Bismillahirrahmanirrahim


Aku mohon maaf sebab masih belum dapat upload full entry majlis Dr Juliana & Fazly buat masa ni. Kesibukan di tempat kerja membataskan kerja-kerja editing gambar buat sementara waktu. Sebenarnya bila aku amik tugasan wedding di hujung minggu ni banyak juga benda yang terpaksa aku korbankan.

kerul-lisa teaser

Teaser wedding Rozani & Lisa, Temerloh


Contohnya aku dah tak dapat join budak-budak ofis dalam kejohanan sukan antara jabatan maupun negeri. Dulu aku mewakili ofis main futsal dan bola sepak, sekarang nak beri sokongan pun dah tak sempat. Dah kurang masa bersama mereka. Patutlah aku makin gemuk. Begitu juga masa bersama keluarga semakin singkat dan banyak tidak dapat hadir kenduri saudara mara serta majlis perkahwinan sahabat lain.

Selain bekerja di hujung minggu, aku juga kena sambung bekerja setiap malam untuk menyiapkan album selepas pulang dari kerja. Kadangkala hingga pukul 2 pagi dan bangun untuk kerja pada keesokkan harinya. Begitulah rutinnya. Tapi itulah yang terpaksa dikorbankan oleh seorang photographer part time. Bukan aku je, rata2 photographer part time memang camni. Termasuklah sahabat yang aku shoot kat atas ni :) Tunggu full entry majlis ni.


Wallahua’lam.



Nota kaki : Aku dah tak available bulan Oktober 2011. Terima kasih atas pertanyaan dan sokongan semua. Aku hargai sangat-sangat. Aku sedang berusaha jawab email2 yang bertanya.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

17 Comments

  1. Masy Reply

    klu diikutkan yg part time lg penat drpd yg full time.. sbb nk kene hadap 2 keje ye tak.. huhuhuh

    gud job adik kucai! moga lebih maju dan sihat sentiasa sbb nk buat byk keje ni hehe.. kebun buah naga tu ade lg ke?

  2. rozaidi ibrahim Reply

    lama tak jumpa ko.. :D

  3. taqo Reply

    Salam kang.
    Huhu.. betul tu..
    boleh dikatakan sampai ke pagi
    bekerja sebab nak siapkan editing. part time photographer mmg memenatkan. tapi untuk mencari nilai sesuap nasi yg halal. :) terus berusaha kang~

    nice picca! :D

  4. ted Reply

    bro, bulan september free tak lepas raya?

  5. kasih Reply

    yeah.. sangat2 penat…
    kasih faham sgt sbb da melaluinya dulu…

    apapun.. tabahkan hati, tebalkan poket..
    ahakss!!! :P

  6. nanba Reply

    mmg ko dh gemook pun…wahahahaha

  7. cot Reply

    aku pun dah rase penat walaupun job xbyk macam ko..kekekekke

    part gemuk tu mmg aku setuju…
    wakakakakkakakka
    *marah mem besar ni kalu dia bace…kekkekekkee

  8. awe Reply

    Aku pun terasa kehilangan tonggak utama,sebab posisi ko lum ada yang mcm ko lagi Caii…berlari-lari macam laju tapi x sampai2 kat bola..haa..haa…tahun ni kat Melaka weihh…turun la bawak tele…

    ROzani tu Kerul ke?…Selamat Pengantin Baru Abam Rozani..Hadiah ko aku nak kirim kat Acaii je lah…

  9. faisalhjrahim Reply

    kak masy – salam kak, betul tu kak :) memang lagi penat sebenarnya. Kalau kerja tak perlukan berfikir takpe. Ni kalau kerja yang heavy dan byk tanggungjawab lagila penat,huhu. buah naga ada lagi,hehe

    rozaidi – salam bro, waaa lamanya tak dengar khabar :) makin kencang sekarang ni,hehe. Akupun dah jarang turun TT,huhu

  10. faisalhjrahim Reply

    taqo – salam bro, itulah yang sebenarnya dalam fikiran. Demi mencari rezeki. Sementara badan kuat lagi kan,hehe. Nanti kalau dah tak larat memang tak mampu nak buat semua,hehe. Kalau nak merompak senang tpai tak halal plak,kekeke

    ted – Salam ted, waaaa dah dapat photographer lum ni? Acai dah tak available lah ted bulan tu,huhu.

  11. faisalhjrahim Reply

    kasih – salam wak, waaaa lamanya tak jumpa awak kat sini,hehe. Yela, kan orang tu pernah amik gambar gak satu masa dulu,ceewaaahh :) thanks wak ye.

    nanba – hahahahahahhaa, siot betul. Ko pun samalah,ekkeke

  12. faisalhjrahim Reply

    cot – salam cot,hahaha. Itulah pasal. Memang penat gak cot. Terima kasih byk tolong aku cot :) aku doakan semoga satu hari nanti ko penat sebagai pengantin plak,kekekkeke. Aku nak diet ah camni. Tapi tak tau lagi,haha

    awe – Salam awe, hahahaha siot je. Good luck untuk team bola awe. Insyaallah kalau sempat aku sampai kat tempat korang main. Akupun kebetulan job kat melaka time tu,hehe. Boleh je bagi kat aku awe hadiah kerul tu. Nanti aku nak jumpa dia lagi ni.

  13. ajey Reply

    1. betul.. betul.. betul…
    2. main bola padang x ajak aku lagi ker??? dah ramai player yer??

    • faisalhjrahim Reply

      ajey – salam wak :) suie ne lah orak ketemu riko,hehehe :) diaorang gamelah wak. Sekarang dah jarang main bola padang. baru nak start balik,hehe. Kalau ada aku bagitau nanti.

  14. ajey Reply

    1. betul.. betul.. betul…
    2. main bola padang x ajak aku lagi ker??? dah ramai player yer??

  15. ajey Reply

    HAAA… MCM TU LA… KALU X CUKUP PLAYER JGN LUPA PANGGIL AKU YER… AHAHAH.. AKU BOLEH MAIN 15MINIT JER… EKEK

  16. Broyoes Reply

    salam sal…

    Part time photographer ni mmg mencabar…apa yg ko tulis tu mmg berlaku pd semua photographer…lg dasyat cabarannya bila ada baby kecik mcm aku skrg…bila mlm lps balik kerja mmg nk main dgn baby…blh edit gambar tgh malam samapi pg…pastu baby bgn kul 3pg, kena buatkan susu…tp takper, semua tu hanya akan menguatkan smgt je…hehehe…ops, nnt kalau aku turun KL, boleh ajak geng kangkar pulai men futsal…aku boleh buat trick mengelirukan macam yang wak ajey selalu kena dgn aku…kekekekeke

Leave a reply