Bismillahirrahmanirrahim


Kita semua tahu jodoh merupakan sesuatu yang ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Tiada persoalan. Tetapi bila mengalami sendiri dalam alam nyata, ramai juga yang kurang yakin tentangnya. Kadangkala kita diuji dengan bermacam-macam ujian dalam banyak hubungan yang gagal, sebelum berjumpa jodoh yang ditetapkan Allah. Tapi pada akhirnya kita kena yakin apa yang berlaku semuanya tetap merupakan ketentuan Allah.

Sarah ni merupakan sahabat blog yang aku dah kenal lebih dari 5 tahun lepas. Dari dia belajar perubatan di Moscow sampailah menjadi HO di Hospital Temerloh sekarang. Rasa berbesar hati juga dapat shoot dia sebab Sarah ni memang ramai peminat dan follower tegar kat blog dia :) Banyak juga tulisan dan pengalaman selama belajar di negeri orang menjadi semangat buat mereka yang sedang belajar.

Jodoh ni sukar ditebak dan diduga. Begitu juga Sarah yang ditakdirkan menjadi suri kepada Thaariq. Bersekolah sama di sekolah rendah dan berjumpa semula bila dah besar. Sweet je kan:) Tapi Insyaallah, sapa pun kalau mengikut syariat pasti selamat. Kena ingat Islam itu sejahtera. Tiada bahagia tanpanya.

sarah1

sarah2

sarah3

sarah4

sarah5

sarah6

sarah7

sarah8

sarah9

sarah10

sarah11

sarah12

sarah13


Sepanjang aku berada 2 hari di Temerloh, aku terasa macam jadi ahli keluarga diaorang je. Family diaorang semuanya ramah tamah belaka :) Sampailah nenek Sarah yang masakkan ikan patin tempoyak khas untuk kitorang, fuh. Aku rasa nak bawak balik satu periuk je, hehe.

Sebenarnya aku kagum ngan family diaorang ni. Kagum ngan mak dan ayah sarah yang berjaya mendidik ramai anak-anaknya bijak dalam pelajaran. Tapi bukan setakat itu, pendidikan agama juga sangat dititik beratkan. Apalah gunanya berjaya dalam pelajaran dan kerjaya kalau tiada iman. Insyaallah kita cuba bina asas yang kuat dalam rumahtangga sebagai landasan untuk generasi akan datang.

sarah14

sarah15

sarah16

sarah17

sarah18

sarah19

sarah20

sarah21

sarah22

sarah23

sarah24

sarah25

sarah26

sarah27

sarah28

sarah29

sarah30

sarah31

sarah32

sarah33

sarah34

sarah35

sarah36


Sesi outdoor ni kitorang buat kat landasan keretapi kat Mentakab. Tak jauh sangat dari Temerloh. Tempat ni memang popular dikalangan photographer area sini. Kitorang datang agak lewat selepas solat asar. Rasanya dah dekat 6:30 petang masa tu. Sekejap je dah gelap. Memang tak puaslah nak shoot kat situ.

sarah37

sarah38

sarah40

sarah39

sarah41

sarah43

sarah44

sarah45


Untuk akhirnya, aku ucapkan jutaan terima kasih kepada Sarah sekeluarga di atas layanan yang baik sepanjang 2 hari berada di sana. Mohon maaf sekiranya terdapat salah silap saya sepanjang bekerjasama dengan semua ye :) Tahniah kepada kedua mempelai yang diraikan. Semoga Allah sentiasa limpahkan rahmat dan kasih sayang kepada korang berdua. Dapat banyak pahala tau sebab selalu merindu,hehe.

Terima kasih juga kepada Cikgu Zam yang sudi teman aku sepanjang majlis persandingan :) Kalau nak kahwin area-area Temerloh dan kawasan berhampiran bolehlah contact beliau ye. Recommended!! Ok, jumpa lagi dalam next entry majlis bertandang diaorang ni di Putrajaya pula.




Nota kaki : Minggu ni aku sangat bizi. Jadi memang lewat sikit jawab email2 yang bertanya. Terima kasih semua.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

34 Comments

  1. taqo Reply

    Salam + Pagi kang..

    hehehe.. smart lah!
    pengantin perempuan sangat sempoi.. suka gambar Dr. tengah rawat tuh! Hehe..

    Outdoor nyeh kang buat nandi ek?
    sangat chantek kawasan landasan tuh. :) temerloh?

    Makin smart shoot outdoor kang. hehe. :)

  2. SisHoney Reply

    Salam cai,

    Yehaaaaaaaaa.finally gambar dr.sarah dah upload.best semuanyaaaaaa.confirm!!! pengantin yg cantek dan hensem.dan photographer yg hebat.hasilnya…for sure the best kan.*nak nangis sbb happy sgt* semoga perkahwinan ini dirahmati hingga ke Syurga,insyaAllah…

    p/s: cai pix yg first tu hantaran ape eh? *blurrr*

    • faisalhjrahim Reply

      taqo – salam kakang e, hehe. thanks bro :) sebenarnya ni ada byk lagi gambar tapi selepas kelulusan tuan punya gambar inilah yang lepas. Lagipun dah byk sangat ni,hehehe. Outdoor tu dalam 15 minit dari pekan Temerloh je. Kat Stesen Keretapi Mentakab :)

      sis honey – salam sis :) Terima kasih sis ye :) Tu lah rasa gembira je kan sahabat kita sorang ni dah kahwin,hehe :) mari kita doakan semoga beliau bahagia hingga akhir hayatnya bersama insan tercinta,amin. Thanks sis.

  3. ejal Reply

    salam kang..butang likenya kat mana yer…tak jumpe lah..hehe..aku bkn boleh dgr klu cite pasal patin tempoyak ni… ni terliur jer..gmbr terbaek..lg2 outdoor tu..ish…mantap kang…yg kat uniten hr tu majlis bertandang dia ker..rugi plak tak ikut…next itme la nampaknya…

  4. fathiyyah Reply

    bc entry ni sambil tahan nafas.
    HU, cantik sangat2.
    Tahniah Bro.

    terlalu bahagia bila tgk Ks n Bro thariq.

    :’)

    • faisalhjrahim Reply

      ejal – salam ejal, hahahaha siot je :) alaaa ko oklah jal boleh selalu balik ke kampung pahang sana :) aahlah jal, aritu yang aku ajak ko tu majlis bertandang dia,hehe. lenkalilah jal :)

      fathiyyah – salam thia, terima kasih thia :) kan, gembira je tengok diaorang berdua,hehe. Moga rumahtangga kita semua dirahmati Allah dan sentiasa bahagia sampai ke syurga,amin.

  5. Masy Reply

    canteknyeee lokasi outdoor!!! apepon, tahniah utk pengantin yee :)

  6. awe Reply

    Macam biasa. Terkini dan terbaik.

    Lagu entry ni pun best…

    teruskan yg terbaik Caii…

    • faisalhjrahim Reply

      Kak Masy – hehehe, terima kasih kak masy :) apa? nak amik gambar camni gak?hehe

      awe – salam awe, hahahaha. bila tu awe main bola kat melaka? alahai, banyak gila aku ketinggalan ni awe ngan perkembangan sukan kat LZS,huuhu. Thanks awe ye.

  7. awe Reply

    Nak hired ko shoot team kita main bola nanti kat Melaka…kira ko jadi OP sport la…la..boleh ke?..hee..heee

  8. ICAMZZ Reply

    gambo bro terbaik la… selalu menantikan update terkini.. huhuhuhuhu congrate dapat lagi sorang client.. hehehe xpe la xkenai aku pun.. wakakaka

  9. Cinta Reply

    Salam Sahabat,
    entry ini la yg saya tunggu-tunggu :).. fotonya cantik, pengantinnya manis :) dan photognya mantop :)

    • faisalhjrahim Reply

      Icamzz – Salam bro, waaaaa inilah hisham yang diperkatakan tu ek,hehe. Kalau ini memang camlah :P Thanks bro ye. Ada masa bolehlah jumpa kenal shoot sama2 ke,hehe

      Cinta – Salam sahabat :) Terima kasih sahabat. Saya biasa je tapi pengantinnya yang suweett,hehe

  10. ViniL Reply

    fuyoh2.. ipod tuhh…
    ur my inspiration bro…

    • faisalhjrahim Reply

      Yasir – Salam Yasir, syukran akhi. Alaa biasa2 je ni :) kalau ada gambar bro mesti lagi cantik,kekeke

      Vinil – Salam bro, terima kasih bro :) lama tak nampak,hehe.

  11. zam Reply

    Salam,
    ~Wahhh sudah update. Terima kasih acai bg koi ikut aok.. dapat jgk aku belajar serba sedikit.
    ~ nanti minggu depan menunggu hari bahagia kawan kita plak :)

    • faisalhjrahim Reply

      zam – salam zam, terima kasih juga follow aku masa hari tersebut :) yeaahh, jumpa next week zam ye,hehe.

      Icamzz – hahahaha, siot je. Minggu ni aku kat keramat, jom sham :)

  12. ICAMZZ Reply

    ha caii… tulah ko.. bleh leh nk shot ngan ko nih…

  13. ViniL Reply

    heheh lama tak mengkomen abam…. btw selalu je tweet abam…

    >azfaryaacob (^_^)<

  14. esyam Reply

    sgt cantik pic ni, truskn mnghasil pic2 yg menarik….

    • faisalhjrahim Reply

      Vinil – hahaha, ni dah jadi geng twitter ni,kekekeke. Thanks bro.

      esyam – salam bro esyam, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen ye :)

  15. Sarah-Thaariq Reply

    Salam sahabatku Acai =)

    Acaiiiiiii~ Thanks sangat2. Semua pic cantik sangat. Kami berdua suka! Sampaikan mak2 sedara pun semua suka awak (eh, apa kaitan ni? =p )

    Tak terkata happy sebab awak dapat shoot majlis saya. Serius sangat happy. Daripada zaman awak amik gambar lembu2 dan pokok2 naga awak, saya memang dah pasang niat, wedding saya misti awak yang shoot. Huhu. Akhirnya jadi kenyataan. Thanks Acai! Tak sabar tunggu album siap. Dan thanks jugak sebab sudi makan lauk tok masak. Nanti jemput datang lagi. Makan patin bakar pulak ye =)

    p/s: Ni dah pagi Isnin, Thaariq masih di sini. So saya tak nangis. Huhuhuhu =p

    • faisalhjrahim Reply

      Sarah – Waaa pengantin dah sampai sini. Terima kasih sahabatku Sarah. Terima kasih juga atas kejasama yang sangat baik dan layanan yang sangat baaikk sepanjang kitorang berada kat sana. Terharu dengan layanan family sarah buat saya dan isteri. Sayapun suka dapat ambil gambar di hari bahagia awak ni. Insyaallah saya akan buat yang terbaik pula untuk album awak nanti,hehe. Insyaallah kalau sampai ke Temerloh nanti saya sampailah juga ke umah tok awak walaupun awok berdua takde,kekekeke.

  16. cot Reply

    aku rase mcm dah malas nk komen kat sini..
    makin tensen adela tgk gambo² ko…
    kekekkee

  17. din Reply

    Salam cai.. dah ber aok aok ni kire da teror cakap pahang la ye cai?? hehee..
    ikan patin tempoyak? kat mane nak cari kat sini? cam best je..
    *jeles tengok gambar pengatin kat ats.. :)

    • faisalhjrahim Reply

      cot – hahahaha, siot jelah ko cot. Jangan lupa tugas penting kita minggu ni. Di Temerloh juga,hehe

      din – salam din, waras din? lamanyalah tak jumpa ko din,huhu. Bilalah aku dapat nak shoot gambar ko plak din,hehe.

  18. Sarah-Thaariq Reply

    Ececece… Nak singgah rumah tok je ye kalau datang sini. Confirm balik tu perut bulat je Acai sebab tok sumbat awak dengan macam2 makanan dulu. Huhu.

    Thanks Acai! Semua gambar cantik sangat! Kami suka =)

    • faisalhjrahim Reply

      Sarah – hehehe, insyaallah. Tok tu kalau saya cakap saya yang amik gambar awok mesti dia ingat :P

  19. Aimisya Reply

    Salam bro, LOVELY doe :D
    Nanti org kawen (2018), org nak bro jadi photographer tau.
    Haha padahal belum masuk U pon (:

    Good job gilaa. Keep it up.
    Org nak kawan dgn bro. Nak belajar. Hehee . Ingat org tau. Nanti ade update org singgah lagii :’)

    Allah Bless!
    DR. Aimisya.

    • faisalhjrahim Reply

      Aimisya – Salam Aimisya, terima kasih sebab sudi singgah sini dan tinggalkan komen ye :) saya hargai sangat2. Insyaallah boleh je shoot nanti,hehe. All the best Misya ye :) Jangan lupa selalu singgah sini,hehe

  20. i See Reply

    sweet, cun, comey…terbaek ;)tahniah sarah n thaariq..senyum sokmo na

    • Acaii Jawe Reply

      i See – Terima kasih ye sudi singgah sini dan tinggalkan komen :)

Leave a reply