Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah beberapa hari lepas aku bepeluang hadir ke ‘Malam Cinta Rasul’ bersama Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf . Tetamu yang hadir ke stadium sangat ramai bersama melaungkan selawat dan qasidah. Satu perkembangan positif, pemimpin kedua negara juga bersama dalam tu mendengar tanpa ucapan apa2. Dengan berpakaian serba putih semangat hadirin yang hadir dapat meresap dalam jiwa, insyaallah.
Namun bak kata guru aku, kalaupun kita cinta kepada Rasulullah jangan sampai mengada-adakan cerita atau mereka-reka hadis palsu yang menggambarkan Rasulullah secara berlebihan. Ada juga aku dapati mereka membaca hadis-hadis yang diragui kesasihannya yang disandarkan kepada Rasulullah. Mudah-mudahan diperbaiki. Apa yang penting ajaran Islam yang Rasulullah bawa kita lakukan dengan sepenuh hati.
Kali ni aku update majlis persandingan Izyan & Hikshan yang diadakan di Dewan Presint 8, Putrajaya. Beliau mengadakan majlis ni bersama-sama majlis adik perempuannya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tetamu ramai tidak putus2, kawan2 ramai datang dan memeriahkan suasana majlis. Layan sedikit sekitar majlis ni.
Sesi outdoor kitorang buat kat tepi jalan Hotel Shangri-La atas bukit tu. Sahabat-sahabat Izyan dan Hikshan pun join masa sesi outdoor ni. Memang memeriahkan suasana diaorang ni. Terima kasih semua yang berikan kerjasama semasa shoot ye:)
Untuk akhirnya, terima kasih banyak kepada Izyan sekeluarga yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang 2 hari bekerjasama. Mohon maaf atas segala salah silap sepanjang bertugas:) Tahniah sekali lagi buat korang berdua. Semoga Allah sentiasa merahmati perjalanan rumah tangga korang,amin. Terima kasih juga kepada sahabat2 aku membantu dalam majlis ni terutamanya Ejal yang membawa sahabatnya yang lain turut sama shoot. Insyaallah jumpa lagi di lain kesempatan.
Nota kaki : Jom banyakkan selawat hari jumaat ni. Mudah-mudahan mudah kita dapat syafaat baginda Rasulullah s.a.w diakhirat kelak
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe
ejal
Terbaikkkkkkkk…..malas nak ckp byk..tmpt sama,gmbr sama, tp nape gmbr aku tak mcm gambar ko..ahahahaha
Acaii Jawe
ejal – Salam ejal, terima kasih sudi tolong aku dan shoot sama2 dalam majlis ni. Aku lupa letak link ko tadi. Dah taruk,hehehe:) Alaaa podo waelah kang. Mengkok aku ajarin angger melu minggu ki,hehe.
yan
terbaik acai! ;)
Acaii Jawe
Terima kasih pengantin yan:) Nanti kita jumpa ye untuk album.
zoo
gambar berbaris dr blkg sgt cantik penceritaan…
Acaii Jawe
zoo – Hehe, terima kasih ye. Kalau ada kekurangan dan perlu diperbaiki sila tegur ye.