Bismillahirrahmanirrahim
Aku sebenarnya sangat gembira bila ada artis tanah air kita berhijrah kepada yang lebih baik. Lelagi bila mereka mengajak ke arah kebaikan. Sebab dengan pengikutnya yang ramai, mungkin apa yg diperkatakan dapat berbekas di hati lebih ramai orang berbanding kata-kata seorang ustaz dan ustazah.
Aku berpeluang mendengar satu rancangan TV dan youtube tentang Afdlin Shauki. Usai pulang dari Gaza, Afdlin membuka mata lebih ramai org tentang keadaan di Gaza, Palestin. Beliau juga mengajak kita sama-sama membantu rakyat Gaza dan dalam masa sama memboikot syarikat yang memberi sumbangan kepada Israel. Allahu Akhbar!!
Ruang berdakwah bukan hanya terhad kepada aktiviti agama sahaja. Bukan hanya untuk orang yg belajar agama & ekslusif kepada golongan berkopiah dan bertudung labuh sahaja. Skop berdakwah itu begitu luas dan tidak perlu disempitkan. Berpuisi, melalui lagu, penulisan dan kerja seharian juga boleh jadi kaedah dakwah. Justeru, seandainya diberi ruang untuk menyampaikan bentuk dakwah yang membawa kepada kebaikan, peluang itu tidak seharusnya dipersiakan.
Teaser Liyana & Din, Temerloh
Antara keistimewaan Islam yang agung ini adalah jalan pulang ke pangkuan agama ini amat luas terbuka dan tidak membebankan. Peluang seorang insan kembali ke pangkuan keampunan dan keredaan Allah tidak pernah disekat oleh sebarang tempoh waktu, latar belakang diri, dosa lampau atau harta.
Keampunan dan rahmat Allah bukan dijual di jalanan. Ia sangat berkaitan dengan keluhuran jiwa yang ikhlas ingin kembali kepada Allah Yang Maha Pengampun. Tidak perlu hebahkan dosa lepas maupun mengaku kepada orang lain untuk mendapat keampunan Allah.
Marilah kita berkempen untuk manusia mendapatkan rahmat keampunan Allah ini. Bukan untuk orang masjid dan surau sahaja, tetapi juga semua muda-mudi di jalanan, artis di pentas, pelakon di TV, pemimpin di gelanggang politik dan semua orang lain. Jangan menghukum seseorang itu sebagai tidak berpeluang menerima rahmat Allah sedangkan roh masih di jasadnya dan hukuman Allah belum pun kita tahu.
Belum tentu kita yang solat 5 waktu ini masuk syurga Allah dan belum tentu penyanyi serta pelakon yang banyak lakukan dosa itu ahli neraka. Boleh jadi rahmat Allah jadikan mereka jauh lebih baik dari kita bila mereka dah berubah nanti. Allah maha mengetahui. Wallahua’lam.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe
Muktasim
Afdlin benar2 buka mata orang islam di Malaysia.. seronok ikut perkembangan di FB..
Acaii Jawe
Muktasim – Salam, terima kasih sudi singgah sini:) Betul, perlu hantar lebih ramai artis ke sana supaya ada lebih kesedaran dan ramai pengikutnya juga sedar tentang perkara tersebut.
azieazah
Betul. Jangan menilai orang dari luaran semata.
Acaii Jawe
Azieazah – Setuju juga kak zie yang dihormati:)