Bismillahirrahmanirrahim


Baru-baru ni aku terjumpa seorang guru sekolah menengah aku semasa shoot wedding. Beliau kelihatan dah berusia dengan garis-garis penuaan dah jelas ketara di wajahnya. Tidak sekuat dan segagah dulu. Kegarangannya dah hilang. Aku menegur beliau dan ucap terima kasih walaupun beliau tidak mengenali aku. Aku ingat dia sebab masa tingkatan 3 dulu aku pernah kena lempang dengan dia di bilik guru:) Ya, dihadapan semua guru-guru. Tapi sedikitpun aku tak simpan dendam dengannya. Malah aku hargai usaha beliau bentuk orang-orang macam aku. Selamat hari guru kepada semua guru-guru aku. Semoga Allah rahmati kalian.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Nailah & Haniff yang diadakan di Rawang. Majlis tersebut berlangsung sehari je. Satu yang aku agak teruja dalam majlis ni dapat jumpa Jalaluddin Hassan yang juga merupakan pakcik kepada Nailah. Sepanjang aku shoot majlis tu aku rasa macam dia tengah berlakon dalam drama je,haha. Dah ada Jalaluddin Hassan mestilah ada Ust Hassan (Tan Sri sekarang) yang mengajar kita kat TV rancangan Muqaddam tahun 80an dulu. Layan sikit majlis pernikahan dan persandingan beliau ni.


Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Nailah sah menjadi tanggungjawab dan suri kepada Haniff. Sebenarnya walaupun ucapan nikah tu hanya satu baris tapi dari sudut Islam ia adalah sangat besar dan penting bagi menghalalkan apa yang diharamkan sebelum ini. Dosa dan pahala seorang isteri yang sebelum ni terletak di bahu ibu bapanya berpindah ke bahu sang suami.

Majlis persandingan dilaksanakan sejurus selepas selesai majlis pernikahan. Walaupun aku berseorangan cover majlis ini tapi aku rasa macam tak tergesa-gesa dan dapat jalankan tugas dengan lancar dan baik sampailah akhir majlis, Alhamdulillah. Satu yang aku perasan keluarga dan saudara mara diaorang ni memang sporting dan ceria semuanya. Seronok bekerjasama dengan diaorang :)


Alhamdulillah majlis persandingan ni berjalan lancar walaupun hujan masa diaorang nak berarak tu. Elok je selepas berarak hujanpun reda. Sesi outdoor tu kitorang buat kat taman area rumah dia je. Adalah dalam 5 minit perjalanan :)


Untuk akhirnya aku ucapkan tahniah kepada kedua mempelai yang diraikan. Semoga Allah merahmati hubungan kalian dan pakat baik-baik untuk sama2 ke syurga, insyaallah. Untuk pengunjung blog ni, mohon maaf aku dah jarang tak update blog ni sebab kerja-kerja di kantor aku perlukan komitmen yang tinggi. Lebih-lebih lagi projek sistem baru dah sampai tahap kritikal sekarang. Terima kasih kepada yang singgah sini selalu. Tunggu next update ye :)



Nota kaki : Hari ni juga adalah hari arwah bapa mertua aku meninggal dunia akibat kemalangan 3 tahun lepas. Al-fatihah.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

10 Comments

  1. taqo @ nurtaqwa Reply

    salam kang.
    wahh. ade retis lah. keke ^^
    lame tunggu entry penuh camni. mcm biasa dia punya penangan. kaler mercik! ^^ best!

    if xsilap. hari tu ade nampak kakang kat majlis ilmu ustaz kazim. nak tego segan pulak. ^^ hee..

    • Acaii Jawe Reply

      Taqo – salam kang :) Haha, biasanya memang nak buat banyak2 gambar tapi limitasi kerja dan masa yang membataskanlah kang :) Kalau fulltime mesti boleh masukkan lagi byk gambar,hehe. Laaaaaaa awat tak tegur?!!! boleh kenal2. Hish bocah kie,hehe.

  2. Rudy Reply

    Salam Acaii. Wah sudah lama menunggu untuk update terbaru, akhirnynya ada gak. hehehhe…Terima kasih sebab berkongsi ilmu gak.

    • Acaii Jawe Reply

      Rudy – Salam kang,hahaha. Terima kasih byk kang sudi singgah dan tinggalkan komen. Kalau salah silap tolong tunjuk dan betulkan ye bro :)

  3. taqo @ nurtaqwa Reply

    Hehe. tapi xtau kenapa asik jeles je dengan hasil reko ni. tone muka langsong tak lari. pastu cukup je cahaya. aishhhhh. ehehe ^^

    nampak kat depan tu asik amik gambo guna ipong mahal je. kehkeh. malas nak lambai. padahai bila kang toleh kanan sket dah nampak sy pakai baju melayu hitam. keheke. :D

    • Acaii Jawe Reply

      taqo – Salam kang :) Alaaa podo wae lah kang gambare. Alahai, kalau tahu mesti dah duduk sebelah2. Diam2 je dia!!haha Tapi memang bestlah Ust Kazim, boleh berhibur sambil dengar tazkirah dari dia walaupun semua tu dah tahu,hehe. Insyaallah ada rezeki boleh jumpa nanti.

  4. Nailah Haniff Reply

    salam.

    Terima kasih abg acaii. gambar yg cantek.. nti boleh panggil lagi kan.. ade 4 adek lagi. hehe.

    ok abg acaii.. pape nanti roger. syukran awi..

    Allah yubarik fik.

    • Acaii Jawe Reply

      Nailah – Salam pengantin, terima kasih nailah insyaallah ada rezeki boleh bekerjasama lagi nanti ye,hehe:) Seronok bekerjasama dengan korang sekeluarga. Mohon maaf kalau ada salah silap ye.

  5. taqo @ nurtaqwa Reply

    xleh duduk seblah2 kang. nanti byk cakap. haha. ^^ insyaAllah kang. boleh turun ilmu sikit. kehehe..

    • Acaii Jawe Reply

      taqo – Hahahaha, siot jelah kang. Insyaallah ada masa nanti kita ngeteh ye. Boleh kenal2 lebih lagi. Tapi bukan sebagai kekasihlah sebab aku dah kahwin,hahaa.

Leave a reply