Bismillahirrahmanirrahim

 

 
Semasa pulang dari ofis semalam aku lalu di satu persimpangan jalan yang sesak. Ketika itu hujan lebat. Tetapi polis yang mengawal lalu lintas masih tetap berada di tengah jalan menjalankan tugas dalam kebasahan. Aku perhatikan raut wajahnya. Kadangkala, ada pekerjaan yang beri lebih banyak pahala walaupun jika dikira dari sudut gajinya tidaklah sebesar mana.

Dalam satu tazkirah yang aku dengar, insan ini masuk ke syurga melalui banyak jalan. Malah ada pelacur masuk syurga hanya memberi minum seekor anjing dalam hadis sahih Bukhari. Rahmat Allah kadangkala kelihatan hambar sebab lidah sesetengah orang yang bicara tentang agama seakan mewakili Allah dan Nabi dalam menghukum manusia. Hakikat yang tersimpan dalam hati manusia hanya Allah yang tahu dan beri balasan kebaikan selayaknya.

Aku update sikit tentang sesi outdoor majlis perkahwinan Zafran dan Nissa yang diadakan di Taman Koperasi Polis 2, Gombak. Sesi outdoor ni dibuat di sekitar dewan tersebut sahaja.
 

 
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan meriah. Memandangkan rumah kedua mereka ini berhampiran, maka mereka telah gabung majlis menjadi satu sahaja. Sesuatu yang sangat dipuji dan patut ditiru oleh ramai orang. Ia dapat menjimatkan beban kewangan dan memudahkan urusan majlis.

Ketika keadaan kewangan negara yang tidak berapa sihat, semua langkah penjimatan adalah satu perkara yang bijak untuk dilakukan. Mari kita doakan kedua pasangan pengantin ini dikurniakan kerahmatan oleh Allah sampailah akhir hayat mereka,amin.
 

Wassalam.

Leave a reply