Bismillahirrahmanirrahim
Aku nak berkongsi kisah Imam Syafie yang aku dapat daripada tazkirah baru-baru ni.
Pada satu hari Imam Syafie pergi ke satu kawasan untuk mengajar ilmu. Ketika beliau sampai ke lokasi pengajian tersebut didapati tiada seorang pun yang telah hadir sebelum beliau. Masjid tersebut kosong kerana anak muridnya semua lewat tiba. Bolehlah bayangkan macam sesetengah kita juga kadangkala tuan guru sampai dulu sebelum anak murid.
Teaser Hanis & Faisal, Semenyih.
Sementara menunggu anak murid beliau tiba Imam Syafie membersihkan kawasan tersebut seperti menyapu, membuang tahi cicak, mengemas dan kerja-kerja biasa yang dilakukan oleh anak muridnya. Apabila anak muridnya tiba mereka terkejut dan menghalang Imam Syafie dari meneruskan kerjanya. Ia kerana kerja-kerja seperti itu sepatutnya merupakan tugas mereka.
Lalu Imam Syafie menjawab “Tidak mengapa. Aku tidak tahu amalan mana yang Allah terima dariku. Mungkin amalan seperti inilah yang menyebabkan aku masuk ke syurga Allah.”
Subhanallah, bayangkan Imam besar yang ilmu dan kitabnya digunakan oleh umat Islam sampai ke hari ini masih merendah diri dengan mengatakan sedemikian.
Hakikatnya, kita semua tidak pernah tahu amalan mana yang Allah terima daripada kita. Mungkin amalan kecil seperti membuang sampah itu diterima Allah sebab kita ikhlas berbanding kita melakukan perkara besar lain seperti solat sunat dan bersedekah tetapi timbul riak dan kurang keikhlasannya. Sebab tu selagi hayat masih ada, kita kena melakukan sebanyak mungkin kebaikan sebelum nyawa kita diambil Allah. Jangan berbangga dengan amalan kita kerana ia mungkin belum diterima Allah. Wallahua’lam.
Nota kaki : 14 hari lagi sebelum kehadiran Ramadan Mubara’
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe
IjanKahar
Salam Sahabat,
Terima kasih untuk perkongsian ini. Semoga kita semua sentiasa berlumba-lumba untuk membuat kebajikan/kebaikan.Insyallah.
Acaii Jawe
IjanKahar – Salam sahabat, insyaallah semoga sama2 dapat manfaat. Mari lumba2 utk cari kebajikan nak sampai Ramadan dah ni :)