Bismillahirrahmanirrahim


Masa mula-mula amik gambar dulu aku tak pernah sangka boleh jumpa benda2 baru yang tak pernah aku alami sebelum ni. Memandangkan aku bukanlah photographer yang jaga penampilan supaya sentiasa semat, segak, bergaya, hensem dan bersih, maka ada kalanya aku buat perkara bengong yang difikirkan balik memang tak de kerja. Kalau mak aku tahu mesti kena marah :)

teaserfj

Teaser wedding Juwita & Umar, Kajang



Aku pernah panjat bumbung bangunan untuk amik gambar. Sekali dah turun baru tau kalaulah jatuh memang boleh arwah. Masa panjat tak perasan pun. Pernah juga aku panjat pokok yang agak tinggi. Tiba-tiba kena serang dengan tebuan. Banyak gila. Aku terjun sebiji macam nangka jatuh ke tanah. Cara jatuh agak pelik sebab kedua2 tangan aku ke atas cuba selamatkan kamera walaupun berguling-guling, haha. Balik rumah bengkak2 badan selama beberapa minggu. Bengkak kena gigit tebuan dan jatuh pokok.

Aku juga pernah baring kat rumput apa tah namanya. Tiba2 rasa gatal gila. Tahan juga sampai abis shoot pengantin. Bila balik rumah sampai seminggu badan aku merah-merah dan lebam-lebam (sejak tu aku dah tak cute). Pergi klinik sampai doktor inject nak elakkan jangkitan lebih teruk. Aku juga pernah masuk air tasik nak amik gambarlah kononnya. Tapi sampai takat lutut je. Balik rumah dari lutut ke bawah gatal ya amat. Asyik nak kena garu je. Seminggu baru baik. Padan muka aku!!

Banyak lagi pengalaman lain. Tapi bila fikir balik, sementara masih muda ni bolehlah buat semua tu. Kalau dah agak tua dah malas nak buat semua tu (adrenalin dah low). Dah malas nak cari angle-angle yang berbeza dan kreatif. Tapi kalau sapa-sapa nak buat camtu, nasihat aku jagalah keselamatan. Lagi satu kalau boleh jangan bagitau wife atau mak korang. Nanti kena tahan telinga kena marah, hahaha. Wassalam.



Nota kaki : Aku buka tempahan sekarang sampai bulan Mac 2012 je. Lebih dari tu akan dimaklumkan kelak ye :P


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

21 Comments

  1. saupix Reply

    kelakar la masa jatuh dari pokok tu.. apa yang penting masa tu adalah kamera mesti selamat.. apa2 kenangan dan pengalaman mendewasakan kita.. selamat maju jaya acaii..

    • Acaii Jawe Reply

      saupix- salam pix :) hahaha betul tu. kamera kekadang lebih penting sebab ia sumber pendapatan kita, hehe. selamat maju jaya juga saupix, photographer hensem,hehe :)

      Lila – Salam lila :) terima kasih lila, waaaaaaa dah ada tarikh ke? ehem ehem, hehe. Bolehlah lila, bagitau je,hihi.

  2. Lila Reply

    Hihii..sebab tu banyak gambar superb kan acai..
    Adeii, baru nak mintak quotation acai ;)

  3. Taqo @ Nurtaqwa Reply

    Salam.
    Hehe.ade jugak title ni. best!
    kalau nak share memang banyak lah kang. walaupon baru je dalam dunia ni. yang paling terok pon baring kat rumput sebab nak caik low angle punya pasal. sampai gatal satu badan. keh keh keh. tu je la kot. blom nak masuk dalam air lagi. hehehe.. ni kalau mak tau. abis kene marah. hehe! :D

    • Acaii Jawe Reply

      taqo – salam kakang e :) aah betul tu. Banyak gak nak share pengalaman amik gambar ni. Cuma rasanya masa tulis tu ngah ingat tu je,hehehe :) cari low angle tu sudah tentu kena baring atau merendahkan badan,hehe. Betul tu, confirm kena marah lelagi kalau gatal2,haha

      cot – salam cot, wakakakakakaka :) syyy dia dah taupun,haha

  4. cot Reply

    “Lagi satu kalau boleh jangan bagitau wife atau mak korang. Nanti kena tahan telinga kena marah, hahaha”

    yang ni paling takleh blah…wakakakakkaka…

  5. ejal Reply

    Salam kang…memang menarik la klu cite pengalaman ni..lawak2…aku igt lg kat sg buluh ko baring bagai x ingat cai..dah mcm sniper aku tgk..time tu dgn D80 n 50mm ko..nak cr angle terbaek smpi kn jd mcm sniper yer…hahaha..

  6. najmi Reply

    aduh sampai jatuh pokok tu tak tahan. saya setakat baring atas rumput jer ler.. tu pun member kata dah macam apa jer tertonggeng nak ambil gambar. Makin superb gambar2 sifu ni!!

    • Acaii Jawe Reply

      ejal – salam ejal, hahaha masa tu aku pun lum ada tele lagi ejal :) spiper pendek masa tu,kekeke :) thanks juga jal ye banyak support aku,hehe. All the best jal!!

      najmi – salam najmi, waaa lama tak dengar khabar? :) thanks bro. hahaha, dulu memang selalu kena tegur tapi sekarang dah lali,hehe

  7. siti Reply

    yeayyy..dah boleh view pic..errrr,tapi flickr kat opis still kene block…huhh

    • Acaii Jawe Reply

      siti – salam ti, hehe ni boleh view sebab tak sempat nak upload dalam flickr :) ni upload dalam hosting acai sendiri,hehe. Thanks ti ye.

      Reen – Salam reen :) hahahhaa of courselah dia baca reen. saje je ngajuk kat dia ni,kekeke.

  8. anis Reply

    salam.
    peh..tu llaki tu. klu pmpuan cm sy ni mmg gerenti mak keja satu kampung. XD

    • Acaii Jawe Reply

      anis – Salam anis, waaaa anis. Lamanya tak dengar khabar? hehe. Hahaha, kalau pompuan memang nampak ganas sikitlah nis,hehe

      azieazah – Salam kak azie yang dihormati :) Moga akak sekeluarga sihat2 hendaknya. Kak, angle panjat almari tu akak masih ingat?hehehe. Memang bahaya. Sampai kekadang nak roboh almari tu kak. Lelagilah saya ni dah agak ‘kurus’ sikit,hahahaha. Terima kasih kak banyak bagi sokongan selama ini. Semoga akak sekeluarga sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa,amin

  9. azieazah Reply

    Salam dindaku ESAL…

    Kak Azie pun nak marah jugak. Ada satu angle macam ko panjat almari baju rumah pengantin popuan. hehehehe

    Kak Azie masih ingat ESAL miang satu badan sebab shoot dalam bendang yg ada jerami kering. hahahaha.

    Sebab Kak Azie dok baca kisah ESAL sejak belum beli kamera, sampai dah jadi photographer terkenal! Alhamdulillahhhhh…

  10. Rozaidi Ibrahim Reply

    :). Itu merupakan pengalama dalam tidak sedar. Itu boleh dijadikan teladan untuk masa akan datang.

    p/s : Acaii, Ko tu alegik bab gatal2 ni.. kulit sensitive.. kena mandi sabun buku ni.. hahaha

    • Acaii Jawe Reply

      rozaidi – salam bro :) haha, betul tu bro. Pengalaman camtu yang biasanya kita ingat kan,hehe. Aku kulit selalunya kebal. Tapi sejak dah tua ni memang ngengada sikit kulit aku,kekeke.

      hasrey – salam bro, waaa kenal ke? Errr aku rasa namanya memang Sollehin tapi dia asal dari Sabah. Tapi tak taulah kalau dia pernah duduk johor bro,hehehe :) thanks bro ye.

      awe – salam awe, hahahahahha hampeh ko awe!!! Jomlah shoot ngan aku lagi awe,hehe

  11. awe Reply

    Ko bukan ke ‘gatal’ sejak bujang ke Caii??…kui..kui..

    banyak aku belajar dari cara ko yg kurang senonoh tu..hee..hee

    TQ..TQ….TQ…

  12. sil Reply

    klakar gila baca entri kali ni. campur rasa kesian dan tabik kat acaii sebab berani tanggung risiko. yela kan, muda2 lah kita nak buat semua ni. dah tua nanti lain lak jadinya. aritu saya beranikan diri panjat bukut broga, cuma sekerat jalan je sbb x berani tanggung risiko.

    p/s : tempahan sampai mac 2012 je ke? camne ni, saya nak tempah utk tarikh yang saya sendiri xtau bila.xpela, kalo ada rezeki x ke mana kan

    • Acaii Jawe Reply

      Sil – salam sil, haha bagus2 berani juga amik risiko walaupun tak sampau atas,hehehe :) Insyaallah sil kalau ada rezeki boleh bekerjasama ye :)

  13. sil Reply

    typo

    *bukut = bukit

Leave a reply