Bismillahirrahmanirrahim

Yana & Hafiz, Keramat

Yana & Hafiz, Keramat

Nak berkongsi sedikit tazkirah yang aku dengar baru-baru ini. Hidup ini kadangkala penuh dengan dukacita dan ketidakadilan.

Ada insan yang bijak dan sungguh-sungguh berusaha tapi selalu tidak bernasib baik dalam hidupnya. Ada pula orang yang kurang pandai dan malas tetapi hidupnya sangat selesa dan senang kerana beliau lahir dalam keluarga yang kaya raya.

Ada sebab Allah takdirkan begitu.

Allah buat begitu supaya kita tidak terlalu cintakan dunia. Supaya kita sentiasa ada pengharapan dan doa kepada Allah bila mengharapkan sesuatu.

Bayangkan jika hidup kita sempurna. Dilimpahi kemewahan, mempunyai rupa paras yang menarik, pasangan hidup dengan orang yang kita cintai, dikurniakan anak yang baik dan senang dijaga, diberi kesihatan yang baik, mempunyai keluarga bahagia dan ramai kawan baik di sekeliling. Hidup sempurna.

Jika itu hidup kita, adakah kita semakin dekat kepada Allah? Selalu sujud dan berdoa penuh pengharapan dan kusyuk kepada Allah? Minta Allah kabulkan hajat kita dengan tangisan di malam hari?

Atau.

Mungkin kita nanti makin jauh daripada agama.

Perancangan Allah sentiasa mengatasi perancangan manusia. Allah lebih mengetahui yang baik untuk kita.

Kerana biar betapa sengsaranya kita diuji di dunia ini, bila sampai akhirat kelak, semua kesakitan, kepedihan, kesengsaraan dan ketidakadilan itu akan hilang sepenuhnya sebaik sahaja kita melangkah ke syurga Allah. Itulah nikmat sebenar. Nikmat yang berkekalan selama-lamanya.

Wallahua’lam.

Leave a reply