Bismillahirrahmanirrahim


Pagi ni hujan turun dengan lebat. Sesekali hujan mengetuk jendela sebelah aku bila angin bertiup kuat. Kekadang sampai lali melihat hujan tu. Teringat zaman membesar dulu. Kalau hujan turun kitorang adik beradik berlari-lari ambil besen atau bekas untuk tadah di bawah bumbung zink-zink yang bocor. Tepi-tepi bekas tu kena letak kain buruk supaya air tu tak memercik ke lantai. Pastu aku tunggu tepi bekas tu sampai penuh air hujan baru tuangkan melalui tepi tingkap.

Teaser Zura & Wan, Pelabuhan Klang.


Rumah beratapkan zink kalau salah memaku masa memasang bumbung memang akan kekal lubang tersebut. Walau lubangnya kecil tapi kalau hujan air akan masuk. Biasanya orang kampung kalau nak tampal, mereka akan cari batu damar ( klik sini yg tak pernah tengok ) di kebun dan bakar sampai cair. Pastu masa tengah panas tu kena tuang kat atap zink yang berlubang. Kemudian batu damar tu akan mengeras semula dan kekal kat situ dalam beberapa bulan.

Dulu masa aku kecik ada banyak perigi buta sekeliling kampung. Kalau musim cuti sekolah biasanya memang musim tengkujuh. Jadi mak bapak memang selalu ingatkan jauhkan diri dari perigi buta dan parit-parit yang airnya lebih tinggi dari biasa. Tapi biasalah memori aku masa budak2 memang singkat. Bila keluar main, memang parit jadi destinasi untuk ciblon. Padahal baru 15 minit tadi mak pesan jangan main parit. Kalau dapat mandi parit masa hujan lebat lagi nikmat. Sampai tangan kecut dan menggigil baru naik.

Sekarang cubalah kena kena hujan sedikit, mau selsema dan rasa nak demam. Nampak sangat badan dah mula dimamah usia. Antibodi dah tak kuat macam dulu. Dah mula kena ambil vitamin dan supplement untuk kekal sihat. Aku sebenarnya baru sembuh dari demam. Memandangkan musim cuti sekolah dah bermula maka photographer semua memang sibuk. Mudah2an Allah berikan kesihatan yang baik kepada kita semua supaya dapat menjalankan apa jua pekerjaan yang kita lakukan, insyaallah. Wallahua’lam.




Nota kaki : Tempahan tahun hadapan aku dah dibuka. Untuk bulan Mac 2013 dah tak available kerana telah penuh:) Terima kasih atas sokongan sahabat2 semua. Barakallah.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

4 Comments

  1. taqo @ nurtaqwa Reply

    salam kang.

    pagi ni nak pegi keje sampai je poli shah alam dah nampak awan gelap ‘lain dari biasa’. Dari situ dah aim nak rempit sampai tempat keje before hujan labat. Tapi bila sampai opis je. lencun! best. ^^

    tunggu entry full. ^^

    • Acaii Jawe Reply

      Taqo – Salam kang, aah nasib baik pagi tadi sempat sampai ke office sebelum hujan,hehe. Lenkali stanbylah baju hujan dulu kang,hehe.

  2. Abel Reply

    Mac 2012?? Bkn skrang dh jun ke? Nmpk sgt x sihatnye.. Wahh.. Seronoknye rumah kg…

    • Acaii Jawe Reply

      Abel – Hahaha, terima kasih belle bagitau ye:) Mmg demamlah tu,hehe.

Leave a reply