Bismillahirrahmanirrahim
Beberapa hari lepas aku ada terbaca komen-komen dari sebuah video ceramah agama di Youtube. Video itu baik pengisiannya tetapi mereka bergaduh menegakkan ustaz mereka yang lebih betul dari ustaz yang lain. Subhanallah. Cabaran umat Islam sekarang sangat besar dengan aliran pemikiran barat dan timur bercampur. Perbezaan pendapat memang berlaku dalam banyak perkara termasuk perkara agama.
Dengan kekuatan umat Islam yang sederhana, ilmu yang kita wajib ada dalam menuntut ilmu ialah belajar cara menangani perbezaan pendapat. Utamakan pendapat jumhur ulama’ dan berlapang dada dalam perkara yang tidak melibatkan aqidah dan ibadah. Lebih-lebih lagi jika berpegang kepada dalil atau nas yang berbeza. Pertimbangan seperti ini mampu kekalkan ukhuwah dalam ketidaksepakatan dan percanggahan dalam perbezaan tersebut. Wallahua’lam
Kali ni aku nak update majlis pernikahan Natasha dan Jamil yang diadakan di Meru, Klang. Kabeh wong jowo:) Jamil pula orang banjar dari area belah-belah Sekinchan sana. Pertama kali juga dalam hantaran aku tengok Jamil beri satu dulang bahan makanan mentah seperti bawang, beras, gula, garam, cili, sardin dll. Walaupun cuma simbolik tapi sangat berbeza. Layan sedikit majlis beliau ni.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz Jamil dan Natasha selamat diijab qabulkan menjadi pasangan suami isteri yang sah. Hubungan yang mudah mendapat pahala sekiranya keduanya sama-sama jadikan matlamat akhir untuk ke syurga. Tahniah untuk korang berdua :) Oleh kerana aku sorang-sorang cover majlis ni dan takde teman berborak maka aku telah makan dua kali iaitu sebelum dan selepas majlis!! Bukan salah aku, bapak Natasha yang offer, aku xnak kecikkan hati dia,hehe. Takpe sebab aku dah gemuk! Orait, tunggu full entry majlis persandingan beliau next week ye. Wassalam.
Nota kaki : Jangan lupa bayar income tax kepada LHDN. Dalam kuliah aritu selain kewajipan berzakat, kita juga perlu bayar tax untuk pastikan pemerintah mempunyai sumber kewangan cukup untuk tadbir negara. Soal lain biarlah mereka jawab dengan Allah.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe
ejal
Salam kang..tang warna yang x tahan tu..mmg terbaek..gua suka dong..haha..cun banget…tu la x ajak..cer roger2 dl..hahaha..
Acaii Jawe
ejal – Salam ejal :) Terima kasih kang. Alaa ko balik kampung time ni ejal,hehe.
akmaladanan
Acaii ..the best!! terang dan suci :) angle cun
Pasangan pengantin, tahniah yaa
Acaii Jawe
akmal- salam mal, terima kasih sudi singgah sini mal:) Lama tak nampak gambar2 kahwin yang ko shoot mal,hehe
taqo @ Nurtaqwa
Salam kang.
uwoahhh. cover sorang? nape xajak kang. hehehehe. btw, kemas kang! ^^
Acaii Jawe
Taqo – Thanks kang. Lamanya tak dengar khabar :) Bilalah dapat shoot sama,hehe