Bismillahirrahmanirrahim
Rasa macam dah lama gila tak update blog ni. Alhamdulillah, semua projek dan kerja yang agak berat di kantor hampir berlalu. Tinggal beberapa kerja rutin yang perlu diselesaikan. Aku ada hutang beberapa entry nak publish di sini. Insyaallah aku cuba selesaikan dalam masa terdekat ni.
Entry kali ni adalah sambungan dari entry lepas iaitu pasangan Zaide & Ain. Kali ni aku update sesi outdoor semasa diaorang bertandang di Klang. Masa nak keluar outdoor tu cuaca memang mendung. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sampailah selesai sesi tersebut :)
Layan sikit sekitar sesi outdoor diaorang ni ni Shah Alam.
Sebenarnya sehingga entry ni ditulis aku dah terima lebih dari 10 pertanyaan untuk majlis yang akan dilangsungkan pada November dan Disember 2011 ini. Terima kasih semua yang bertanya :) Tetapi aku mohon maaf sebab buat masa ni aku masih belum buka untuk tempahan pada tarikh tersebut.
Aku ada beberapa urusan keluarga yang dirancang pada waktu tersebut. Oleh kerana masih belum confirm jadi aku sengaja block semua tarikh pada 2 bulan tersebut. Insyaallah aku maklumkan di sini sekiranya aku dah available semula. Kalau ada rezeki boleh bekerjasama :)
Nota kaki : Projek portal zakat aku dah hampir siap. Boleh gi sini nak tengok website zakat selangor yang baru [ ZAKAT SELANGOR ]. Kalau ada komen boleh juga tulis kat sini utk aku perbaiki:) Thanks.
Nota kaki 2: Mari sama2 doakan semoga semua rakyat malaysia terutamanya pelajar yang berada di Mesir selamat dari huru hara yang berlaku. Tapi aku juga harap kerajaan Hosni Mubarak jatuh untuk kebaikan umat Islam di Gaza, insyaallah.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www.faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
sil
ohh serius suke 2 gambar last tu. saya suka bila gambar tu nampak efek semulajadi dan x berlebih2. oh lzs dah pindah pejabat baru. saya tau tempat tu. dulu pernah praktikal kat worldwide biz centre tu.
cot
cuti2 pun sempat lagi update…
kekkkekkee…
gambar baring tu mmg smart…
baru plan nak book ko hjg thn ni..
kalu cmtu kensellah..
kekekkeke
atong
salam ..
kacak kacak rugi rak melok kie….
faisalhjrahim
sil – salam sil, terima kasih :) waaa nanti kalau lapang bolehlah datang sini ye,hehe.
cot – kalau tak update berhabuk blog aku ni cot,kekeka :) eleh ko cakap tahun depan kahwin kan cot?hehe
atong – salam atong, wes suie orak ketemu tong :)