Bismillahirrahmanirrahim
Masa kecik-kecik dulu, aku memang takut gila nak pergi klinik kesihatan kat kampung aku. Selain takut nak makan ubat aku sebenarnya takut ngan misi (nurse) yang garang macam singa. Tapi satu yang aku ingat doktor-doktor yang silih berganti kat klinik kesihatan tu semuanya baik-baik je. Tapi jarang sangat jumpa doktor muda-muda, hehe. Sekarang ni hampir semua klinik kerajaan doktornya muda-muda.
Dr Juliana ni merupakan client doktor aku yang ke enam. Beliau doktor di Hospital Tanjong Malim. Setiap hari berulang dari Keramat :) Nanti kalau aku ada sakit-sakit ramailah juga sahabat2 yang boleh minta pandangan termasuklah Dr Juliana ni, hehe. Macam doktor2 muda yang aku kenal diaorang semua memang ceria dan senang bergaul dengan diaorang. Yela, aku ni orang kebanyakkan je. Ramai je orang-orang hebat ni biasanya pandang rendah kat orang-orang biasa. Tapi bukan mereka ni :)
Majlis pernikahan Dr Juliana Idora & Fazly Zainal ni dilangsungkan di rumah keluarga Dr Juliana di Keramat.
Majlis persandingan diadakan di Bukit Damansara pada keesokkan harinya. Sepanjang majlis ni aku dibantu sahabat yang hensem tetapi dah tak available, Halim Wahid, keke. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar. Kehadiran tetamu juga ramai dan terasa kemeriahannya bila berada dalam majlis ni.
Baju pengantin zaman sekarang ni memang banyak design yang cantik-cantik. Banyak design-design yang aku tak pernah jumpa sepanjang tahun lepas amik gambar. Aku suka betul baju Dr Juliana ni. Memang nampak lain dan padan dengan Dr Juliana. Entah camnelah design baju pengantin pada masa akan datang :)
Sesi outdoor tu kitorang pergi ke taman apa tah tu. Aku lupa sebenarnya sebab yang bawak tu pengapit pengantin, hehe. Selain ramai orang, banyak juga anjing-anjing kat situ bersama tuan dia. Aku rasa lebih 20 jenis anjing berlainan yang aku jumpa. Ada yang kenit, besar, kecil, ngeri, comel dsb. Nasiblah kita tak boleh pegang anjing. Kalau tak mesti ada gambar pengantin ngan anjing yang aku amik, hehe. Err maksud aku tak boleh tu, malas nak samak nanti :)
Gambar last tu namanya aku takde kerja. Selalunya aku edit gambar masuk kat blog ni selepas siap buat album. Mybe start dari kul 12 malam ke atas. Jadi bila dah bengong mengantuk jadilah macam2, hehe. Tapi untuk album biasanya memang aku edit lagi sekali. Aku akan kekalkan gambar-gambar neutral dan kurang edit dalam gambar-gambar aku. Insyaallah akan tetap begitu :)
Untuk akhirnya, tahniah kepada kedua pasangan mempelai yang diraikan ini. Semoga Allah merahmati dan melindungi hidup kalian sampai akhir hayat nanti, amin. Terima kasih juga atas layanan yang baik kepada kitorang berdua sepanjang majlis ni berlangsung. Tunggu update majlis di rumah Fazly pula selepas ni :)
Nota kaki : Weekend lepas ni best sebab aku dapat rewang majlis sepupu aku kat Banting. Ada masa aku update.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Masy
baju lawa, kek lawa, gambau lawa. semuanya lawa laaaaa!!
ni yg rasa nk kawen je arinie nih! hahahha
faisalhjrahim
Kak Masy – Salam kak, aah kan kak. baju, kek semua lawaa :) Thanks kak ku. Hahahahahahaha, siot je nak kahwin arini :)
cot
tempat ramai orang pun boleh buat gambar…
tabik kat sifoo…
kekekekke
*gambar dari atas bumbung tu ko panjat lagi ke..hahaha
sil
lama dah tak drop komen kat sini. bro acaii makin berkembang maju lah. dengar2 dari kengkawan 1 kampung ada gak yang mintak khidmat acaii ambik gambar tapi jadual penuh dah.
oh, rewang majlis sepupu tu kat rtb gak ke? banting kan besar dan kebanyakan sedara mara memang akan duduk area banting gak =)
siti
salam…moge acaii teruihh memancorrrr..aminnn..heheheee :)
ajey
TU YG JD CEKELAT DAUN2 TU MCM MANA BUAT TU.. ?? AJO LA SKET BRO…
faisalhjrahim
Sil – Terima kasih sil :) waaa sopolah cara ne seng takon kuie,hehehe. Sekarang memang ramai dah yang tanya dan book terus, alhamdulillah. Awal betul diaorang merancang. Majlis sedolornya tu ada kat Sungai lang je,hehe
ajey – Salam wak, alaaaa kan aku dah ajar guna masking :) aku guna benda alah ni lah,hehe
juliana
acai..!!!!!!!thank u 4 uploading d pics..!aku suke gile gile okay :D,ni yg tak sabau nk tgk next entry ni…but take ur time no rush okay:D,kem salam kt fiza..n mintak maaf kalau ader terkurg or tersalah kater selame ni..
keep in touch!pasal medical advice ke per..calling2 jer..no charge..hahaha
faisalhjrahim
Juliana – Waaaaaa, pengantin dah sampai sini,ehehhe :) Terima kasih puan doktor di atas layanan yang baik sepanjang kita bekerjasama. Insyaallah nanti kita jumpa masa bagi album ye :) Apapun keep in touch tau :)
Halim – salam lim, wakakakakakkaa siot jelah ko lim. Aku bagitau nana nanti baru ko tau,hahaha. Ooo thanks bagitau nama taman tu tapi aku dah malas nak edit,kekeke
Siti
Salam,moge acaii teruihhhh memancorrrr….aminnnn…hehehe:)
cot
tempat ramai orang pun ko blh buar gambar…tabik sifoo…
kekekekek
*gambar dari atas tu ko panjat ape plk kali ni..kekekekkee
Halim Wahid
salam acaii..
wahh,dah keluar..best2..lain kali ckp hensem sudah la,xpayah la mention “dah tak available” kang..ekekeke..
*nama taman tu Desa City Park..
awe
Rasa nak bersanding sekali lagi dan di shoot oleh Sensei…
sedap mata memandang…
faisalhjrahim
zakuan – salam awe, hehehe. Insyaallah awe. Tapi ebrsanding dengan sapa?hahahhaa. Thanks awe. Nanti ada benda aku nak cakap ngan ko awe :)
Juliana – Hehehe, pengantin kalau bagi kerjasama memang senang nak hasilkan gambar yang baik :) Thanks sekali lagi Dr :)
juliana
halim thank u jugak!…best shoot pic ngn korg berdua.. ;D
fazly
acai and halim,thank u so much!lawa pic yg u all amik n edit,cayala bro.keep up d good work!
juliana: suke jugak pic yg last yg acai edit..cantik2
faisalhjrahim
fazly – Waaa sorang lagi pengantin pun dah masuk :) Tahniah untuk korang berdua ye. Tunggu album siap nanti ye.
taqo – salam kang :) terima kasih. bila nak follow ni weh?heheeh.
Halim – Heheh, betul betul!! :) Thanks juga lim banyak tolong aku.
taqo
salam kang.
hope sihat slalu. :)
Kaler gambar mmg terbaik.
Suka tgk aksi pada gamba. hehe.
geram je bila tgk outdoor. mmg terbaik! mai ajo sy kang.. ahaha.
Halim Wahid
ju&fazly: thanks..best gak shoot korang berdua..sporting dan sgt mesra alam..kekeke..Selamat pengantin baru sekali lagi..semoga bahagia hingga ke syurga..amin..:)
taqo
hehehe.. alamak.. otai ajak memain ke serius nih? hapy woohh! hehe. yok mlaku bareng kang~ :P
cot
testing²..
apsal komen aku tak kuar ni…
faisalhjrahim
taqo – hehe, boleh jela nak follow bila2 free bro,hehehe. pape bagitau eh.
taqo
hehe. thx kang. insyaAllah. kalau ada masa. mau juga follow lihat otai buat keje mcm mane. :)
faisalhjrahim
taqo – salam kang,hehe. Boleh je. Riko manggon nang ngenti kang? Kalau ada kat area tu boleh aku calling2,hehe.
Halim – hahahahha, siot jelah ko lim :)
Halim Wahid
kalau ko bgtau nana aku takmo ikut ko lagi (buat muka merajuk comel) muakakakaka…:P