Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah dapat juga aku update blog ni. Satu perkara yang aku kurang gemar bila tiba musim pilihanraya ni kadangkala dah mula nampak sahabat2 yang berpecah. Masing-masing berpegang keras dengan pendapatnya. Ruang bertolak ansur tu sangat sedikit. Alangkah bagusnya kalau keutaamaan diletak untuk jaga ukhuwah/akhlak sertak kekalkan perpaduan umat Islam. Ulama’ muktabar yang membuat ijtihaj berbeza dlm soal ibadah masih menghormati ulama’ lain berbeza. Kita yang berbicara soal ranting kecil boleh sampai putuskan ukhuwah. Nauzubillah.
Kali ni aku update majlis pernikahan dan perkahwinan Syida & Faiz yang diadakan di Telok Dato’ Banting. Rasa seronok je dapat shoot kat kampung halaman sendiri :) Pernah bayangkan tak bapa mertua korang tu kerja sebagai tok kadi? Itu yang berlaku kat Syida ni,hehe. Bapa dia memang mempunyai tauliah menikahkan orang. Jadi bila time anak sendiri diapun jadi jurunikahnya :)
Bagi aku nasihat kepada menantu ni lebih baik bapa perempuan yang bagi kalau mereka ada ilmu. Bukan apa, lebih terkesan dalam hati. Lebih2 lagi sebelum beliau serahkan tanggungjawab anaknya kepada suami.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz Syida manjadi milik Faiz yang halal dan sah. Sebagai seorang photographer aku bertuah menjadi salah seorang saksi dari pasangan pengantin yang aku shoot hampir setiap minggu. Kadangkala akupun boleh sebak sama selepas majlis nikah tu,hehe.
Ramai gak aku jumpa orang-orang kampung aku yang datang majlis ni. Ramai sangat tetamu yang datang majlis ni. Mungkin sebab bapa Syida ni memang dikenali oleh orang di kawasan sekeliling Banting ni.
Sesi outdoor macam biasa kalau kat area Banting ramai yang buat kat area Kelanang. Aku pun follow je. Lagipun dah lama aku tak pergi kat Pantai Kelanang ni. Mana taknya, rumah aku sekarang jauh lebih 80km nak sampai sini. Tempat ni memang jadi tumpuan pasangan pengantin shoot outdoor. Paling banyak aku pernah tengok sampai 7-8 pasangan pengantin. Jenuh nak keluarkan orang lain dari frame kita,hehe.
Gambar last ni kitorang bergambar bersama pengantin dan team videographer. Guna tripod tak reti nak lompat bila,haha.
Untuk akhirnya, aku berterima kasih kepada seluruh ahli keluarga Syida atas kerjasama yang baik sepanjang bekerjasama. Tahniah kepada pasangan pengantin ni. Aku doakan semoga ikatan ni berterusan sampailah ke syurga nanti,amin. Pada majlis ni juga aku ditemani team La Televisio yang diketuai oleh sahabat aku Azli. Ni kali kedua aku bekerjasama dengan beliau.
Kalau sapa2 perlukan khidmat video bolehlah hubungi beliau. Tapi nak bagitau jadual dia tahun ni dah penuh rasanya,hehe. Hot dia ni macam goreng pisang panas. Insyaallah ada masa boleh bekerjasama lagi ye Azli :) Jumpa next entry. Wassalam.
Nota kaki : Ada masa aku nak tulis tentang perselisihan di kalangan sahabat selepas kewafatan Rasulullah. Tentang Perang Jamal (Ali vs Aisyah) dan Perang Siffin (Muawiyah vs Ali). Tunggu ye.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe
taqo @ nurtaqwa
salam kang.
true story berkenaan dgn ukhuwwah yg berpecah gara gara tak sependapat. perkara sekecil2 alam pun boleh jadi sangat besar. sedih dgn akhlak yg
sebegini. huhu.
kaler untuk update this week xpenah menghampakan. hanya mampu menahan je kang. kehkehkeh. dengan outdoor nye mantab! lapan blas bintang kang!! ^^
okeh! nak tunggu cite tu.
Acaii Jawe
taqo – Salam kang:) Betul tu. Mudah2an kita dielakkan dari fitnah dunia yang kekadang boleh pecah belahkan agama kita. Terima kasih kakang yo. Jomlah shoot sama bro,hehe.
syida
tenkiuu acai!!! sukeee!! bile boleh siap album yea? hihihi
Acaii Jawe
syida – waaaahhh pengantin dah sampai sini,hehe. Terima kasih ye syida :) Album dalam proses lagi. Nanti kita jumpa ye,hehe.
ciksab
wah2.tak sabar nak tunggu entry perang2 tu :D:D
Acaii Jawe
cik sab – Insyaallah nanti saya update. Kena curi masa nak tulis je :) terima kasih sudi singgah sini ye.
taqo @ nurtaqwa
amin mudah mudahan. ^^
nak shoot same kang? gear blom cukup power la. keke ^^
Acaii Jawe
taqo – Salam kang :) morning jumaat. Haha, alaa entah2 ko punya gear jauh lagi power dari aku,huhu.