer yg amik..nak melapah pun tak berapa nak pandai..tolong pegang mana yang patut jer la..hahaha..thanks bro letak takbir kat blog..boleh aku tumpg pasang sepanjang hari kat opis ni..hehehe
faisalhjrahim
ejal – salam jal, selamat hari raya haji :) waa, nanti boleh tengok gambar atong plak,hehe. akupun bukan melapah, potong2 daging masukkan dalam plastik je. kitorang dah di bagi kumpulan,hehe..
Kerul Shukor
aku suka moment darah bersembur tu cai..beshh, tp cuba dekat skit cai..hahahah,kompem nikon tukar canon..btw..nice pic,salam aidiladha..:)
faisalhjrahim
Kekekek, siot je kerul..:) sbnrnya lens aku tu dah kena weh. Aku tak perasan mula2, sekali gambar blur je. Tengok ada darah tompok2. Pastu susah gila nak ditanggalkan. Baru aku tahu,hehe
cot
salam caii…gambar darah t’sembur² best…aku penah kena dulu..sedar² darah² dah kering kt lense..susah woo mau tanggal..hehe
faisalhjrahim
cot – salam cot, hehehe. haaaa kalau dah kena baru tau camen susahnya nak tanggalkan darah tu kan cot,kekekek…:) aku suruh datang kampung aku raya taknak.
awe
Memang 18sg. Siap ada darah terpercik lagi. Gambar masak2 daging korban tak de ke?
TQ sempat singgah beraya umah aku semalam.
Cots raya umah aweks dia ke semalam tak sempat mai umah aku?…heee..hee
Syafirol
selamat raya korban sifu.. seronok shoot proses sembelihan korban ni.. tapi tahun ni x dapatla sebab aku sendiri memegang kepala lembu semasa disembelih. 1st time handle korban.
enchik peshang
salam..wah akeh yo kang lembu ne.. hikhik..
papepun salam eid adha.
p/s:aku ad sdkt pertanyaan,n aku da emailkn kt ko smlm.tq bro :)
faisalhjrahim
awe – salam awe,hehe. gambar masak tu aku dah balik awe :) lagipun yang masak ramai pompuan je,hehe. terima kasih gak awe sebab sudi menjemput aku..:) cot raya umah awek!! waaa, berita gempar ni,haha
faisalhjrahim
syafirol – salam bro, lama tak dengar khabar :) salam eiduladha. Waaa bagus2, semoga pasni boleh lagi terer dan boleh gantikan orang2 tua yang buat korban tu..:)
enchik peshang – salam bro,salam eidadha..:) err nanti aku check email ye bro..:) thanks..
amyn
gambar ketiga adalah terrrrbaik!
SisHoney
salam cai,
salam aidiladha even terlewat masuk sini.hurm.acai ptt letak 30sg la.baru sis xkan baca.huhuhu.ngeri.sis xdk keberanian nak shoot mcm ni apetah lagi ada kat lokasi.
faisalhjrahim
amyn – salam myn, thanks min, selamat hari raya korban..:)
sishoney – salam sis..:) salam aidiladha. kalau makan lembu ok tak sis?hehe. alaa, acai kalau tak tolong memang kena marah ngan abah. Alang2 turun bawak sekali kamera,hehe
din
Salam caii,
seronok rewang ramai² ni cai. rase cam nak rewang lagi je. daging korban pun sedap dia lain macam sikit. ko pandai masak daging korban tak cai? hehee..
mucid
salam acai :)
sy dh lama ikut blog awk ni..sy nk tny something tp ni xde kaitan ngan wedding photography hehe pjg lak intro haha
ermm nikon D3000 ok x? ap specialties die? utk juz nk gmbar nmpak cntik je..xnk yang class2 sgt pn..n lenses n compatible..like AF-S and AF-I NIKKOR..utk ap ye? sory ..sy mmg krg sket psl dslr ni :)
mucid
*lenses yang compatible.
spe2 nk jwb pn blh..tq :)
faisalhjrahim
mucid – Salam mucid, terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen ye :) DSLR ni ada beberapa level. Entry level, intermediate level dan professional level.
Kalau utk Nikon range2 seperti D40, D60, D3000, D5000 tu adalah untuk entry level. Kebiasaannya dia takde motor built-in kat body. Maksudnya kalau guna lens2 lama yang takde motor kena guna manual untuk fokus semasa ambil gambar.
Kena pilih lens AF-S (generasi baru lens Nikon) yang biasanya lebih mahal untuk compatible dengan body2 entry level ni. Sebab lens tu ada motor dalamnya.
Tapi untuk general use memang boleh sangat guna sebab kamera2 baru ni biasanya mempunyai teknologi yang jauh lebih baik dan boleh juga hasilkan gambar berkualiti seperti gambar dari kamera intermediate dan pro level. Kena tanya dirilah untuk apa beli DSLR tu? kalau untuk buat job serius mungkin boleh pertimbangkan untuk spend kepada model intermediate seperti D80, D90, D300 dan sebagainya. Kalau ada duit lagi boleh beli pro level cam D700, D3 etc, hehe. Kalau sekadar penggunaan normal entry level DSLR sudah lebih dari mencukupi :)
Harap membantu ye.
enchik peshang
salam.bro, yg pasal member ko tu, aku x berani nk amek la. huhu. coz 5D Mark II tu bese utk pro pny kan? aku ni da le x pandai sgt2.. hehe
Faiz Faiza
salam acai,
lama xtinggal jejak =)
gbr ‘splashed’ drh tu mmg bbaloi2 la!
kalo kt hulu terengganu ni, mana2 bdk2 yg ada kudis dikerah tunggu tpi utk lumur fresh blood 2. buat ubat kata org tua2…err, lens tu kira tgh b’ubat kudis ke? =D
faisalhjrahim
enchik peshang – haha, takpe bro..:) memang pro body tu..:)
Faiz Faiza – Salam awak, lama tak dengar khabar? moga sihat2 hendaknya. Aah penah gak dengar camtu. Tapi budak2 lah yang duduk jauh2 sebab ngeri,hehe. Kamera memang confirmlah kena darah,huhu. Susah betul nak hilang :)
one
salaam,c,part dare itu mmg dramatic…
alhamdulillah,yg best raya haji ni kalu korban gtong royong,meriah jugak.cam kat klantan laa. daging fresh2 goreng memang syurga,ratah2 je.
selain tu kat kampung biasa daging tu buat sup dan singgang(cam masak pindang/asam la kot)tak puas makaan…
faisalhjrahim
one – salam wak..:) aah bukan senang nak gotong royong camni kan. lagipun daging sekarang mahal sangat. Time raya korban jela boleh dapat daging banyak2 camni,hehe. Tak pernah lagi masak daging singgang,hehe