Bismillahirrahmanirrahim



Lamanya tak update blog ni. Pemalas betul!! Sebenarnya aku sekarang terlibat secara langsung dalam pembangunan sistem baru di tempat kerja. Dalam mana-mana system development, stage yang paling kritikal ialah stage permulaan ini iaitu untuk kumpulkan keperluan pengguna (user requirement study) dan design struktur sistem. Kalau gagal fasa ni memang boleh menjejaskan keseluruhan projek dan sebabkan variation order dari vendor yang sudah tentu melibatkan kos tambahan.

Entry kali ni aku shoot beberapa hari sebelum kehadiran Ramadan lepas. Majlis bertandang Balqis dan Herizal ni diadakan di Manjalara, Kuala Lumpur. Masa majlis belah Balqis berlangsung, ada perhimpunan BERSIH di ibu negara yang menyebabkan kehadiran tetamu di majlis beliau berkurangan. Ada juga sahabat aku yang buat majlis di pinggir KL yang hanya dihadiri 15% daripada tetamu jemputan. Apa nak buat tempahan dewan dibuat setahun lebih awal dan tak jangka benda seperti itu berlaku.


Tahniah kepada kedua-dua mempelai yang diraikan. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina tersebut berkekalan bahagia hingga ke syurga,amin. Terima kasih kepada sahabat baik aku Halil Hayon yang sama2 shoot majlis ni bersama aku. Insyaallah bermula esok tugasan wedding aku akan bermula seperti biasa. Boleh aku buang lemak2 raya yang tertinggal ni dengan lebih berkesan :)




Nota kaki : Aku dah tak available hingga akhir tahun ni. Sebenarnya dari bulan Julai lepas slot tersebut dah abis. Aku akan cuba reply mail yang bertanya secepat mungkin. Terima kasih atas sokongan dari semua ye.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

12 Comments

  1. ejal Reply

    Salam kang, lama benor x ngapdate yer..bz bebeno tuh..gmbr semua biasa jer..x cun pun (ayat jeles nih..)muahaha..kaler cun la bro..amacam mau bt ini macam yer..tunjuk ajar ku sifu…hehehe..job mana mggu ni wak?aku nk rewang umh ajey la..adik dia yg pompuan tu kawen kn…moh ler dtg kg…

    • Acaii Jawe Reply

      ejal – salam ejal, hehe. Itulah pasal ejal. Rasa macam dah lama gila tak berupdate blog aku ni,hehe. Thanks kang. Alaaa wak tak ajak akupun. Kalau tak boleh aku datang,hehe.

  2. zam Reply

    salam,
    ~selamat hari raya acai dh lama tak memberi komen kat sini..silent reader yg pemalu hhihihi
    ~apapun selamat berjaya utk system development yang terbaru.
    ~malas nak komen pasal gambar, sebab dah memang stp entry gambar cantik hihihi. ok

    • Acaii Jawe Reply

      zam – Salam sahabat :) lamanya tak dengar khabar. Moga sihat2 je zam ye. Aku tak boleh tanya ko dah gemuk ke tak sebab confirm ko maintain kurus,haha :) Selamat hari raya zam, maaf zahir batin ye.

  3. Masy Reply

    canteknye baju kemantin niiiiiiii

    • Acaii Jawe Reply

      Masy – Apaaa??!! Akak ada satu baju camni??hehe

  4. taqo Reply

    As salam.
    Kang Selamat Hari Raya. :)
    Mai singgah banting. hehe

    Gambar 1st tu nyong rasa terbaik!
    buleh la pose nanti. keh keh. :D

    • Acaii Jawe Reply

      taqo – salam kang :) selamat hari raya maaf zahir dan batin juga ye :) Thanks kang.

  5. wak4jawa Reply

    terbaik lah sal! tahniah..

    • Acaii Jawe Reply

      wak4jawa – Salam lil, terima kasih :)

  6. siti amin Reply

    salam..macam biasa..pic cantek.. :) tapi tone kaler macam terang sangat lah..jgn marah ek.. :) ke pc aku nyer setting yang tak betul .. hiuhiuhiu..selamat hari raya.

    • Acaii Jawe Reply

      siti – salam ti :) thanks ye. Alaa terang sangat ke? tengok kat monitor sini macam ok je ti,hehe.

Leave a reply