Bismillahirrahmanirrahim
Aku nak kongsi sedikit isi tazkirah yang aku dengar awal pagi tadi. Untuk jadi orang yang baik dan sentiasa positif dalam hidup kita kena belajar melihat semua yang kita lakukan dari ‘kaca mata’ akhirat. Setiap perkara yang kita buat dalam kehidupan seharian ada 2 sahaja balasan. Dosa atau pahala. Ia membawa kepada syurga atau neraka. Jadi sebelum melakukan sesuatu perkara kena berhenti sejenak dan tanya diri sendiri, “Apa yang aku nak buat ni beri pahala atau mengundang dosa?”
Bila dilatih begitu secara tidak langsung kita takkan selalu rasa sakit hati dengan manusia, lebih bertolak ansur dan sentiasa positif dalam hidup. Kita akan jaga pertuturan kita sebab takut sakitkan hati orang yang membawa kepada dosa. Kita takkan mengumpat dan menjaja cerita tidak pasti kepada orang lain sebab ia pasti menambah dosa sedia ada. Kita akan berbuat baik kepada semua orang sebab ia memberi kita pahala. Ia akan berterusan menjadi rutin harian kita.
Aku nak update majlis pernikahan Izyan & Hikshan yang diadakan di kampung aku. Kampung Bukit Changgang:) Jarang sangat2 ada tugasan wedding kat sini. Semua kenal mak ngan abah. Segan. Izyan ni memang ramai sahabat baik yang sama2 meraikan setiap kali salah seorang dari mereka berkahwin. Baju sama sedondon memang jadi trademark mereka semua. Meriah je majlis ada mereka semua:)
Cabaran bila shoot mana-mana majlis pernikahan di rumah ialah kadangkala kita tidak boleh jangka keadaan tetamu dan keluasan tempat nikah tersebut. Ada masanya kita langsung xboleh bergerak sepanjang majlis nikah berlangsung. Kita juga tak boleh suka-suka nak suruh orang ketepi semata-mata nak ambil angle yang kita rasakan terbaik. Ia kurang sopan dan tidak menghormati majlis. Dari situlah pengalaman membezakan antara photographer ni.
Tapi rumah izyan ni luas:) Boleh bebas bergerak. Tahniah Izyan & Hikshan atas ikatan yang terjalan ye. Semoga syurga menjadi tempat kalian berdua kelak berkat dari perkahwinan ini,amin. Tunggu update majlis sanding plak nanti. Wallahua’lam.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe
cot
macam kenal je tok kadi tu caii..hehe..nampaknye wedding aku aritu pioneer project ko gune fish eye la ye. makin banyak shoot gune mata ikan tu..kekeke
Acaii Jawe
cot – Haha, ni kan sebab lens 24mm aku rosak aritu tak siap2 lagi. Pastu gunalah mana yang ada. Tiba2 macam oklah plak sebab dah lama tak pakai kat majlis,hehe.
yan :)
suka sgt! nk tgk sanding n outdoor plak ekh :)
Acaii Jawe
yan – Waaah pengantin:) Orait yan, insyaallah next week. Thanks yan ye atas kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung. Mohon maaf salah silap sepanjang bekerjasama.
ejal
salam kang..kaler nya kok cun sangat lor…melelh air liur aku tgk kang..aduhla…tp ada 1 gmbr aku ternampak beg dan lens bersepah tepi pelamin..sape punya la tuh..hahaha
Acaii Jawe
ejal – Salam ejal:) waaaaa nampak je,hehe. Yelah orak enek sopo seng arek cekel lens ne,hehe.