Bismillahirrahmanirrahim


Malam tadi aku dengar rancangan Ustazah Nor Bahiyah tentang kekasih lama. Aku tertarik dengan seorang pemanggil yang ditinggalkan suami sebab mengejar cinta lamanya. Mereka dah berkahwin selama 14 tahun dan mempunyai 4 orang cahaya mata dan perempuan yang dikejarnya itupun telah berkahwin dan mempunyai keluarga. Sedihnya kalau terjadi begitu. Mana kewarasan akal suami tersebut.

Pagi tadi semasa kuliah pagi di ofis, Ustaz Syed Norhisyam ada nyatakan soal jodoh, rezeki dan kematian merupakan kerja Allah. Jadi ada sebab Allah kurniakan jodoh begitu. Ada sebab Allah uji kita semua. Kalau kita yakin Qada’ dan Qadar Allah mesti kita belajar terima dan buat yang terbaik untuk pasangan kita. Pahala dan dosa kita sentiasa berjalan dan dikira di kiri dan kanan setiap masa. Benda ni kena sedar selalu.

Kali ni aku update sikit majlis pernikahan Shuhadah dan Azhar yang dijalankan di Shah Alam baru-baru ni. Majlis berliau dilangsungkan pada hari Jumaat jadi memang tak ramai sangat tetamu dan sahabat yang hadir.


Memandangkan 2-3 minggu ni aku agak sibuk jadi tak dapat upload lebih banyak lagi buat masa ni. Tahniah kepada kedua pasangan pengantin. Semoga dilimpahkan rahmat dan keberkatan dari Allah sepanjang hidup berumahtangga, amin. Tunggu aku update majlis perkahwinan pasangan ni nanti ye.



Nota kaki : Minggu ni aku shoot kat Tanjong Karang. Yeayy, jumpa sawah padi :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

7 Comments

  1. Abel Reply

    Orang yg selalu jmpe kelapa sawit nk g jmpe sawah padi.. Hehe… Tu yg terlebih xcited tu…

    • Acaii Jawe Reply

      Abel – Salam Belle,hahahha betul tu :) Orang yang asyik nampak sawit je kalau jumpa sawah padi memang agak bataklah,hehe.

  2. ejal Reply

    salam kang…tak sabar nak menuntut ilmu nih..ghahaha..shot berjemaah nampaknya nih…

    • Acaii Jawe Reply

      ejal – Salam ejal, orait cun ejal. Boleh shoot sesama nanti,hehe. Jumpa kat sana.

  3. Abel Reply

    Untung la die.. Kelape sawit dpt tgk.. Sawah padi pn dpt.. Kite ni membesar dgn bangunan disekeliling.. Lahir n besar kt kl..

  4. azieazah Reply

    Salam dindaku ESAL,
    kata orang, perkahwinan ni diuji sentiasa.
    Bila 5 tahun akan diuji.
    Kemudian ketika perkahwinan 9 tahun akan diuji lagi.
    Dan akhir sekali ketika perkahwinan berusia 15 tahun.

    Seandainya lepas dan lulus segala ujian, insyaAllah kekal selamanya.
    Wallahualam.
    Semoga kita semua terus sabar dan tabah dalam perkahwinan.

    • Acaii Jawe Reply

      Abel – Salam Belle, Takpe belle nanti bolehlah jalan2 ngan hubby kat kampung2 selalu. Banyak homestay yang bagus2 sekarang:)

      Azieazah – Salam kak zie, Alhamdulillah kak zie ada juga orang yang berpengalaman macam kak zie yang selalu bagi panduan dan bimbingan kepada saya ni. Terima kasih banyak2 kak zie ye atas perkongsian tersebut. Nanti kalau tak faham lagi saya tanya terus kat kak zie,hehe.

Leave a reply