Bismillahirrahmanirrahim
Hari ni ustaz tak berapa sihat. Sama seperti jumaat lepas. Dalam tazkirah pagi tadi ustaz ada cerita tentang golongan yang hatinya penuh dengan sifat sombong dan angkuh. Mereka sentiasa fikirkan apa lagi yang mereka akan dapat dan hak mereka. Mereka juga susah maafkan kesalahan orang kepada mereka. Mereka dambakan pujian, pengiktirafan dan penghormatan dari orang lain. Dan mereka akan menuntut, kesal dan marah kalau tidak mendapatkannya.
Ustaz suruh ingat hadis ini & hadam baik-baik dalam diri kita.
Abdullah bin ‘Abbas dan Anas bin Malik berkata: Bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Seandainya seorang anak Adam (manusia) mempunyai suatu lembah emas, pasti dia ingin mempunyai dua lembah. Tiada yang dapat menutup mulutnya (tidak ada yang dapat menghentikan kerakusannya kepada dunia) kecuali tanah (maut). Dan Allah berkenan memberi taubat kepada sesiapa saja yang bertaubat.” (Bukhari & Muslim)
Teaser Ella & Hakim, Petaling Jaya
Teaser Zafran & Afifi, Putrajaya
Percayalah, kalau kita berhenti tengok kesilapan dan kelemahan orang lain nescaya kita lihat sifat sombong dan tamak ini ada dalam diri kita. Insan tiada yang sempurna. Namun, kalau kita mahu buang sifat tersebut kita harus lebih bersyukur. Sifat sombong dan angkuhlah yang menghalang kita dari bersyukur. Kita selalu impikan benda yang kita tak miliki sedang apa yang Allah dah beri ini kita jarang bersyukur.
Selain itu, kita memang selalu buat kesilapan dan menyakiti hati orang lain. Besar atau kecil kita mahu mereka memaafkan kita. Namun, dalam masa sama tidak ada sifat pemaaf itu kepada orang lain. Alangkah sombong & egonya kita. Berapa lama kita nak simpan sifat tu? Sampai mati? Apa yang kita dapat ketika itu?
Sebelum akhiri tazkirah, ustaz pesan kalau kita tidak memaafkan orang lain, kita hanya dapat sakit hati dan dendam. Tetapi kalau memaafkan, kita akan dapat pahala, lapang dada dan hati tenang. Pilihlah yang mana kita mahu dalam hidup. Dari itu, syukur dengan apa kita miliki dan maafkanlah orang lain. Ia kaedah terbaik nak buang sifat sombong dan ego dalam diri. Wallahua’lam.
Wassalam.
azieazah
Salam dindaku Esal,
benar, setuju bab tidak berdendam itu. Sebab dendam tu satu penyakit hati juga. Selagi dok rasa dendam, selagi tu dok terasa tertekan, rasa marah tak lepas. Makan diri. Sungguh rugi.
Acaii Jawe
azieazah – Salam kak zie yang dihormati dan dikasihi:) Betul tu kak, kadangkala kita sendiri yang memanatkan badan dan otak kita sebab simpan dendam yang tak berkesudahan. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari rasa begitu,amin.