Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah aku dapat juga update entry dalam blog ni. Aku pernah bagitau sebelum ni yang antara yang seronoknya jadi photogrpher ni bila dapat kenal ramai orang dari pelbagai latar belakang dan pekerjaan :) Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Iszati & Zuhairi yang di adakan di Melaka.

Iszati ni bekerja kat balai polis kat Bukit Aman sana tau:) Banyak gak pengalaman dia yang dapat dikongsi ngan aku. Sebenarnya banyak gak benda-benda yang kita semua tak tahu dalam urusan polis ni. Kalau kita komen apa2 yang kita tak tahu sebenarnya boleh nampak kita ni bijak ke tak tentang urusan polis sebenar. Bagusnya ada kawan kat dalam sana, manalah nanti kalau ada member2 kena tangkap polis ke boleh aku adjust2 ngan Iszati ni, hahaha *kidding2.

is1

is2

is3

is4

is5

is6

is7



Majlis pernikahan dan persandingan Iszati dan Zuhairi ni diadakan dalam hari yang sama di rumah keluarga Iszati. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan cuaca pun memang baik sepanjang hari. Banyak gak member-member Iszati dari KL turun ke Melaka termasuklah member2 polis :)

Satu yang menarik kat majlis ni juga ada ‘tol’ untuk pengantin lelaki bayar sebelum masuk ke dalam rumah untuk bersanding bersama pengantin perempuan. Macam kat Johorlah plak. Mungkin sebab ramai juga saudara mara Iszati tu datang dari Johor. Nasib pengantin lelaki dah bersedia awal2 dengan duit tol :P


is8

is9

is10

is12

is13

is14

is15

is16



Sesi outdoor kitorang adakan di satu taman kat Air Keroh tu. Akupun sebenarnya tak tahu taman apa, hehe. Seingat aku tamannya ada kereta berkuasa batteri yang boleh naik beberapa orang tu. Macam kereta golf tu. Tapi kitorang tak mampu sebab bayarannya ikut jam, hehe. Kitorang jalan kaki masuk dalam taman macam hutan2 tu jauh gaklah.

is17

is18

is19

is20

is21

is22

is23

is24

is25



Untuk akhirnya, tahniah untuk kedua mempelai Iszati dan Zuhairi ni. Semoga ikatan yang terbina ini berkekalan bahagia sampailah ke syurga Allah. Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Iszati atas layanan yang baik sepanjang aku berada kat sana :) Mohon maaf kalau ada salah dan silap sepanjang bekerjasama. Selamat berbahagia untuk korang berdua ye, amin.



Nota kaki : Ini adalah auto post entry yang aku buat semasa program kat luar selama beberapa hari :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

2 Comments

  1. one Reply

    Hu2 slm cik Faisal,yg no lapannyer cm Ada kehebatan,klu pencahayaan masuk baik memang best a,i’ll hire u just for that shot! (tergeliat jari tacing2 guna iPad, ada org nk jual ni sb org tu da amik yg latest nyer)

    • Acaii Jawe Reply

      one – salam awk :) heheh, teirma kasih ye :) whooaaaaa dah pakai ipad tu. Sy tak reti pakai,hahaha

Leave a reply