Bismillahirrahmanirrahim


Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Zaidi dan Zaza yang diadakan di Kampung Jenjarum, Banting. Diaorang berdua ni sebenarnya satu tempat kerja dengan aku :) Zaidi ni dulu satu team ngan aku masa wakil tempat kerja main bola sepak sampai Pahang sana. Tapi tu dulu, masa aku ngah ganteng dan fit. Sekarang kalau main padang besar, baru kejar bola sampai hujung padang dah mengah tak cukup nafas.

Majlis pernikahan diaorang diakadkan oleh adik Zaza iaitu wali kepada kakaknya. Beliau menggantikan arwah bapa diaorang. Pertama kali sebenarnya aku jumpa orang lebih muda menikahkan orang lebih tua sepanjang 2 tahun aku amik gambar kahwin ni. Tapi sebenarnya dalam agama kita, kalau kita ada ilmu, berakal dan mumayyiz, umur bukanlah satu ukuran mutlak. Boleh sahaja ilmu serta amalan orang yang lebih muda jauh lebih banyak dari orang yang dah berumur.


zaza1

zaza2

zaza3

zaza4

zaza5

zaza6

zaza7


Oleh kerana majlis ni merupakan majlis pertama keluarga Zaza, jadi memang ramai sangat tetamu yang datang ke majlis ni. Walaupun orang jawa buat majlis selama 2 hari tetapi kehadiran tetamu pada hari ahad tu masih lagi ramai. Dapatlah rasa suasana rewang di kampung ni :)

Eh lupa nak bagitau, Zaidi ni model tempat kerja kitorang. Muka dia menghiasi brochure2 tentang zakat selama beberapa tahun ni. Sila dapatkan di kaunter zakat berhampiran,hehe. Aku cuma tertarik ngan baju diaorang yang cantik terutamanya baju Zaza tu. Baju Zaidi pun boleh dipakai dengan sampin ataupun tanpa sampin. Sudah majulah orang Banting ni :)

zaza13

zaza14

zaza8

zaza9

zaza10

zaza11

zaza12

zaza15

zaza16

zaza17

zaza18

zaza19

zaza20

zaza21

zaza22

zaza23


Sesi outdoor kitorang buat kat Pulau Carey. Kitorang sampai dah agak lewat jadi tak banyak sangat shoot kat area sini. Ada tempat yang aku nak amik tapi tak berkesempatan. Takpelah, nanti amik ngan pasangan lain plak kalau dapat kat area sini lagi. Layan sikitlah sesi outdoor diaorang ni.

zaza24

zaza25

zaza26

zaza27

zaza28

zaza29

zaza30

zaza31

zaza32

zaza33

zaza34


Untuk akhirnya, aku ucapkan terima kasih kepada Zaza sekeluarga yang layan aku dengan baik sepanjang majlis ni berlangsung. Mohon maaf kepada kedua pasangan ni dan keluarga kalau ada salah silap sepanjang bekerjasama dengan semua. Terima kasih juga kepada sahabat baik aku, Zakuan Hassan yang teman aku sepanjang majlis berlangsung. Jumpa lagi dalam next entry.




Nota kaki : Aku baru masuk kerja harini. Terima kasih atas email yang bertanya. Insyaallah aku akan jawab semuanya pada hari ni :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

22 Comments

  1. SisHoney Reply

    salam cai..

    1- Erk dah hilang letih shoot kat temerloh ke cai.or masih teringat2 ikan patin masak tempoyak :-)

    2- Sure ke kalau lari sampai hujung padang dah mengah cai.Sebab sis rasa,separuh padang pun cai dah semput~wakakaka.Yelah tiap minggu kan kita makan nasi kenduri pastu ada lagi makanan2 sampingan kan

    3- Cai.sis suka la baju pengantin pasangan kat atas ni.Best2.Leh guna dengan sampin dan tanpa sampin.2in1.Bagus betul.Nak soh org kampung sis buat style mcm ni plak la.SOk2 sis nak kawen senang la kan~hahaha

    4- Hurm about the photo,whatelse i want to comment coz i know u always perform the best to ur client

    • faisalhjrahim Reply

      Sis honey – Salam sahabatku sis, masih letih lagi ni sis tapi boleh tahanlah :) tapi best sis ikan patin, rudi sis tak datang,hehe. Tok Sarah masakkan untuk kitorang yang dtg ni :) Pasal main bola tu, acai rasa kasut bola acaipun dah bersarang labah2 kat dalam tu,hahaha. Nanti bolehlah cari baju pengantin camtu ek sis :) thanks sis, bilalah nak shoot lagi ngan sis ni,hehe

  2. siti Reply

    Salam..kipas pengantin sgt comel..:)

    • faisalhjrahim Reply

      siti – Salam siti :) waaa, bilalah nak dapat jumpa siti ngan amin ni, hehe. Ada juga orang perasan kipas pengantin tu :)

  3. SisHoney Reply

    cai,

    hehehe.mmg la rugi.tapi apa nak wat.clash dgn job sis~huhuhu.jeles betul kengkawan yg dpt p.hutm this week punya event pun cai shoot sarah eh.chaiyok2 sahabat.erk.dont forget jaga kesihatan cai.mencegah lebih baik ok!

    • faisalhjrahim Reply

      sihoney – Aah sis, minggu ni insyaallah shoot diaorang kat belah sini :) hehe, takpelah sis. Memang tak boleh nak jangka benda tu kan :) Thanks sis ye atas nasihat tersebut. Sispun jaga kesihatan :)

  4. cot Reply

    “Tapi tu dulu, masa aku ngah ganteng dan fit….”

    wakakakakaka…xpasal² aku gelak kat opis ni…skrg konpem dah out kan caii..

    jeles betul tgk gambar ko..huhu…gud job caii…ko mmg jawe..hehe

    • faisalhjrahim Reply

      cot – hahahaha, siot je lah ko cot. Aku dulu lari lagi laju dari ko tau cot,kekeke.
      Ted – Salam ted, udaimatunnur tu sapa ted?hehe. Sayapun tak tanya dia :)

  5. Ted Reply

    alamak, dia pakai baju udaimatunnur kan?

  6. wong jowo Reply

    Alamak….
    rugi nyong orak meilu….orak sempet…
    woit sal…aku nya ojo kelalen..nnt aku call ko la…hehe

  7. enchik peshang Reply

    salam bro. alamak. awat x habaq nak wat photshoot kt jenjarum. rugi la x tau, kalo tau, konfirm leh join. kate 1 kampung ngn dorg. hihi

    • faisalhjrahim Reply

      wong jowo – salam pi, hahaha, itulah riko bizi manjang :) pi, tarikhnya bagitau nyong!! arek lebok ke nang jadual :)
      enchik peshang – salam bro, alaaa tak bagitau duduk jenjarum,hehe. dia kat alan hj masmo je :)

  8. ajey Reply

    tanya sket.. yg tgh shoot pengantin mekap tu ko ke cai?? aku tgk body camera ada sket lain jer.. dah pulprem ker?? ke aku yg lambat sgt tau ni?? ekekek..

  9. taqo Reply

    salam kang..
    sume semat lah.
    kang guna lens ape ek untuk outdoor~

    esok nk melaku nang pulau carey lah. :D

  10. amiehawwari Reply

    Cis…sampai kg.aku tak ajak..pastu pi outdoor kat P.Carey plak tu tempat aku mancing..haha..Terbaik..

  11. amor mie Reply

    Cantik nyer bj pngntn perempuan tu…bj sendiri ker @ sewa?

  12. idzwan hj. abdullah Reply

    pergghhh..banyaknye gambar..lagi banyak lagi bagus, puas hati tengok..hahaha

  13. faisalhjrahim Reply

    ajey – salam wak, hahahaha siot jelah ko wak. Body samalah. Aku lum mampu lagi nak pakai FF body,huhu

    taqo – Salam bro :) waras2 wae yo kang. aku outdoor biasa guna tele ngan fish eye,hehe

  14. faisalhjrahim Reply

    amie – salam kang, alaaa akupun takde nombor ko,hehehe. Laa patutlah ramai orang mancing kat situ. aku siap beli ikan lagi kat situ,kekeke.

    amor mie – salam kak, baju tu dia sewa kak :) akk nak pakai ke?hehe

    idzwan – salam bro,hahahaha. entry aku memang selalu banyak gambar,hehe

  15. amiehawwari Reply

    Camtula…yeye Oo jek aritu tukar2 no.last2 aku je yg save..haha.
    019-6020830

    • faisalhjrahim Reply

      amie – hahahhaa, tu aku punya hp yang lama dah hilanglah bro :) sebab tulah semua nombor yang aku save hilang,hehe

      Azie – Salam Azie, terima kasih :) Kalau ada kesilapan dan kesalahan tolong tunjukkan ye :)

  16. Azie Reply

    Lawa2 sungguh wedding pic ni…gud job bro..;)

Leave a reply