Bismillahirrahmanirrahim
![teaserhanani](https://www.faisalrahim.com/blog/wp-content/plugins/jquery-image-lazy-loading/images/grey.gif)
Teaser wedding Hanani & Mat, Ampang
Sekadar berkongsi bacaan di kala senggang. Dalam agama kita ada satu kaedah yang dipanggil Al itsar bil qurbi makruuhun wa fi ghairiha mahbuban, iaitu itsar mengutamakan orang lain dalam mendekatkan diri pada Allah atau beribadah itu adalah makruh. Tetapi kalau mengutamakan orang lain pada perkara selain ibadah itu sangat dianjurkan.
Dalam ibadah dianjurkan dan disunnahkan adalah berlumba-lumba mendapat yang paling afdal, mendapatkan pahala yang lebih banyak. Kalau sampai kita rasa cemburu ibadah dan amalan orang lain lebih baik dari kita maksudnya iman kita masih ada. Tetapi bukan terhenti di situ, kita berlu berusaha untuk menjadi yang lebih baik lagi. Ayuh sahabat-sahabat semua, kita usaha perbaiki segalanya sebelum tiba bulan Ramadhan. Supaya mudah rebut peluang ibadah bulan tersebut dengan minda dan fizikal yang bersedia. Wallahua’lam.
Nota kaki : Dalam perjalanan balik rumah semalam, ada sebuah motorsikal kemalangan. Patah tangan dan dia mengerang-ngerang kesakitan. Mahu tolong hubungi keluarga atau isteri beliau tapi hp nya ada password lock. Kalau dia pengsan ataupun meninggal dunia bagaimana orang lain nak hubungi keluarganya? Apa releven letak password kat hp dalam kecemasan?
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe
Masy
dah tu cene, mintak passwordnye x?
ajey
cai.. tanyo sket.. apa setting kamera ko utk gambo ni.. A, S.speed, ISO… etc..
Acaii Jawe
kak masy – salam kak, aah kak kenalah mintak passwordnya time ngah sakit2 tu,hehe
ajey – salam wak :) aku outdoor antara Aperture ngna Manual je wak. Tapi aku kelalen guna apa yang ni,hehe. Rasanya manual.
Nono
Acai! Saya jugak jenis yang letak password kat hp… Sbb hp saya accessible untuk emails, fb, twitter.. etc. So kalau la hp hilang, and org ceroboh emails. naya … O.ov
Acaii Jawe
Nono – Salam nono, waaa lamanya tak nampak:) ooo betul jugak kan camtu. Lelagi smart phone yang ada macam2. Memang ada pros ngan crons letakkan camtu. Kelemahan dia kalau ada kecamasanlah. Takde sapa nak dihubungi :)
siti
salam acaii..setuju sgt2 dengan nota kaki..memang tak suka letak pswd dlm handphone..buang masa nak tekan2 no pssword tu heh..letak pswd utk pic sudey..
Acaii Jawe
Siti – Salam ti :) dulu penah letak pasword sekarang dah malas gak,haha. Bukan apa, malas nak buka masa ngah lock tu,hehe :) boleh letak password untuk apps tertentu,hehe
Faiz Faiza
Salam Acai
“Al itsar bil qurbi makruuhun wa fi ghairiha mahbuban” tepat sekali. Cuma sesetengah kita bila nak solat@majlis ilmu, sibuk nak jemput org lain penuhkan saf depan. Dia sendiri tak mau ke depan. Aiseh.
err..motosikal kemalangan au penunggang motosikal kemalangan (huu…anak ckg BM menyibuk).
Mungkin ini blh mbantu; pastikan ada letak no. kecemasan di belakang hp/casing hp atau mungkin jg dlm purse/wallet. Bukan setakat utk kemalangan je. Purse tercicir pun Alhamdulillah sampai semula ke tangan.
p/s jazakALLAH khairan kathira psl tips2 dulu tu. Byk mbantu & terlampau byk kena belajar lagi @_@
Acaii Jawe
Faiz Faiza – Salam awak :) terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna tersebut ye :) Aah boleh juga buat camtu letakkan no kat belakang hp ke apa, tapi nanti tak cantiklah plak,hehee.
Nani
acaiiii :) the teaser i’ve been waiting for :) tak sabar nak tengok yang selebihnya, cantik yang ni! :) tak penah komen – first time ni :) nanti kite review awak kat blog sy hehe :P
Acaii Jawe
Nani – Salam nani, waaaaaa pengantin dah sampai,hehe. Tunggu full entry ye nani. Sy memang agak bizi lately,huhuhu. Thanks nani ye.
Halil – thanks halil ye :)
wak4jawa
I like this post!
maria
hye acai.. i ade emel kat u psl nk wat appoitment..
Acaii Jawe
maria – salam awak :) sy dah reply dalam mail. Maaf atas kelewatan membalas email tersebut ye.