Bismillahirrahmanirrahim
Teaser wedding Linda & Hanif, Kuala Lumpur
Kenapa Allah mengurniakan kepada kita dua tangan, dua kaki, dua mata, dua telinga, jutaan saraf otak tetapi hanya mengurniakan kepada kita satu mulut sahaja? Jawabnya, kerana Allah menginginkan agar kita lebih banyak bekerja. Lebih banyak beramal daripada berbicara.
Maka ada ungkapan yang terkenal; sesiapa yang banyak berbicara maka banyaklah dosanya. Sebab tu Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri sahaja”. Bolehlah disimpulkan orang yang berjaya ialah orang yang lebih banyak kerjanya dari bicaranya. Terutama bicara yang sia-sia. Wallahua’lam.
Nota kaki : Aku jarang berada kat ofis sekarang. Maaf atas kelewatan membalas email semua. Tunggu full entry majlis kat atas ni ye. Lagu kat atas ni lagu fav wife aku sebab dia selalu rasa berada kat padang pasir bila dengar lagu ni :P
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe
Masy
tp zaman skrg ni orang bersuara dgn jari2 di tangan. dan dgn cara tu, lebih lantang ‘suara’nya. kan? :)
Acaii Jawe
kak masy – sangat betul kak :) best ebtul ayat akak bersuara dengan jari2 di tangan,hehe
Fakhrur Razi
Salam perkenalan,lawalaa pic acaii…jd inspirasi sy..teringin nk tag along tp jauh sgt dr tmpat sy tggal…
Acaii Jawe
fakhrur Razi – Salam, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen ye :) Insyaallah ada masa kita boleh bekerjasama dan amik gambar sama2,hehe
sil – salam sil, sangat setuju. Dan orang2 seperti itulah yang banyak sakitkan hati orang lain :)
sil
Saya suka ayat ni “Bolehlah disimpulkan orang yang berjaya ialah orang yang lebih banyak kerjanya dari bicaranya”.
Kat dalam dunia ni ada gak spesies manusiaa yang mulutnya suka berbicara perihal orang lain. yang buruk2 pula tu yg selalu diwar-warkan.sigh
one
best filem ni…di astro bintang dah ada bersiri. pas terawih layan dlu sampi tersengguk2. tapi pratonton saluran sampai 15 ke 18 ogogs je. (dah la astro menaikkan caj lebih rm10,kenapalah kapitalis ni menagguk di air keruh)
bila a tv9 nak siar…uk
ei…ops..kluar tajuk,ingat pasal ketika bertasbih
Acaii Jawe
One – Biasalah tu :) Orang berniaga kalau permintaan lebih banyak ia mempunyai kuasa tentukan harga. Begitu juga sebaliknya :)