Bismillahirrahmanirrahim


Hampir setiap minggu semasa shoot majlis nikah aku dengar khutbah dari Tok Kadi. Baru-baru ni aku ada rasa sedikit kelainan dalam khutbah yang disampaikan. Oleh kerana sekarang terlalu banyak penceraian berlaku, rupanya MAIS dah arahkan Tok Kadi di seluruh Selangor bagi sedikit tazkirah sebelum membaca khutbah nikah. Tujuannya supaya peringatan tersebut sampai kepada pengantin dan juga hadirin yang hadir pada waktu tersebut.

Aku teringat satu laporan dari kajian yang dijalankan di Malaysia sebelum ini. Penceraian paling banyak berlaku dalam 4 fasa. Pertama,tempoh 1-3 tahun berkahwin. Kedua, 5-8 tahun kahwin. Ketiga,masa umur 40-50 tahun dan yang terakhir ketika di usia emas. Setiapnya ada sebab berbeza. Secara ringkas, fasa pertama tu biasalah proses baru berkenalan, fasa kedua sebab anak & kewangan, fasa ketiga sebab isteri dah menopause(tidak mahu hubungan kelamin) dan fasa keempat sebab faktor usia. Hati2 dalam fasa ini.

Kali ni aku nak update majlis wedding Khairul Hafiz aka cot dan Aisyah yang berlangsung di Kepong. Cot ni adalah sahabat baik aku yang selalu bantu aku dalam job wedding. Kalau sebelum ni dia ambik gambar je, baru tau rasanya jadi pengantin:) Barulah tahu rupanya dia pemalu depan kamera,haha.

Atas permintaan pengantin aku hanya upload gambar yang diluluskan,hehe.

Mula-mula Cot lagilah taknak taruk gambar langsung kat sini:) Tapi aku minta juga,hehe. Bukan apa, kekadang penting juga kita letak gambar kahwin walaupun sikit sebab dalam Islam pun kita kena hebahkan perkahwinan kita supaya tidak berlaku fitnah. Jadi kawan-kawan yang jarang berhubung dan tidak dijemput tu bolehlah tahu mereka dah berkahwin. Takdelah cakap bukan2 bila nampak bonceng motor sama2:)

Apapun aku doakan semoga ikatan yang terjalin berkekalan bahagia hingga ke syurga. Ucapan ‘Aku Terima Nikahnya..’ oleh seorang lelaki itu menjadikan hubungan lelaki-perempuan itu halal dan merubah hukum agama yang sebelum ini haram bagi keduanya. Tanggungjawabnya besar dan setiap yang dilakukan bersama merupakan satu perkara baru yang memberikan implikasi pahala dan dosa. Selamat berbahagia sahabat!! Wallahua’lam.


Nota kaki : Sepanjang minggu ni aku xde sebab berkursus di luar. Insyaallah jumpa lagi next week.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

13 Comments

  1. Masy Reply

    selamat pengantin baru cootttt.. canteknyeee org umah diaaaaa :)

    • Acaii Jawe Reply

      MAsy – Salam kak, errr yang tu biar en cot sendiri jawab ye kak,haha.

      ejal – Salam ejal, betul2:) Takpelah ejal nanti insyaallah ada masa boleh kita shoot ngan pengantin baru ni,hehe. Minggu ni aku shoot kat Sijangkang ejal. Arek melu. yok ejal:)

      Taqo – Salam kang :) Sebenarnya banyak lagi gambar best nak share. Sebab banyak gila amik gambar cot ni tapi tuannya pemalu,hehe:) Thanks kang ye.

  2. ejal Reply

    salam kang..mula2 tahniah buat cot dan pasangan..sama cantik sama padan..macam pinang dibelah-belah la org kata..hahah..semoga beroleh kebahagian yang berkekalan..tak sempat nk folo shot masa nikah sebab pg kenduri makcik nak pegi menunaikan haji..
    p/s: dengarnya shot kat kapar mggu ni yer kang..si awe kabo kat aku hari tu..hehehe

  3. Taqo@Nurtaqwa Reply

    salam kang.
    Hehe. sangat simple pelamin.
    tapi still nampak best. ^^ pengantin lelaki sempoi. baju pengantin girl plak nampak nice sangat. best! :D

  4. fathiyyah Reply

    salam bro acai. lamanya tk menyinggah. moga bro n kak fiza sihat2.

    ni bro cot yg bawak kitorg photoshoot kat ukm dulu tu?
    waahh tahniahh!!

    • Acaii Jawe Reply

      fathiyyah – Salam thia,waaah lamanya tak dengar khabar:) Moga sihat2 hendaknya ye. Alhamdulillah kitorang sihat:) Hope thia ngan umairpun sihat2 juga ye. Aah thia, ni yang aritu bawa kita pergi shoot dalam UPM tu:)

  5. awe Reply

    Waaa…sudah kuar itu gambar budak pemalu…
    Tahniah sahabat…
    Welcome to club…
    lepas ni boleh ajak ngeteh lg tak nih?…

    • Acaii Jawe Reply

      awe – Salam awe :) Welcome to the club to cot juga,hehe. Tu kena tanya bini dialah awe,kekeke.

  6. hasrulhamdan Reply

    Sy nk gamba saya boleh ker? apapun abam acai mmg terbaik. Dewa fisheye

    • Acaii Jawe Reply

      Hasrul – Salam tuan hasrul,hehehe :)Gambar ko ada kat kamera akulah hasrul,hehe.

  7. din Reply

    Salam acai – waaaa.. sejak dua menjak ni asyik cam xcaya je.
    cam xcaya cot da kahwin. hehe
    apa perasaan bila da kahwin cot?? cot pemalu?? mesti syok ko buli dia kan cai.. hehe..
    selamat berbahagia cot.. tahniah tahniah! lepas ni gantung terus la ye kasut futsal but semua?? hehe

    • Acaii Jawe Reply

      din – Salam din, betul tu din. Macam tak caya je si cot ni dah kahwin kan,hehe:) soalan2 tu ko kena tanya sendiri kat cot,hehe. Pastu mesti cot tnaya ko lagi bila turn ko plak din,hehe.

  8. Farah Makeup Parlour Reply

    Salam acai,

    Saya makeup artist aisyah that day.. nk minta sket share gamba closeup aisha nk ambil makeup as portfolio pic for wedding n nikah bole x… xpuasla sket je gambanye sbb cot malu.. klo gamba ecah je xpekan hehe

Leave a reply